Sunday, May 23, 2010

053 - GENERASI X, Y perlukan Motivasi???..........Motivasi 1



MUSUH & PENGHALANG UTAMA KEJAYAAN IALAH SIKAP TANGGUH -Procrastination


(PROCRASTINATION - to postpone doing something, especially as a regular practice).


Kajian yang dijalankan menerangkan mengapa kita bertangguh kerja:




  1. Tugas yang nak dibuat tidak menyenangkan kita.


  2. Tidak faham/tidak jelas apa yang nak dibuat.


  3. Menganggap kerja yang yang dibuat terlalu mudah.


  4. Merasakan kerja yang yang akan dibuat terlalu sukar.


  5. Tiada perancangan.


  6. Merasa ragu-ragu pada kemampuan diri.


  7. Takut untuk berubah.


  8. Takut gagal.


  9. Matlamat tidak jelas.


  10. Berfikiran terlalu 'perfectionist'.


  11. Amalan kerja last minutes.


  12. Tiada dorongan.


  13. Tidak tegas pendirian/jiwa lemah.


  14. Sikap tidak serious dan sambil lewa.


  15. Semangat tak mantap.


  16. Tidak menghargai masa.


  17. Melayan sikap malas...malas...malas.


Bagaimana memperbaiki diri - Tahu alasan sendiri bertangguh kerja, Bertegas pada diri sendiri, kuatkan semangat, memohon hidayah (petunjuk) & taufik (kekuatan) daripada Allah, Jangan asyik berfikir, mulakan 'step' pertama... sekarang. Belajar mengawal minda anda.


- terima kasih kepada Noor Ruzaini bt. Ismail.

5 comments:

  1. salam dr.....
    dr sihat??
    sya sihat ja...alhamdulilah
    hehe rehat jap dr...tak da idea nak post apa-apa huhu..
    baru lah sekarang saya merasa orang bekerja pejabat ni...
    dan rasa penat dia lain bila kita penat belajar...

    bila bekerja kita guna semua ilmu dalam bentuk praktikal...
    ilmu perancangan semestinya,ilmu lain jugak di praktikkan ......

    pada mulanya memang tak banyak kerja....
    sekali datang macam hujan lebat dr....hehe

    tapi tak pa saya cuba untuk belajar..dan berusaha.......

    ReplyDelete
  2. Dr cakap pasal generasi X,y perlukan motivasikan dr??
    saya rasa mereka perlu lebih dari itu dr...
    mereka harus di jaga dengan teliti.....
    sekarang mereka telah menjadi manusia yang perlu di suap...
    jika di suap baru hidup..kalo tak mati katak gitulah dr....
    bukan saya nak mengumpat ataupun menghina dr..
    tapi kenkadang masyarakat kita sudah terpengaruh dengan budaya barat..bila kita buat yang baik di caci hina
    tapi bila buat jahat nyokong pula....

    pernah tak dr mendengar orang berkata:
    "pergh rajin seh baca buku"....
    "pergh pergi masjid tu"
    "alah nantilah buat keja tu"

    kalo di perhatikan dari sudut psikologi...
    ia akan merangsang otak untuk lebih ke arah negetif..bukan positif...

    Mereka sepatutnya mempunyai sifat suka bersaing secara positif dan tidak bolih duduk diam...
    bukan lah saya mengatakan saya yang terbaik..
    tapi itulah yang saya lihat sebagai mahasiswa merangkap seorang manusia...

    Manusia yang igin sentiasa berubah...

    ReplyDelete
  3. Tuah, gembira dengar pandangan yang diberikan. Saya perasan ada sedikit generation gap berlaku. Mahupun dikalangan Pensyarah-mahasiswa. Perlu faham memahami. Pelajar perlu berani mmgambil peranan sekurang-kurang meluahkan pandangan bernas terutama dalam kelas. Pensyarah pun ada yang ketinggalan zaman. Apa-apa pun - bentuk jatidiri, berfikiran positif dan sanggup menerima cabaran. Ditempat kerja pun wujud 'syndrome bisu'. Saya percaya masih ramai mahasiswa yang berwibawa seperti anda. Teruskan mengemukakan idea-idea positif. Selamat bertugas di Nusajaya.

    ReplyDelete
  4. Bertangguh dah jadi budaya kepada ramai orang bukan sahaja pelajar, pensyarah pun ramai yang suka tertangguh-tangguh terutama bila menyemak kerja pelajar atau bila nak keluarkan markah. IsyaAllah sama-sama kita baiki - Pensyarah tua.

    ReplyDelete
  5. syndorme bisu yg dr perkatakan td memang saya tak nafikan ini mungkin kerna beberapa faktor...(pda pendapat saya.)

    1. Faktor persekitaran- terasa asing dengan persekitaran baru...baru memcuba untuk menyesuaikan diri....
    2. Faktor Masa- Masa terlampau singkat dan tidak sempat untuk mengenali antara satu sama lain..
    3.Faktor usia- Bagi saya faktor yang terfamous kerana mereka tidak dapat mengikut citarasa yang usianya lebih berusia...
    4.Faktor Ilmu- mereka senyap kerananya tiadanya ilmu tambahan @general knowladge..maka mereka lebih banyak mendengar daripada bercakap...

    itu lah anatara yang saya nampak tapi semua itu boleh di ubah ....bak kata si Anonymous berkata insyallah kita perbaiki....

    dan Thanks dr for the wish...:>

    ReplyDelete