Tuesday, November 30, 2010

093 - Wow....Malaysia Di Tangga ke 8 dari segi peratusan penduduknya pengguna Facebook Dunia - sebanyak 31.48%. (Oktober 2010). Apa maksudnya?...


Apa maksudnya???.......yang tersurat dan tersirat??...........

Maksudnya, 3 daripada 10 orang di Malaysia mempunyai akaun facebook - Menjadikan FB sebagai alat komunikasi penting di kalangan rakan-rakan, sebagai medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwah dan menambah pengetahuan.

Perlu disedari, ada juga di antara pengguna Facebook hanya menggunakannya hanya untuk suka-suka, bersembang, 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat atau secara kurang berhemah. Keasyikan ini kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu hanyut dalam dunia maya sehingga melupakan dunia realiti.
Kajian juga mendapati secara puratanya, pengguna Facebook menghabiskan masa lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini. Menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh merugikan sama seperti pembabitan dalam aktiviti kosong/sia-sia yang lain…dan akan menjadi amat negatif jika menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang boleh menyebabkan kucar kacir masyarakat.



Sebahagian komen dari pengguna FaceBook mengenai fungsi FB:



  • ...Keep in touch with family members, relatives and friends and sometimes to exchange of ideas with great people.

  • ...Sharing the information, observing the people, look at the way their thinkings, understand people from the way they writings.

  • ...FB dapat membuka minda...bukan setakat manghabiskan masa lapang sahaja.

  • ...Established friendship, mencari kawan baru, sharing ideas, get knowldge as much as we can get, kadang-kadang bergurau, dan lepaskan tension.

  • ...FB telah dapat mengenalkan balik sahabat-sahabat lama.

  • ...Dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan tanpa bayaran... dapat mencari kawan baru dan lama... moreover dapat merapatkan hubungan.

  • ...Membolehkan mendapat tahu cerita seseorang dan aktiviti yang dijalankan oleh mereka....

  • ...Kepada anak-anak remaja perlu sedar hal fungsi yang lebih positif. Jadikan FB lebih bermakna dalam kehidupan kita. Walau pun kita berada pada jarak yang jauh ia bukan lagi pemisah berinteraksi.

  • ...Furthermore, FB is a technology and it's free...

  • ...Pilih tujuan berfacebook dengan betul....jaga masa dan elakkan dari kelekaan....juga jangan melebih-lebih.

  • ...Banyak kebaikan yang diperolehi… di sebaliknya banyak juga aspek negatifnya.

  • ...Gunakan dengan ada kefahaman tentang hakikat & arahtuju jangka panjang kehidupan.

  • ...Jangan lupa, mengawal diri dalam segala tindakan dan penulisan.

  • ...Mengharungi kecanggihan teknologi, memberi kesedaran perkara yang baik kepada semua.

  • ...Hanya bersembang-sembang..komen mengomen.

  • ...Perlu pertingkatkan fungsi FB untuk kebaikan bersama…. Belajar untuk pertingkatkan ilmu, dan boleh memperbaiki cara berfikir...

........Di mana.....dan ke mana kita?????

Monday, November 22, 2010

092 - MEMATANGKAN DIRI....melalui pemutihan hati & keluar dari perangkap zon selesa.




Kematangan bukan berdasarkan usia...ia bermula pabila hati telah putih bersih. Matang adalah indikator utama dalam mencorak kehidupan manusia ke arah landasan kehidupan yang lurus lagi baik. Matang berfikir mempengaruhi cara kita membuat keputusan. Kematangan juga dapat menghalang kita dari melakukan perkara yang sia-sia yang memusnahkan...mampu memandu ke arah kehidupan masyarakat madani..dan terbaik. Tanpa kematangan dalam diri, kehidupan manusia hanya sekadar ke arah keseronokan semata-mata. Lambat mencapai kematangan berfikir adalah kerana tiadanya rasa tanggungjawab dan amanah dalam hidup. Hiburan menguasai masa lapang yang teramat....suka mengikut....serta alpa, leka, lalai dengan memahami pengakhiran kehidupan. Minda tidak berkembang untuk mengisi pengalaman, menimba ilmu bagi persediaan memikul tanggungjawab masa depan.
Masakini betapa kematangan telah semakin pudar dari kalangan kebanyakan remaja baik lelaki atau perempuan. Masa muda digunakan untuk mencari keseronokan dan hiburan semata-mata...bermain-main...bersenang lenang bersama teman sahaja. Waktu dibazirkan begitu sahaja. Yang sedang belajar, juga kurang fokus dan tidak serius. Tenaga dan pemikiran tidak dipertingkatkan....hanya mengharap dan hanya berbekalkan harapan. Halangan utama mengapa lambat matang adalah kerana ramai remaja kita hari ini telah terperangkap di dalam zon selesa kehidupan. Minda tidak mampu berfikir di luar kotak zon selesa. Minda yang lambat matang akan menjadikan mereka sebagai pelawak di dalam kehidupan, tertipu..menjadi hamba atau bahan permainan. Keselesaan ini yang mengabui minda mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, mereka pula mengganti kepimpinan hari ini. Mereka telah meletakkan diri mereka untuk menjadi pengikut sepanjang masa. Mereka tidak berusaha untuk menjadi seorang pemimpin kerana kurang keyakinan..tidak boleh berdikari..dan kurang ilmu.

Mematangkan diri dengan Matang berfikir, Matang menjalankan tugas, Matang menjadi pemimpin, Matang mengurus rumah tangga, Matang dalam menyemukakan idea-idea.....Matang berinteraksi dan Matang memikirkan masa depan...dan dalam lain-lain hal lagi, bukan sahaja datang melalui pengalaman dan pembelajaran semata-mata atau mempunyai pemikiran lateral ....tetapi melalui peningkatan keimanan, ketaqwaan, dan berusaha memikir hal-hal spiritual, kebatinan, dan perkara-perkara kerohanian. Peranan golongan dewasa sangat penting bagi mentarbiyyah generasi masa depan. Ibubapa harus mendidik anak-anak dengan kematangan berfikir dan bertindak sejak dari kecil lagi.

Adakah kaedah mempercepatkan kematangan diri?..............Anda bijak !! Kongsikan pengetahuan dan pengalaman anda.

Thursday, November 11, 2010

091 - Menghadapi Pembentangan CP Projek Sarjana Muda........




Membentangkan CP PSM :
Apa yang panel harapkan dari pembentang.........



  • Kejelasan tajuk - tidak broad, samar-samar atau variabel tidak jelas.


  • Kejelasan isu/masalah/persoalan-persoalan kajian.


  • Kejelasan dan kesesuaian objektif kajian.


  • Kesesuaian penentuan skop dan fokus kajian.


  • Kesesuaian pemilihan kawasan kajian.


  • Kesesuaian method/kaedah kajian dan perinciannya.


  • Kemampuan pelajar.
    ......Juga penting pelajar menampakkan telah menjalankan background study yang memadai.
    ......Kualiti slides yang dipersembahkan juga perlu jelas/baik dari segi isi, susunan dan formatnya
    ......Dapat memberi penjelasan yang baik semasa sesi soal-jawab.



    • Elakkan pembentangan yang meleret-leret... boring.








    Penulisan CP PSM yang baik dinilai berdasarkan:
    ......Perbincangan latarbelakang kajian ke arah menjelaskan pemilihan bidang/field subject dan tajuk kajian serta keperluannya.
    ......Mengenalpasti isu spesifik dan persoalan kajian yang ingin dijalankan secara jelas dan menentukan fokus kajian.
    ......Dapat menjelaskan apa yang menjadi objektif kajian dan mampu menghubungkait objektif dengan isu dan persoalan kajian.
    ......Menunjukkan keupayaan pelajar merujuk atau menghubungkait kepada teori atau konsep yang menjadi asas kajian, atau membuat rujukan kepada hasil kajian-kajian sebelumnya/previous study.
    ......Menjelaskan sedetail mungkin method/kaedah kajian yang meliputi carta alir, kaedah data collection, kaedah analisis data dan instrumentation.
    ......Memberi pertimbangan kepada kemampuan untuk menyiapkan kajian dari segi skop, pengumpulan maklumat/data dan jangkaan hasil kajian dalam masa satu semester.
    ......Menulis CP dengan baik - dari segi bahasa, kandungan, susunan dan aliran penulisan.