BERSERONOKLAH SEMASA KERJA BERKUMPULAN
Ramai mahasiswa mahupun pelajar merasa susah hati tatkala diberikan assignment yang perlu dibuat secara berkumpulan. Dalam projek studio apa tah lagi. Banyak yang menumpang? Siapa yang nak buat? Lantik ketua & biarkan dia siapkan? Susah nak berkomunikasi? Tak dak chemistry dengan ahli kumpulan? Manalah ada orang yang serious dalam menjalankan kerja berkumpulan? Sukar benar nak wujudkan teamwork? Leceh...Dan lain-lain lagi…..
Bandar tenggelam - angkara siapa?
Temubual yang dijalankan menjelaskan mengapa kerja kumpulan tidak menyeronokkan:
- Tidak nampak keperluan untuk merasa seronok dalam kerja berkumpulan.
- Ramai yang bersifat seperti enau dalam belukar.
- Tidak pernah pasang niat, berdoa untuk merasa seronok kerja bersama.
- Terlalu ikutkan mood orang lain atau mood diri sendiri.
- Sering bermain dengan emosi diri sendiri - tersangatlah self centered dan ego.
- Tak cukup tidur..badan tak sihat..tak dapat menyesuaikan diri.
- Bergayut dengan facebook, sms dan hiburan terlampau.
- Ada musuh dalam selimut dalam sesebuah kumpulan - suka menikam dari belakang.
- Peergroup assessment tidak dilakukan.
Tips untuk seronok kerja berkumpulan:
- Jangan terlalu serious sehingga tension sorang-sorang.
- Bergurau, gelak ketawa secara sopan semasa berbincang sebagai pengikat kemesraan bersama.
- Perlu ada intention untuk menyumbang idea.
- Anggapkan kerja berkumpulan sebagai satu permainan - bersatu hati dan enjoy.
- Saling bantu membantu sesama ahli dalam apa jua keadaan.
- Murahkan hati dengan berbelanja ahli kumpulan makan-makan... especially leader.
- Buang budaya mengutuk, mengata, mengkritik semparono.
- Be a positive thinker....Boleh bertolak ansur.
- Anggap ahli kumpulan sebagai ahli keluarga yang disayangi.
- terima kasih kepada Nor Haslinda Nor Sukri
Pelajar tak tau apa nak buat masa kat studio. Macam-macam perangai. Tak ada ketua dan ramai tak tahu lagi macammana nak jadi ketua. Tak berani kut...Perlu spoon feed dari lecturer.
ReplyDeleteKerja berkumpulan amatlah penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk melatih diri kita menghadapi alam perkerjaan kelak. Jadi, konsep kerja kumpulan yang diamalkan di dalam studio sangatlah berharga kerana dapat memberi pelbagai manfaat dan faedah kepada pelajar-pelajar.
ReplyDeletetetepi kenkadang bila kerja ni..terlampau di bawa rilek lain jadinya..but for me the most important the leader of the group know the way to lead..and make the group adalah yang terbaik dan tidak tension ;>
ReplyDeleteKerja berkumpulan susah kerana ramai pelajar tiada pengalaman..susah cari ketua..tiada share value antara member..ahli demam tak sihat..tak nak berfikir..tak proaktif..malu beri idea. Rendah diri. Tiada keyakinan. Walaubagaimana pun inilah cabaran2 semasa belajar. Improve diri.Terima kasih dr kerana nasihat berguna.
ReplyDeletekerja dlm kumpulan memang memerlukan komitmen yg tinggi sebab kita kena consider pendapat semua ahli kumpulan yang laen, sgt berbeza dgn wat kje sendiri..dan kenapa ramai yang tak nak jadi ketua..ni semua related dengan diorang punya mindset..biasanya mereka pikir org yg jdi ketua akan buat byk kje,klu porject ade somewhere wrong, org akan salahkan die..sbb tu ramai yag refuse nak volunteer jadi ketua..so conclusion nye, positive thinking perlu dalam learning proses supaya kita tak ketinggalan menimba ilmu especially in term of leadership..
ReplyDelete