PERANAN
PENSYARAH UNIVERSITI SEBAGAI PENGAJAR kini merupakan lipatan sejarah.
Transformasi & tuntutan baru dalam universiti telah menversatilkan kerjaya
ini. Dulunya ahli akademik bersifat seorang yang membudayakan ilmu atau penjana…pencetus
atau paling lemah pun sebagai penyampai ilmu. Teknik mengajar begitu pantas
berubah berinovatif…& namun ramai pensyarah mampu mengarap kecanggihan
teknologi…IT…dan juga mahir mengendalikan teknologi dalam pembelajaran &
pengajaran mereka. Bagi mereka yang tidak mahu berubah...mereka adalah golongan
yang ketinggalan kapal…terkapai-kapai..& malah boleh menjadi bahan jenaka
& ditertawakan. Terkini, kumpulan pensyarah
yang tidak bercirikan world class ranking dianggap kekangan kepada
universiti. Teras pensyarah kini lebih sebagai penyelidik.. perunding… business
person & keusahawanan juga bentuknya…disamping kekal sebagai penasihat &
pemberi motivasi pelajar & dalam kerjaya mereka… Peranan Pensyarah sebagai
Pengajar telah disamaratakan dalam KPI atau untuk kenaikan pangkat. Pendokumentasian
P&P juga menjadi tugas2 routine pensyarah namun tidak menggembirakan
sebilangan besar pensyarah. Malah Pensyarah2 senior berkelulusan tinggi tercabar
melengkapkan diri dalam segala hal sekiranya mereka juga diberi tugas berkaitan
Pengurusan dan Pentadbiran universiti. Perkembangan ini membuatkan Kursus2 yang
memberi nilai komersial nampaknya diutamakan.
Kursus2 Sosial Sains…& Kemanusiaan perlu juga bersaing..& banyak
yang tercicir dan tewas dalam arus ini ..& akhirnya Universiti bukan lagi dilihat
sebagai Menara Gading iaitu sebagai
simbol puncak status yang melimpah dengan aura akademianya……. ARAH TUJU
UNIVERSITI - Yang releven & realiti masih perlu diselidiki.
BLOG DRANUARAMIR UTM - Blog ini bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan generasi muda sebagai Pemangkin Generasi akan datang - Sebarang pendapat dan komen membina amat dialu-alukan.
Showing posts with label Pensyarah. Show all posts
Showing posts with label Pensyarah. Show all posts
Monday, October 5, 2015
POST 147 - NOSTALGIA KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH....
NOSTALGIA KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH….Pensyarah
atau ahli akademik umumnya berperanan membudayakan ilmu…membangunkan minda…meningkatkan
peradaban masyarakat & begitu terserlah expectation masyarakat pada beberapa
dekad lalu…Kerjaya ini dapat mempengaruhi pemikiran & mencetus idea2 baru
kepada pelajar.. Namun kini kerjaya pensyarah di Malaysia melangkah era baru
sebagai hub pusat kecermerlangan penyelidikan…Di era new millennium &
globalisasi… setelah berlakunya reformasi pendidikan..telah mengubah corak &
peranan Universiti, ke arah mengukuhkan daya saing… Kemasukan tenaga pengajar dari
luar…menjadikan perlunya setiap pensyarah di Universiti meningkatkan kepakaran masing2…Pensyarah
perlu menyahut melengkapkan diri dengan pekembangan semasa yang moden &
canggih…arah & peranan IPTA dulu mungkin berbeza tapi sekarang mempunyai misi
menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau dan perlu bersaing di peringkat
dunia. Laluan kerjaya Pensyarah tidak mudah dan juga tidak sesukar yang
dibayangkan….Anda perlu mempunyai kelulusan setimpal cemerlang dan commitment
yang tinggi kepada profession…minda inovatif & kreatif..dan sedia menyahut
cabaran….mempunyai idea2 bernas yang boleh melakar maklumbalas….sanggup melibatkan
masa yang banyak dgn kerja-kerja penyelidikan, penulisan & penerbitan,
penyeliaan projek dan thesis pelajar.... Kepakaran anda memerlukan anda membentangkan kerja2 penyelidikan & penulisan
di peringkat Nasional & Antarabangsa… Tumpuan bukan sahaja pada kelas &
kuliah sahaja…tetapi Pensyarah juga perlu menjerumuskan diri dalam kerja2
kemasyarakatan…sumbangan kerja2 sosial..membentuk personaliti & disiplin
yang tinggi..mempunyai wawasan yang boleh
dikongsi bersama masyarakat..dan anda sebagai Pensyarah juga perlu berkongsi ‘shared-core-value’
masyarakat dan Negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)