Thursday, June 30, 2016

165 - PERTENGAHAN 10 TERAKHIR RAMADAN 1437H

PERTENGAHAN 10 TERAKHIR RAMADAN 1437H….SEMAKIN LETIH UNTUK MENGHABISKAN 20 RAKAAT SOLAT TARAWIH?? Tingkatkan Khusyuk & Lebarkan Motivasi…Allah menjanjikan memakbulkan doa hamba2nya pada setiap saat dalam bulan Ramadan, lebih2 lagi tatkala kita sujud kerana masa itulah kita paling hampir denganNya. Maka dibolehkan berdoa dalam hati walaupun dlm bahasa melayu semasa setiap sujud …. Berdoalah tatkala setiap sujud solat tarawih…..”Ya Allah, masukkan daku dalam golongan org yg engkau merdekakan dari api neraka & bebaskan tengkok kami dan tengkok ibubapa kami dari belenggu rantaian api neraka” …Dengan berdoa kita tertunggu2 & lebih tawaduk untuk sujud di rakaat2 seterusnya … Biasanya jika sujud kosong tanpa berdoa, setiap dua rokaat terasa lama, tertanya tanya, 2?4?6?8? & mungkin beban, letih, & mengantuk?; terus terhenti pada rakaat lapan sahaja.…Maka, rebutlah peluang, tuntutlah anugerah istimewa ini disisi Allah, hanya khusus di bulan Ramadan …..Namun perlulah solat dgn tertib, diperelok bagi mempertingkatkan khusyuk…Insya Allah, tiada lagi rasa gesaan mempercepatkan solat, jgn membazir masa dgn tiada doa tatkala bersolat tarawih.. Maka solat tarawih pun dapat dihabiskan sehingga 20 rakaat. (YB Atuk mengolah dari Kuliah Al Fadhil Ustaz Prof. Dr. Hasnan Kasan untuk munafaat bersama).

164 - BIDADARI DUNIA

25 RAMADAN 1437H.. BIDADARI DUNIA… Pastinya kita mempunyai ramai sahabat sejak dari sekolah rendah..sekolah menengah.. semasa di IPT, juga semasa kita berkerja…rakan se kampung, se taman..jiran2 dan saudara mara jauh & dekat. YB Atuk juga mempunyai ramai kenalan sekolah rendah sejak di Perai, Bagan Ajam, Permatang Tok Kandu, sekolah menengah di Butterworth, Jenan, Jitra, rakan di Uwist, Cardiff, Utm, KL, Sekudai, Melaka, PJ, Parit, Bgn Datuh & JB ….Namun akhirnya pelahanlahan kita tinggalkan jua mereka…Transit kehidupan sejak jadi YB mungkin sudah sampai kepada perhentian terakhir… memahami hakikat kehidupan.. & kepastian yang menanti.. Kita ditemukan di dunia ini dengan ramai sahabat2 yang baik, rapat & sejati. Namun ramai yang hanya bertahan dlm situasi tertentu sahaja. Ada juga yg terus bersahabat di alam maya. Paling akhirnya sahabat paling sejati kita adalah pasangan hidup kita yg setia…menjadi sahabat dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat ….Itulah Bidadari Dunia kita. Alhamdulillah di atas nikmat yg tak dapat kita dustakan.



163 - TAZKIRAH SUBUH 23 ramadan

23 RAMADAN 1437…TAZKIRAH SUBUH YB ATUK hadiri pagi ni….Alim vs Jahil. Alim bermaksud berilmu, mengetahui; Jahil ertinya tidak mengetahui atau ilmu tidak sampai & bukan pula bermaksud bodoh. Bermuhasabahlah diri setakat mana alim dan jahilnya kita. Bulan Ramadan bukan setakat hanya bulan utk berpuasa, malah bulan mempertingkatkan ilmu dan ibadat masing2. Sayangnya banyak surau, masjid memberhentikan majlis ilmu sempena berpuasa. Ada juga dari bulan Sya’ban lagi kuliah ditamatkan, majlis tangguh dibuat sempena kedatangan Ramadan…disambung hanya setelah berakhirnya bulan Syawal....setelah puas menyambut raya. Meriahnya kita menyambut raya hingga sebulan penuh?? Banyak aktiviti maupun ibadat tertentu ditangguh. Hanya kerana puasa & raya. Anak2 juga diajar berpekerti baik hanya di bulan Ramadan…Fungsi Ramadan sebagai bulan masuk madrasah & pesantren terhenti setakat itu saja…Ayuh mari menjadi orang alim & atasi kejahilan diri dari terikut2 dengan budaya & corak pemikiran yang membelenggu diri….. Wallahu A'lam Bishawab (Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui yang sebenarnya). Allahu Akbar.

162 - MEMBURU & MENGHIDUPKAN LAILATUL QADAR

ALLAH MENGAMPUNKAN HAMBANYA YANG MEMBURU & MENGHIDUPKAN LAILATUL QADAR DENGAN IKHLAS DAN PENUH RASA KEIMANAN & PENGHARAPAN. Ya Allah… Seandainya Ramadan ini adalah Ramadan terakhir buat kami, kami mohon ibadat kami dibulan Ramadan ini Engkau rahmati dgn kasih sayangMu. Semuga amalan baik kami diterima sebagai cahaya iman yang dapat menerangi kegelapan hati. Redhakan Ramadan ini sebagai penghapus segala dosa2 kami.. Terimalah amalan kami ya Allah & kurniakan syurga yg luas nikmatnya pada kehidupan kami yg kekal abadi nanti… SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR (Maha Suci Allah, segala puji milik Allah, tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar)

161 - RAMADAN 1437 Hijrah

MALAM 21 RAMADAN 1437H.....“ Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang memohon keampunan, maka ampunilah akan daku “ 
Doa-Doa yang baik untuk diamalkan di malam 10 terakhir Ramadan....Insya Allah.









Tuesday, June 14, 2016

160 - GALAK BERKOMUNIKASI DI ALAM CIBER??

GALAK BERKOMUNIKASI DI ALAM CIBER??………Teknologi komunikasi membangun sepesatnya, memudahkan berkomunikasi sesama manusia… walaupun hanya dengan jiran sebelah ataupun kenalan yang jauh beribu kilometer. Kecanggihan teknologi membenarkan kita berkongsi idea & rasa. Interaksi sosial semakin dipermudahkan tatkala masing2 kesibukan dgn tugasan2 harian. Terpulang pada kita sendiri samaada perasaan dlm hati & yg berlegar dlm minda untuk diluahkan atau tidak, mempamer atau menyembunyikannya. Medan ciber menerima apa jua coretan, bahan yang ada, berkongsi maklumat atau mencetus idea2. Namun kita perlu mengambil iktibar dalam kecanggihan teknologi ini. Di alam ciber manusia perlu menjadi seperti seekor lebah…sekalipun diletakkan dalam tong yang penuh sampah pun ia tetap mencari madu…Lebah memakan makanan yang baik2 dan mengeluarkan yang baik2 juga. Tidak seperti seekor lalat..walau berada di manapun, masih tercari2 kotoran untuk dihinggapi. Lalat lebih senang berada ditempat yang berbau busuk & jijik. YB ATUK BERMUHASABAH DIRI & SEDIKIT UNTUK RENUNGAN SEMUA SEBELUM BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADAN YANG MULIA INI.



169 - SETELAH JADI YB…

SETELAH JADI YB…& BERSARA DARI PERKHIDMATAN & PENCEN - Sering dihujani berita kematian…Saudara dekat & jauh…Rakan taulan yang masih berkerja & dah bersara…Kenalan sekolah, kolej, U & tempat sekerja. Kematian bukan suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan.. Ia adalah awal sebuah kepulangan yang abadi.. Kematian itu akan menemui tiap2 yang hidup, kemudian kembalikan kepada Allah. Tidak ada kesempatan untuk kembali balik kepada kehidupan sebelumnya. Mengingat mati akan melembutkan hati & menghancurkan tamak haloba terhadap dunia. Semoga kematian kita kelak dalam keadaan Husnul Khatimah………Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Berdoalah.."Ya Allah…Hidupkanlah diriku ini selagi mana kehidupan itu adalah terbaik untukku".

SETELAH JADI YB…Rajin2lah menziarahi Masjid Negara apabila singgah KL…Masjid Berkapisiti hingga 15,000 jemaah di atas tanah seluas 13 ekar & bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Dewan sembahyang masjid dapat memuatkan 3,000 jemaah. Di bina pada tahun 1965, focal pointnya ialah berhampiran stesen KTM Kuala Lumpur. Terdapat tujuh buah pintu masuk. Imam Besar semasa ialahTan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad dilantik mulai februari 2007 hingga kini. "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar".







158 - PEMBANGUNAN MAMPAN ALAM SEKITAR & MASYARAKAT??

PEMBANGUNAN MAMPAN ALAM SEKITAR & MASYARAKAT…Low Carbon Society…Global Climate Change… Memulihara Alam Sekitar…Modern Living…. IDEA Perancang Bandar dan Arkitek yang bakal terlaksana dalam satu Blueprint……



157 - Kepada Rakan2 jadi YB tahun ini….

Kepada Rakan2 jadi YB tahun ini….
YB Pencen, Hidup Aman Hati Gembira.
Pengalaman YB Mematangkan Diri.
Suami Isteri Kini, Hanya YB Berdua.
Peka dengan waktu, dan Menghitung Hari.

Dua Puluh Satu Haribulan Periksa Akaun.
Meeting..Overtime.. Outstation.. Dikecualikan.
Setiap Minggu Cucu Datang, YB Beli Mainan.
Setiap Dua Bulan Pula, YB Melawat Pusat Kesihatan.


156 - MAAFKAN YB ATUK….



MAAFKAN YB ATUK….HANYA SEKADAR berkongsi pengalaman bertarawih hari pertama di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.. Selangor’s State Mosque…yang memang dinanti2kan. Suasana amat meriah sejak maghrib lagi… Semasa bertarawih, bermulanya Iman mengalunkan bacaan Alif Lam Min di rakaat pertama …hati sudah mulai sebak..sungguh merdu membuatkan air mata mulai mengalir..Ruginya tidak memahami sepenuhnya bacaan. Yang Jarang sekali YB Atuk merasai begini. Imbasan seperti semasa di Makkah dan Madinah. Imam menghabiskan hanya 5-6 ayat sebelum rukuk…tidak terlalu panjang & ini selasa pada yang ramai…seterusnya dan seterusnya. Pengurusan masjid menyediakan tiga kenderaaan buggy bagi mereka yg tiada kenderaan atau parking kereta jauh dari pintu bangunan Masjid. Selain dari itu ada Perkhidmatan Kids Corner..Ruang program Tanyalah Ustaz TV9…Diskusi Dhuha…Tazkirah2…Namun selepas lapan rakaat solat tarawih..berpusu2 juga yang keluar dari Masjid. Inilah situasi kebanyakan Masjid2 di Malaysia. Agaknya?... Makanan disediakan selepas tarawih. Kenderaan sedikit sesak dan ada yang menghalang aliran lalulintas dalaman. Parking kurang teratur…Namun kecekapan Renjer dan kesabaran para pemandu, semuanya berjalan lancar. Tahniah…Kemudahan2 yang baik di sini yang patut dicontohi oleh masjid2 lain. Bulan Ramadan...bulan yang mulia & memberi begitu banyak manfaat & keistimewaan Syukur Alhamdulillah.

155 - BERBUKA PUASA BERSAMA....

BERKESEMPATAN Berbuka puasa bersama Anak2..Menantu2..& Cucu2. Ya Allah keranaMu kami berpuasa dan kepadaMu kami beriman dan di atas rezekiMu kami berbuka, Dengan RahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.…“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan semoga telah diraih pahala, Insya Allah”…...












154 - BERSOLAT SUNAT TARAWIH DI SHAH ALAM

MEMULAKAN Solat Sunat Tarawih Ramadan 1437Hijrah di Masjid terunggul di Malaysia & di Asia Tenggara... Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.. Selangor’s State Mosque..Masjid yg amat cantik…dikenali sebagai "‘The Blue Mosque" di kalangan pelancong antarabangsa, kerana kubahnya yg berwarna biru..Berkeluasan 14.6 hektar terletak di pusat bandar Shah Alam berdekatan Tasik Shah Alam. Mempunyai ciri-ciri senibina & hiasan dalamannya yg menarik dan menakjubkan, gabungan seni bina Islam dan Melayu. Berupaya menampung sehingga 24,000 orang jemaah. Bangunannya tiga tingkat.,Dewan solat utamanya di tingkat satu….Amat selesa. Syukur Alhamdulillah.







153 - MENGHADAPI RAMADAN TAHUN INI 1437HIJRAH DENGAN PENINGKATAN

MENGHADAPI RAMADAN TAHUN INI 1437HIJRAH DENGAN PENINGKATAN….Bersedialah Kamu dari Sekarang Seperti Persediaan Memasuki Semula Kelas & Berkursus Kembali.. 1. Persediaan Meningkatkan Diri dgn Bab2 Kerohanian seperti Aqidah, Akhlak & Iman; 2. Mendalami Ilmu & Fadilat Bulan Ramadan; 3. Menjaga Kekuatan Fizikal, & 4. Bersedialah Untuk Memperbanyakkan Sedekah. Lagi…Kurang Tidor..Kurang Makan..Kurang Bercakap Sia-Sia. Banyak Bangun Menghidupkan Malam…Jangan Jadikan Alasan Berpuasa untuk Tidak Pro-Aktif atau Bermalas-Malasan. Rajin2lah Beribadah……..Belilah Juadah Berbuka dari Mereka Yang Pastinya Berpuasa Juga..& Dari Penjual Yang Menutup Aurat. Banyak Bersyukur Pagi & Petang.. Mengamalkan Pemakanan Berkhasiat. Jangan Lupa Beristigfar, Memohon Rahmat, Memohon kepada Allah SWT Memperkenankan Doa, Permintaan & Hajat. Jadilah Insan Kamil yang Terbaik di Akhir Ramadan– (Koleksi Kesimpulan Dari Tazkirah2 Sepanjang Malam Nisfu Syaaban – Terima Kasih Ustaz-Ustaz).