Showing posts with label 1437hijrah. Show all posts
Showing posts with label 1437hijrah. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

154 - BERSOLAT SUNAT TARAWIH DI SHAH ALAM

MEMULAKAN Solat Sunat Tarawih Ramadan 1437Hijrah di Masjid terunggul di Malaysia & di Asia Tenggara... Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.. Selangor’s State Mosque..Masjid yg amat cantik…dikenali sebagai "‘The Blue Mosque" di kalangan pelancong antarabangsa, kerana kubahnya yg berwarna biru..Berkeluasan 14.6 hektar terletak di pusat bandar Shah Alam berdekatan Tasik Shah Alam. Mempunyai ciri-ciri senibina & hiasan dalamannya yg menarik dan menakjubkan, gabungan seni bina Islam dan Melayu. Berupaya menampung sehingga 24,000 orang jemaah. Bangunannya tiga tingkat.,Dewan solat utamanya di tingkat satu….Amat selesa. Syukur Alhamdulillah.







153 - MENGHADAPI RAMADAN TAHUN INI 1437HIJRAH DENGAN PENINGKATAN

MENGHADAPI RAMADAN TAHUN INI 1437HIJRAH DENGAN PENINGKATAN….Bersedialah Kamu dari Sekarang Seperti Persediaan Memasuki Semula Kelas & Berkursus Kembali.. 1. Persediaan Meningkatkan Diri dgn Bab2 Kerohanian seperti Aqidah, Akhlak & Iman; 2. Mendalami Ilmu & Fadilat Bulan Ramadan; 3. Menjaga Kekuatan Fizikal, & 4. Bersedialah Untuk Memperbanyakkan Sedekah. Lagi…Kurang Tidor..Kurang Makan..Kurang Bercakap Sia-Sia. Banyak Bangun Menghidupkan Malam…Jangan Jadikan Alasan Berpuasa untuk Tidak Pro-Aktif atau Bermalas-Malasan. Rajin2lah Beribadah……..Belilah Juadah Berbuka dari Mereka Yang Pastinya Berpuasa Juga..& Dari Penjual Yang Menutup Aurat. Banyak Bersyukur Pagi & Petang.. Mengamalkan Pemakanan Berkhasiat. Jangan Lupa Beristigfar, Memohon Rahmat, Memohon kepada Allah SWT Memperkenankan Doa, Permintaan & Hajat. Jadilah Insan Kamil yang Terbaik di Akhir Ramadan– (Koleksi Kesimpulan Dari Tazkirah2 Sepanjang Malam Nisfu Syaaban – Terima Kasih Ustaz-Ustaz).