Monday, May 24, 2010

054 - GENERASI X, Y perlukan Motivasi???..........Motivasi 2


DUA MINDSET BERBEZA : Yang mana satu...kita!

Apa yang dimaksudkan dengan mindset? Mindset merupakan corak pemikiran dan pandangan kita terhadap dunia luar (ke atas satu-satu isu, individu, scenario atau satu-satu penyataan) - melibatkan cara kita berfikir, menetapkan pendirian diri, meransang tindakan dan cara berkomunikasi. Dua mindset yang dominan ialah:

Mindset mangsa (negatif) - Mereka yang selalu menyalahkan keadaan, situasi, orang lain dan takdir yang berada diluar kawalannya sekiranya tidak puas hati terhadap sesuatu. Paling ekstreme menyalahkan Penciptanya. Soalan yang sering bermain di fikirannya ialah "kenapa! sebab apa! pasal apa! angkara siapa! dan mengapa...Orang yang sebegini banyak disekeliling kita. Kata yang sering keluar dari mulut mereka adalah "kenapa buat begini.., kenapa terjadi pada aku.., kenapa dia tak ajar aku..., mengapa dia buat aku begini..., dan kenapa ditakdirkan macamni dan apa salah aku."

Mindset penguasa (positif) - Mereka yang mahu mengambil ikhtibar, melihat ke dalam diri, lebih jujur dan bertanggungjawab, ada insiatif berdikari, menyukai ilmu dan suka berkongsi apa yang dia tahu. Bila dilanda musibah, mereka tidak menyalahkan sesiapa, tidak menunding jari, tetapi memberi semangat pada diri sendiri dan sebaik mungkin cuba menyelesaikan masalah. Mereka berani bangkit semula setelah gagal.
Sudah tentulah kita inginkan mindset penguasa... tapi persoalannya? sedarkah kita atau perlukah disedarkan!
- terima kasih kepada Mohd Khairul Faizal bin Mohd Yusuff.


3 comments:

  1. Masih ramai pelajar yang mempunyai mindset yang salah. Mindset perlu diasah..iman masih dapat menguasai segala-galanya.

    ReplyDelete
  2. Mindset merupakan sesuatu yang berkuasa..saya sokong 100%....otak merupakan satu anugerah tuhan yang tida tolok banding nya..mindset merupakan salah satu teknik menggunakan kebolehan otak ke arah maksimum...

    Berlakunya pekara yang tak sepatutnya seperti dr kata itu kerana mereka tidak belajar ilmu yang berteraskan Tuhan.

    Mereka hanya paham luaran...dalaman ..hampeh...kosng......bak kata yang berkata di atas iman yang menguasai segalanya....
    siapa yang berjaya menguasai mindset....
    dia lah yang bertuah..mendapat anugerah daripada tuhan...Alhamdulilah.....

    ReplyDelete