Saturday, June 7, 2014

Post 146 : WAHAI ANAK-ANAKKU.....

WAHAI ANAK-ANAKKU…

Anak-Anak Bangsaku Yang Tercinta,
Kau Kini Menjadi Generasi Millennia,
Yang Hidup Di Zon Selesa, Mudah Dan Berteknologi Canggih,
…...Berkomunikasi Mudah Merangkai Dunia,
Ada Facebook, Twitter, Friendster, Google Plus+, LinkedIn, Instagram, MySpace, Pinterest, Flickr, VK, Tagged, dll.
Namun…
Janganlah Engkau Menjadi Buta Sejarah,
Toleh, Tatap Dan Bukalah Lembaran Sejarah Mushaf,
Bacalah..Bacalah..Bacalah,
Kerana Di Situlah Pedoman, 
Pelan Lakaran Masa Depan Dirimu,
Bukalah Pandangan Mata Hati,
Jangan Lalai Dan Jangan Derhaka Pada Usul Kejadian,
….Berbuat Baiklah Kepada Kedua Orang Tuamu,
Kerana Di Situlah…
Bermulanya Kehidupan Yang Kau Cari, Kecermerlangan Dan Juga Keberkatan.