KESEMPITAN HIDUP BUKAN PENGHALANG KEJAYAAN
Masih ramai yang masih hidup dalam pemiskinan. Masih ramai pelajar yang hidup dalam kemiskinan walaupun dah masuk universiti. Ramai yang beranggapan kemiskinan dan kesempitan hidup menjejaskan kejayaan. Masih pelajar ramai yang memberi alasan kemiskinan sebagai alasan apabila gagal. Mereka perlu disedarkan bahawa kemiskinan hidup bukan alasan atau penghalang untuk berjaya dalam hidup. Semua perlu sedar kesempitan hidup bukan penghalang kepada kejayaan. Sebenarnya kesempitan hidup merupakan cabaran, satu situasi yang dihadapi untuk menguji kebolehan kita bertindak. Sekiranya kita melihat secara positif dan bertindak secara rasional, sanggup bersusah payah dan berusaha dengan gigih maka hasilnya juga akan membuahkan kejayaan.
Kaedah menghadapi kesempitan hidup: Senantiasa berfikiran positif, bersabar dan percaya kehidupan ini merupakan satu kitaran, bertekad inginkan perubahan, dan bertaqwa kepada Allah. Seseorang yang bertaqwa mampu mengawal diri melawan sifat malas, cepat berputus asa, tidak bersemangat, marah kepada keadaan, rakan-rakan, guru dan ibubapa. Baiki peribadi diri dan selalu bersyukur kerana masih mampu menerusan kehidupan.
- terima kasih kepada Ummi Hawa bt Yatman @ Suratman.
Siapalah yang tahu pergolakan dalaman jiwa kita selain dari kita sendiri - <K'n.
ReplyDeleteDr saya ambik ayat dr..untuk di hebahkan dalam blog saya..dr...k...copy n paste plus ....saya memberi pendapat..dalam blog...berminat saya dengan tajuk ini....
ReplyDeleteOh..Tuah! Ilmu jangan disimpan, ilmu untuk disampaikan. Mana yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Ambil, hebahkan, sampaikan kepada sesiapa saja...semuga anda dapat munafaatkan kehidupan ini degan lebih baik.
ReplyDeleteSelamat maju jaya drp saya.
Pada pendapat saya motivasi yang terbaik adalah pengalaman hidup itu sendiri dengan pelbagai masalah dan juga ujian yang dberikan oleh pencipta sbb ini sume akan mematangkan diri kita..so nape tidak dengan menjadikan zaman kesusahan dan kemiskinan kita ini sebagai boster yang hebat dlm diri untuk lebih berjaya..bersyukur la penah dberi rasa bagaimana hidup susah untuk mencapai manisnya sesuatu kejayaan itu..
ReplyDeleterenungan bersama: Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang jika umat itu sendiri tidak mengubahnya..