
Isu-isu membabitkan remaja hangat diperkatakan, melibatkan berbagai strata, tempat dan di mana-mana. ..Generasi milenium, generasi X,Y……Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa remaja kini ramai yang semakin agresif, berani dan mudah dipengaruhi. Banyak melibatkan perasaan, emosi yang berbagai. Juga melibatkan naluri, nafsu, hiburan, keberanian, dan juga setengahnya amat pasif?………Berada di ‘comfort zone’ yang amat tinggi.
Naluri Remaja - Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, orang terdekat dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
Pengaruh Rakan Sebaya - Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.
Mencari Keseronokkan - Sikap remaja juga memikirkan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.
Pengaruh Media Massa dan Internet - Juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang tidak sesuai.
Sikap Keluarga - Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja. Terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup - menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Memberikan Kebebasan biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Keadaan ini tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka - remaja perlu dibimbing.
Nasihat Untuk Remaja -
Pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan - Jangan mudah terpengaruh - Kenali orang-orang di sekeliling - Dapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’ - Murnikan hati dan tingkat ilmu dan cara berfikir.