Showing posts with label Perancang Bandar. Show all posts
Showing posts with label Perancang Bandar. Show all posts

Monday, May 16, 2016

152 - BERBAHAGIALAH MENJADI PERANCANG BANDAR.....

BERBAHAGIALAH MENJADI PERANCANG BANDAR.  Adakah Bidang Perancangan Bandar menjadi salah satu tuntutan dalam kehidupan kepada manusia??  Sebahagian manusia merancang..membangun..membina bandar untuk memantapkan ketamadunan manusia dari satu era ke satu era…….Disebalik itu jua, sebahagian manusia pula menjadi perosak kepada pembangunan persekitaran bandar…Sekiranya ada satu2 bandar berfungsi baik…cekap dan bersih…seimbang..tiada tekanan dan tiada bahaya ; ini adalah sesuatu  yg boleh dikaitkan dengan sikap manusia dan corak masyarakat setempat & penduduknya. Pembangunan Bandar sudah tentunya memerlukan masyarakat penduduknya  yang berdisiplin..bersikap jujur… prihatin dan berilmu. Teori2 Perancangan Bandar barat dan modern tidak spesifik membincangkan persektif theology/unsur2 agama...terutama kerohanian spritualnya yang berbentuk hubungan Masyarakat manusia dengan Penciptanya…Ramai Graduate Town Planning disogokkan dengan teori2.. prinsip2… konsep2..dan pelan2 pembangunan yang berprinsip superficial… economic-materialistic dan amat horizontal. Hakikatnya teori2 pembangunan perbandaran sebegini, mengobjektifkan suasana kehidupannya yang terlalu fizikal & teknikal … malah melayan latarbelakang ciri2 masyarakat itu sendiri, prinsip hidup citarasa masing2 & bukan berasaskan tuntutan agama. Dan dari sudut  amanah yang diberikan kepada manusia..menjadi khalifah di bumi dan tanggungjawab  kepada Penciptanya apatah lagi, hanya berkala diselitkan dalam kuliah…Oleh itu keperluan menyedarkan Town Planner kini, khususnya di Malaysia… tentang peri pentingnya kefahaman konsep hubungan Manusia dengan Maha Penciptanya yang tidak boleh lagi dipisahkan..& perlu diketengahkan dalam membentuk vertical knowledge kepada ilmu perancangan. Ianya perlu menjadi asas paksi kepada mereka yang bergelar Town Planner. Walaupun secara dalam kontek ilmu teori2 secara comprehensive & holistic ini pernah dipelajari..namun di peringkat perlaksanaannya..masih kabur dan tidak kesampaian…dan seringkali terus diabaikan. Hubungan Manusia dengan Penciptanya merangkumi dari sudut tanggungjawab manusia memakmurkan alam yang dikurniakan, untuk kesejahteraan kehidupan bermasyarakat…  & perkara2 berkaitan keperluan manusia, kesejahteraan alam sekitar… keamanan & malah sebagai konsep ibadah …. Di era perancangan & pertumbuhan bandar berskala besar..membina bandaraya superskill ..Megacity..Metropolis…Urban Coridor  & banyak lagi term2 big scale planning; namun apa yg perlu ditekankan adalah kepada better housing, elemen kejiranan ummah.. fungsi  dan kepentingan elemen/ruang dalam kejiranan  seperti masjid, markas ilmu, sistem jalan, kemudahan utilities…. yang walaupun kecil tapi perlu dalam membentuk kejiranan hidup bermasyarakat yang baik & perlokasian yang betul. Pertingkatkan fungsi bandar sebagai satu unit kehidupan ummah… meraikan fungsi & aktiviti harian manusia…. sayugia memudahkan kita menjadi makhluk yang taat & patuh dalam melaksanakan perintah Allah.

Monday, March 4, 2013

143 - HHAH...APA TU PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH....TOWN PLANNER??



TOWN PLANNER adalah satu profession kerjaya ‘broadly based discipline’ yang sesungguhnya mempunyai kepakaran pelbagai bidang, meliputi aspek2 ‘strategic planning’, ‘development plan’, ‘urban design’, ‘environmental/social impact assessment’, ‘land use planning’ yang berkaitan dengan perancangan perumahan, kawasan perniagaan, pembangunan industri, ‘heritage planning’, ‘tourism planning’ dan juga perancangan sosial.
Tugasan bagi kerjaya Town Planner juga begitu luas dan terlatih mahir dalam 14 tugasan berikut:
1.Kemahiran membentuk objektif jangka panjang pembangunan untuk perubahan masa depan pembangunan fizikal satu-satu kawasan,
2.Kemahiran menjalankan kajian dan penyiasatan tapak untuk satu2 pembangunan,
3.Kemahiran mengumpul dan menganalisis maklumat faktor2 fizikal, ekonomi, sosial, undang2, politik/pentadbiran, sosiobudaya dan alam sekitar yang memberikan kesan pada pembangunan guna tanah pada satu2 kawasan,
4.Kemahiran berinteraksi dan berbincang dengan masyarakat setempat, pihak pemaju, swasta dan organisasi kerajaan,
5.Kemahiran merancang pembangunan baru atau kawasan2 pembangunan semula dan menasihati Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai isu-isu perancangan bagi projek-projek seperti pembangunan di pinggir bandar, membina rangkaian jaringan pengangkutan, kawasan perindustrian, kompleks niaga dan pembangunan perumahan,
6.Kemahiran merangka pelan pembangunan atau pelan pembangunan semula dan menilai cadangan-cadangan dari segi faedah, risiko dan kos serta mencadangkan bagaimana skim pembangunan tersebut boleh dilaksanakan,
7.Kemahiran menyediakan pelan ‘subdivision’ dan susunatur dalam kawasan bandar dan luar bandar, mengambil kira keperluan pelbagai kegunaan tanah termasuk kediaman, ruang awam, kawasan lapang, sekolah dan kedai-kedai,
8.Kemahiran menyedia dan menyelaras kajian impak ekonomi, sosial dan alam sekitar,
9.Kemahiran menyediakan bukti2 bagi rayuan dan bagi pertikaian perancangan sekiranya berlaku,
10.Kemahiran berunding dengan/dan bertindak sebagai pembela, ‘interest’ kumpulan masyarakat atau pemaju,
11.Kemahiran membantu pemaju mendapatkan permit perancangan dan aspek legal bagi satu2 projek,
12.Kemahiran merekabentuk strategi-strategi bagi pembangunan, penggunaan tanah dan sumber2 di lokasi-lokasi tertentu,
13.Kemahiran mensyorkan tindakan2 ‘implementation’ bagi memastikan keperluan setempat dipenuhi, dengan mengambil kira faktor seperti kemudahan awam, komuniti, peluang pekerjaan, perumahan dan eksessibiliti penduduk,
14.Kemahiran menyelia dan menasihati syarikat2 swasta dan pemaju dalam merancang projek2 pembangunan.

Wednesday, July 18, 2012

135 - KEPADA URBAN PLANNERs & BAKAL URBAN PLANNERs.



KEPADA URBAN PLANNERs & BAKAL URBAN PLANNERs. Profession Urban Planning affects the lives of everyday people....shaping the future, create trends of cities & development. The profession strength should refocus more on the physical elements...good at landuse..zoning... public facilities & services....road network & acessibility...public transit, development control measures etc. Planning is also known as a "jack of all trades" practitioners with a wide range of skills - people with diverse skills.
In developed countries.....49% planning graduate work for a Planning Department…Municipality or Local Authority. 25% work for planning consulting firms. 17% are employed by a government agency and 8% work for other types of companies ie architect..law firms…real estate developers..etc. Planning doctorine…Hubungan Tiga Hala…Manusia-Tuhan, Manusia-Manusia, Manusia-Alam perlu dipegang dan dipraktiskan sepenuhnya……

Friday, May 14, 2010

050 - PLANO GRANDIS......all the best for bright new generation






.....Study smart, Work smart! Be the best planner.

(Thanks to Nurul Nadia & Jannah)

Sunday, May 9, 2010

048 - Oooh! Perancang Bandar......Memahami Isu-Isu REBAKAN BANDAR (URBAN SPRAWL) & SUBURBANIZATION

Di Malaysia, ‘Rebakan Bandar (urban sprawl)’ secara khususnya boleh dikaitkan dengan isu peringkat nasional terutama yang berkaitan dengan keperluan meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan yang tinggal berhampiran bandar-bandar utama. Ini menjadikan kefahaman mengenai hubungan bandar-luar bandar amat penting bukan sahaja dari sudut pembangunan spatialnya tetapi juga dari sudut sosial penduduk yang berpunca daripada konflik dan dikotomi yang memisahkan bandar–luar bandar.



Antara isu-isu penting berkaitan rebakan bandar dan suburbanization secara khusus di Malaysia adalah:

· Berlakunya pembangunan berpoket (pocket development). Kesan daripada pembangunan berpoket ialah lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place) kepada petempatan asal, dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk yang tinggal di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan. Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan dianggap sebagai monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap. Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada ‘rebakan bandar (urban sprawl)’ menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar.

· Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Di Lembah Kelang terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Di Johor Bahru pula mempunyai kadar pemilikan hartanah di pinggir metropolitannya oleh penduduk asing yang tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Ini memberi kesan kepada struktur masyarakat bandar dan corak integrasi penduduk .

· Masyarakat tempatan yang tinggal di petempatan pinggir bandar secara keseluruhan tidak mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelaburan hartanah mahupun dalam ekonomi bandar. Taraf ekonomi mereka amat rendah dan tidak mampan. Penglibatan mereka dalam sektor pertanian semakin menurun. Di Lembah Klang sahaja, terdapat lebih daripada 20,000 penduduk petempatan berbentuk kampung dan petempatan sementara yang hidup dalam keadaan melarat dan menyedihkan, walau pun sudah lebih dua puluh tahun menetap dalam kawasan.

· Terdapat banyak kawasan sensitif alam sekitar di pinggir metropolitan seperti kawasan tadahan air, kawasan bercerun, dan kawasan hutan simpan. Proses pembangunan yang tidak berhati-hati akan mengganggu struktur tanah yang boleh menyebabkan berlakunya tanah mendap, hakisan tanah dan banjir kilat terutamanya pada petempatan tradisi sedia ada. Isu berkaitan dengan pasaran guna tanah yang bersaing menyebabkan nilai tanah naik secara mendadak. Ini memberi kesan ke atas ketidakseimbangan permintaan dan penawaran aktiviti guna tanah bandar. Dasar pengambilan balik tanah untuk tujuan pembangunan yang dilaksanakan ke atas kawasan pinggir bandar memberi tekanan saikologi kepada masyarakat luar bandar di pinggir metropolitan terhadap masa depan kehidupan mereka.

· Selain daripada itu, masyarakat luar bandar di pinggir metropolitan menghadapi masalah pengangkutan kesan daripada kadar penduduk berulang alik (commuters) yang tinggi menggunakan kenderaan. Masalah kesesakan lalu lintas berlaku berpunca daripada tiada jalan alternatif, pembangunan sistem jalan tidak mengikut hirarki, dan wujudnya aktiviti guna tanah yang tidak sesuai di sekitar jalan raya utama.

· Kawasan pinggir metropolitan menerima tekanan pembangunan dari masa ke semasa. Sikap berlumba-lumba ingin mengaut keuntungan dalam memajukan tanah menyebabkan berlakunya ketidakseimbang antara keperluan perumahan dengan pekerjaan dan kemudahan sosial. Di Mukim Ulu Kelang di pinggir bandaraya Kuala Lumpur hampir 30 peratus merupakan kawasan taman perumahan dan hanya 2.7 peratus kawasan menyediakan kemudahan pekerjaan. Kawasan kediamannya adalah berbentuk ruang tempat tinggal (dormitary) dan tidak mampudiri. Terdapat juga masyarakat setinggan yang tinggal di pinggir metropolitan, di mana mendatangkan berbagai masalah terutama meningkatkan pencemaran alam sekitar dan memburukkan imej bandar. Sisa domestik dibuang ke dalam sungai, lereng-lereng bukit seolah-olah diterokai sehingga mengganggu ekosistem kawasan.

· Walaupun sebahagian kawasan yang dijadikan kawasan hijau tetapi perlahan-lahan tidak lagi berfungsi dalam mengawal densiti pembangunan. Kawasan hijau yang luas, pada asalnya berfungsi sebagai kawalan dan pengimbang pembangunan bandar semakin mengecil dan kurang dipertimbangkan dalam pelan pembangunan. Ini memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan sistem ekologi wilayah. Lingkaran hijau (greenbelt) hanya tinggal sebagai polisi yang tidak pernah kekal dilaksanakan.




PUTRAJAYA, Malaysia - A City for the New Millennium : Non-Sprawl City, City in a Garden &
Intelligent City.

Monday, March 29, 2010

037 - Perancang Bandar Malaysia Era Millennium



Foto menunjukkan sebahagian dari Pegawai Perancang Bandar Malaysia di era millennium...