
Sedikit kajiselidik dan temubual ke atas para ibubapa mengenai perkara di atas, mendapati perkara-perkara berikut:
Dekad ini boleh dikatakan tempohmasa yang sangat mencabar untuk mendidik remaja. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi untuk mendidik iman remaja. Kita mahukan pembentukan minda dan sahsiah remaja yang kuat dan kukuh di zaman yang berteknologi tinggi ini. Hiburan dan pendedahan kepada maksiat yang berleluasa menjadikan ramai dari kita, alpa/sukar menemui jalan lurus kehidupan. Mendidik anak remaja merupakan tugas yang sukar - memerlukan kesabaran dan kaedah yang lebih berkesan. Perlu kita sedari bahawa tugas mendidik ini, sebenarnya masih terletak keatas bahu ibubapa. Walaupun dalam kesibukan, kita percaya masih ramai para ibubapa peka tentang tanggungjawab mereka, namun dilemma menghadapi cabaran era IT masakini, memahami emosi dan perasaan remaja.
Remaja sendiri perlu sedar:
- Risiko dan impak dari perkembangan IT ke atas remaja terlalu besar.
- Betapa parahnya keruntuhan akhlak remaja akibat pergaulan bebas.
- Betapa rapuhnya sahsiah remaja masa kini akibat pengaruh tidak baik rakan sebaya.
- Tidak mantap pendidikan agama dan didikan rohani daripada keluarga.
- Mudah tergugat apabila dieksploitasi oleh anasir luar.
- Mudah rebah dan gugur dalam perjuangan menahan hawa nafsu - lemah pertahanan minda.
- Cenderung menakrifkan hukum mengikut akal dan logik sendiri.
Ada yang mencadangkan - Berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.....? Banyak masalah kegelisahan jiwa remaja ni dapat dihilangkan apabila berkahwin pada umur ni (18-25 tahun). Adakah dengan berkahwin awal dapat menyelamatkan remaja dari segala kemaksiatan.......... Apa pendapat remaja diluar sana????