Hanya 10% manusia menghidupkan sel otak kanan seimbang dengan otak kiri? Bilakah pelajar menggunakan otak kanan mereka? Tidak pernah, kadang-kadang atau tidak sampai 10% juga. Mereka yang kidal lebih banyak menggunakan otak kanan?
Menunggu dan terus menanti............
Di kalangan pelajar, penggunaan otak kanan menurun tatkala perkembangan teknologi maklumat... kerana kekerapan penggunaan komputer dan internet? Penurunan peratus penggunaan otak kanan memungkinkan sel-sel neuron otak kanan semakin tertidur, tidak aktif dan akhirnya tepu dan mati? Penyelidikan saintis mendapati penggunaan seimbang otak kiri dan otak kanan amatlah penting kepada individu dalam proses kematangan diri dan rasional dalam tindak tanduknya. Otak kiri bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta, menggunakan fikiran logik, bahasa mudah, matematik, menganalisis dan berfikir menurut turutan. Manakala otak kanan pula melibatkan imaginasi, berfikir secara kreatif dan innovatif, memancarkan ilham dan intuisi, gerakhati, berfikir secara lateral, fantasi dan secara lebih terperinci. Walau bagaimana pun, otak kanan yang kuat tidak juga bermakna sekiranya memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi dan penggunaan otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.
Bagaimana untuk meningkatkan fungsi dan menghidupkan sel-sel otak kanan???
- Hayatilah kisah-kisah sejarah - dapat membebaskan minda kita dengan mencipta gambaran-gambaran silam mengikut pengetahuan yang tersimpan didalamnya.
- Mengambil tahu hal-ehwal semasa - membaca, menulis atau berbincang isu-isu, peristiwa dunia.
- Memberikan saranan kendiri ke atas isu-isu, masalah yang dihadapi.
- Bermonolog.
- Banyakkan mencuba sesuatu aktiviti lasak seperti expedisi, sukan lasak, mengembara, komputer game.
- Sertai forum, seminar, pamiran, ekspo, dan cari peluang supaya suara anda didengar.
- Menatap, merenung dan membaca Al Quran dan menghayati terjemahannya.
- Belajar berfikir secara kreatif, lateral dan analisis.
- Sering lakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan, dan merasa secara imaginasi.
- Bertakafur dan memikirkan makhluk Allah dan alam semesta setiap hari.
- Bermain catur atau sesuatu yang boleh mencabar minda.
- Suka berfikir dan bertanya kepada diri sendiri - apa, siapa,bila, di mana, mengapa dan bagaimana.
- Berusahalah ke arah kecemerlangan diri, kegemilangan suasana dan keunggulan pencapaian.
- terima kasih kepada Mohd Raimi Rahin
Hidup ini perlu seimbang..kalau tidak tempanglah ia.
ReplyDelete