Sunday, May 30, 2010

057 - GENERASI X, Y perlukan Motivasi???..........Motivasi 5

HIDUPKAN SEL OTAK KANAN???




Hanya 10% manusia menghidupkan sel otak kanan seimbang dengan otak kiri? Bilakah pelajar menggunakan otak kanan mereka? Tidak pernah, kadang-kadang atau tidak sampai 10% juga. Mereka yang kidal lebih banyak menggunakan otak kanan?

Menunggu dan terus menanti............

Di kalangan pelajar, penggunaan otak kanan menurun tatkala perkembangan teknologi maklumat... kerana kekerapan penggunaan komputer dan internet? Penurunan peratus penggunaan otak kanan memungkinkan sel-sel neuron otak kanan semakin tertidur, tidak aktif dan akhirnya tepu dan mati? Penyelidikan saintis mendapati penggunaan seimbang otak kiri dan otak kanan amatlah penting kepada individu dalam proses kematangan diri dan rasional dalam tindak tanduknya. Otak kiri bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta, menggunakan fikiran logik, bahasa mudah, matematik, menganalisis dan berfikir menurut turutan. Manakala otak kanan pula melibatkan imaginasi, berfikir secara kreatif dan innovatif, memancarkan ilham dan intuisi, gerakhati, berfikir secara lateral, fantasi dan secara lebih terperinci. Walau bagaimana pun, otak kanan yang kuat tidak juga bermakna sekiranya memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi dan penggunaan otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Bagaimana untuk meningkatkan fungsi dan menghidupkan sel-sel otak kanan???

  1. Hayatilah kisah-kisah sejarah - dapat membebaskan minda kita dengan mencipta gambaran-gambaran silam mengikut pengetahuan yang tersimpan didalamnya.

  2. Mengambil tahu hal-ehwal semasa - membaca, menulis atau berbincang isu-isu, peristiwa dunia.

  3. Memberikan saranan kendiri ke atas isu-isu, masalah yang dihadapi.

  4. Bermonolog.

  5. Banyakkan mencuba sesuatu aktiviti lasak seperti expedisi, sukan lasak, mengembara, komputer game.

  6. Sertai forum, seminar, pamiran, ekspo, dan cari peluang supaya suara anda didengar.

  7. Menatap, merenung dan membaca Al Quran dan menghayati terjemahannya.

  8. Belajar berfikir secara kreatif, lateral dan analisis.

  9. Sering lakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan, dan merasa secara imaginasi.

  10. Bertakafur dan memikirkan makhluk Allah dan alam semesta setiap hari.

  11. Bermain catur atau sesuatu yang boleh mencabar minda.

  12. Suka berfikir dan bertanya kepada diri sendiri - apa, siapa,bila, di mana, mengapa dan bagaimana.

  13. Berusahalah ke arah kecemerlangan diri, kegemilangan suasana dan keunggulan pencapaian.

- terima kasih kepada Mohd Raimi Rahin

Thursday, May 27, 2010

056 - GENERASI X, Y perlukan Motivasi???..........Motivasi 4

BERSERONOKLAH SEMASA KERJA BERKUMPULAN

Ramai mahasiswa mahupun pelajar merasa susah hati tatkala diberikan assignment yang perlu dibuat secara berkumpulan. Dalam projek studio apa tah lagi. Banyak yang menumpang? Siapa yang nak buat? Lantik ketua & biarkan dia siapkan? Susah nak berkomunikasi? Tak dak chemistry dengan ahli kumpulan? Manalah ada orang yang serious dalam menjalankan kerja berkumpulan? Sukar benar nak wujudkan teamwork? Leceh...Dan lain-lain lagi…..


Bandar tenggelam - angkara siapa?


Temubual yang dijalankan menjelaskan mengapa kerja kumpulan tidak menyeronokkan:

  1. Tidak nampak keperluan untuk merasa seronok dalam kerja berkumpulan.

  2. Ramai yang bersifat seperti enau dalam belukar.

  3. Tidak pernah pasang niat, berdoa untuk merasa seronok kerja bersama.

  4. Terlalu ikutkan mood orang lain atau mood diri sendiri.

  5. Sering bermain dengan emosi diri sendiri - tersangatlah self centered dan ego.

  6. Tak cukup tidur..badan tak sihat..tak dapat menyesuaikan diri.

  7. Bergayut dengan facebook, sms dan hiburan terlampau.

  8. Ada musuh dalam selimut dalam sesebuah kumpulan - suka menikam dari belakang.

  9. Peergroup assessment tidak dilakukan.

Tips untuk seronok kerja berkumpulan:

  1. Jangan terlalu serious sehingga tension sorang-sorang.
  2. Bergurau, gelak ketawa secara sopan semasa berbincang sebagai pengikat kemesraan bersama.
  3. Perlu ada intention untuk menyumbang idea.

  4. Anggapkan kerja berkumpulan sebagai satu permainan - bersatu hati dan enjoy.
  5. Saling bantu membantu sesama ahli dalam apa jua keadaan.
  6. Murahkan hati dengan berbelanja ahli kumpulan makan-makan... especially leader.
  7. Buang budaya mengutuk, mengata, mengkritik semparono.

  8. Be a positive thinker....Boleh bertolak ansur.
  9. Anggap ahli kumpulan sebagai ahli keluarga yang disayangi.

- terima kasih kepada Nor Haslinda Nor Sukri

Wednesday, May 26, 2010

055 - GENERASI X, Y perlukan Motivasi???..........Motivasi 3

KESEMPITAN HIDUP BUKAN PENGHALANG KEJAYAAN


Masih ramai yang masih hidup dalam pemiskinan. Masih ramai pelajar yang hidup dalam kemiskinan walaupun dah masuk universiti. Ramai yang beranggapan kemiskinan dan kesempitan hidup menjejaskan kejayaan. Masih pelajar ramai yang memberi alasan kemiskinan sebagai alasan apabila gagal. Mereka perlu disedarkan bahawa kemiskinan hidup bukan alasan atau penghalang untuk berjaya dalam hidup. Semua perlu sedar kesempitan hidup bukan penghalang kepada kejayaan. Sebenarnya kesempitan hidup merupakan cabaran, satu situasi yang dihadapi untuk menguji kebolehan kita bertindak. Sekiranya kita melihat secara positif dan bertindak secara rasional, sanggup bersusah payah dan berusaha dengan gigih maka hasilnya juga akan membuahkan kejayaan.
Kaedah menghadapi kesempitan hidup: Senantiasa berfikiran positif, bersabar dan percaya kehidupan ini merupakan satu kitaran, bertekad inginkan perubahan, dan bertaqwa kepada Allah. Seseorang yang bertaqwa mampu mengawal diri melawan sifat malas, cepat berputus asa, tidak bersemangat, marah kepada keadaan, rakan-rakan, guru dan ibubapa. Baiki peribadi diri dan selalu bersyukur kerana masih mampu menerusan kehidupan.

- terima kasih kepada Ummi Hawa bt Yatman @ Suratman.

Monday, May 24, 2010

054 - GENERASI X, Y perlukan Motivasi???..........Motivasi 2


DUA MINDSET BERBEZA : Yang mana satu...kita!

Apa yang dimaksudkan dengan mindset? Mindset merupakan corak pemikiran dan pandangan kita terhadap dunia luar (ke atas satu-satu isu, individu, scenario atau satu-satu penyataan) - melibatkan cara kita berfikir, menetapkan pendirian diri, meransang tindakan dan cara berkomunikasi. Dua mindset yang dominan ialah:

Mindset mangsa (negatif) - Mereka yang selalu menyalahkan keadaan, situasi, orang lain dan takdir yang berada diluar kawalannya sekiranya tidak puas hati terhadap sesuatu. Paling ekstreme menyalahkan Penciptanya. Soalan yang sering bermain di fikirannya ialah "kenapa! sebab apa! pasal apa! angkara siapa! dan mengapa...Orang yang sebegini banyak disekeliling kita. Kata yang sering keluar dari mulut mereka adalah "kenapa buat begini.., kenapa terjadi pada aku.., kenapa dia tak ajar aku..., mengapa dia buat aku begini..., dan kenapa ditakdirkan macamni dan apa salah aku."

Mindset penguasa (positif) - Mereka yang mahu mengambil ikhtibar, melihat ke dalam diri, lebih jujur dan bertanggungjawab, ada insiatif berdikari, menyukai ilmu dan suka berkongsi apa yang dia tahu. Bila dilanda musibah, mereka tidak menyalahkan sesiapa, tidak menunding jari, tetapi memberi semangat pada diri sendiri dan sebaik mungkin cuba menyelesaikan masalah. Mereka berani bangkit semula setelah gagal.
Sudah tentulah kita inginkan mindset penguasa... tapi persoalannya? sedarkah kita atau perlukah disedarkan!
- terima kasih kepada Mohd Khairul Faizal bin Mohd Yusuff.


Sunday, May 23, 2010

053 - GENERASI X, Y perlukan Motivasi???..........Motivasi 1



MUSUH & PENGHALANG UTAMA KEJAYAAN IALAH SIKAP TANGGUH -Procrastination


(PROCRASTINATION - to postpone doing something, especially as a regular practice).


Kajian yang dijalankan menerangkan mengapa kita bertangguh kerja:




  1. Tugas yang nak dibuat tidak menyenangkan kita.


  2. Tidak faham/tidak jelas apa yang nak dibuat.


  3. Menganggap kerja yang yang dibuat terlalu mudah.


  4. Merasakan kerja yang yang akan dibuat terlalu sukar.


  5. Tiada perancangan.


  6. Merasa ragu-ragu pada kemampuan diri.


  7. Takut untuk berubah.


  8. Takut gagal.


  9. Matlamat tidak jelas.


  10. Berfikiran terlalu 'perfectionist'.


  11. Amalan kerja last minutes.


  12. Tiada dorongan.


  13. Tidak tegas pendirian/jiwa lemah.


  14. Sikap tidak serious dan sambil lewa.


  15. Semangat tak mantap.


  16. Tidak menghargai masa.


  17. Melayan sikap malas...malas...malas.


Bagaimana memperbaiki diri - Tahu alasan sendiri bertangguh kerja, Bertegas pada diri sendiri, kuatkan semangat, memohon hidayah (petunjuk) & taufik (kekuatan) daripada Allah, Jangan asyik berfikir, mulakan 'step' pertama... sekarang. Belajar mengawal minda anda.


- terima kasih kepada Noor Ruzaini bt. Ismail.

Thursday, May 20, 2010

052 - GENERASI X, Y (young generation) perlukan Motivasi..........???



Who are the Young Generation : Generasi X, Y.


Generasi X : Berumur antara 30 hingga 40an di tahun 2010 - Adalah mereka yang lahir selepas 'baby boom' period di antara tahun 1960an hingga akhir 1970an - Menerima pendedahan/pengaruh television yang sejak awal kanak-kanak - Kebanyakannya telah berkerjaya, menjadi professional dan tinggal di bandar-bandar besar.


Generasi Y : Berumur antara 10 hingga awal 30an di tahun 2010 - Adalah mereka yang lahir di era Teknologi Maklumat berkembang di antara lewat tahun 1970an hingga 1990an - dikenali juga Generasi Millennium - Kebanyakan hidup dengan komputer, video game - 'Most connected generation' di alam cyber - Hangouts with Facebook, Blog, MySpace, Twitter, YouTube.

Apakah bentuk motivasi yang mereka perlukan??? disebabkan perubahan persekitaran, latarbelakang, perkembangan teknologi komunikasi dsbnya. Yang terbaik boleh claim hadiah....!! yuk.

Wednesday, May 19, 2010

051 - TEKA BANDAR MALAYSIA (2)....nama bandar??


RM20/- untuk Philanthropist Followers atau SBW-JBPW-FAB-UTM yang dapat meneka nama bandar seperti yang ditunjukkan oleh foto ini. Yang pertama memberikan jawapan yang betul sahaja. Kenali bandar-bandar di Malaysia.

Friday, May 14, 2010

050 - PLANO GRANDIS......all the best for bright new generation






.....Study smart, Work smart! Be the best planner.

(Thanks to Nurul Nadia & Jannah)

Thursday, May 13, 2010

049 - Research Questions (RQs) for PSM..........



Ramai pelajar tahun akhir di universiti bertanya, apa itu Research Questions (RQs)? Adakah apa-apa soalan pun jika ditulis dengan baik boleh menjadi RQs. Atau apakah criteria penting perlu ada bagi menyediakan RQs yang baik. Mereka merasakan amat sukar menyediakan RQs yang boleh diterima oleh penyelia tesis. Pembaca/Assessor apa tah lagi. Selalunya di saat-saat akhir penulisan tesis, RQs masih perlu diperbaiki. Mana boleh score atau mendapat markah yang cemerlang. Tiap-tiap semester kena merayu naik markah ke?? Untuk menaikkan markah penilai pastinya merujuk RQs yang telah ditulis. Bagi mereka yang berminat melakukan kajian, pelajar universiti yang telah mendaftar PSM, yang ingin menjadi penyelidik, yang nak ambil Masters, PhD, nak menulis research…….RQs yang disediakan perlu jelas & mantap.



Beberapa ‘points’ perlu diambilkira apabila menyediakan RQs :



RQs mempunyai hubungan rapat dengan topic yang dikaji (menyediakan 3-5 RQs sudah memadai untuk satu kajian).
RQs bermaksud : “A question posed by a researcher about a previously unknown area of a specific subject/focus that requires a technical and scientific investigation to answer”.
RQs “is what you want to know about the topic”.
RQs “requires investigation to answer”.
RQs “cannot be answered in a single sentence”.
RQs “they do not produce debatable conclusions”.
RQs “question neither too broad nor too narrow”.
RQs “the most critical part of your study/research”.
If your question does not work well, no matter how strong the rest of the research, the effort is unlikely to be successful – you don’t get good marks.

Sunday, May 9, 2010

048 - Oooh! Perancang Bandar......Memahami Isu-Isu REBAKAN BANDAR (URBAN SPRAWL) & SUBURBANIZATION

Di Malaysia, ‘Rebakan Bandar (urban sprawl)’ secara khususnya boleh dikaitkan dengan isu peringkat nasional terutama yang berkaitan dengan keperluan meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan yang tinggal berhampiran bandar-bandar utama. Ini menjadikan kefahaman mengenai hubungan bandar-luar bandar amat penting bukan sahaja dari sudut pembangunan spatialnya tetapi juga dari sudut sosial penduduk yang berpunca daripada konflik dan dikotomi yang memisahkan bandar–luar bandar.



Antara isu-isu penting berkaitan rebakan bandar dan suburbanization secara khusus di Malaysia adalah:

· Berlakunya pembangunan berpoket (pocket development). Kesan daripada pembangunan berpoket ialah lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place) kepada petempatan asal, dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk yang tinggal di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan. Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan dianggap sebagai monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap. Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada ‘rebakan bandar (urban sprawl)’ menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar.

· Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Di Lembah Kelang terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Di Johor Bahru pula mempunyai kadar pemilikan hartanah di pinggir metropolitannya oleh penduduk asing yang tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Ini memberi kesan kepada struktur masyarakat bandar dan corak integrasi penduduk .

· Masyarakat tempatan yang tinggal di petempatan pinggir bandar secara keseluruhan tidak mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelaburan hartanah mahupun dalam ekonomi bandar. Taraf ekonomi mereka amat rendah dan tidak mampan. Penglibatan mereka dalam sektor pertanian semakin menurun. Di Lembah Klang sahaja, terdapat lebih daripada 20,000 penduduk petempatan berbentuk kampung dan petempatan sementara yang hidup dalam keadaan melarat dan menyedihkan, walau pun sudah lebih dua puluh tahun menetap dalam kawasan.

· Terdapat banyak kawasan sensitif alam sekitar di pinggir metropolitan seperti kawasan tadahan air, kawasan bercerun, dan kawasan hutan simpan. Proses pembangunan yang tidak berhati-hati akan mengganggu struktur tanah yang boleh menyebabkan berlakunya tanah mendap, hakisan tanah dan banjir kilat terutamanya pada petempatan tradisi sedia ada. Isu berkaitan dengan pasaran guna tanah yang bersaing menyebabkan nilai tanah naik secara mendadak. Ini memberi kesan ke atas ketidakseimbangan permintaan dan penawaran aktiviti guna tanah bandar. Dasar pengambilan balik tanah untuk tujuan pembangunan yang dilaksanakan ke atas kawasan pinggir bandar memberi tekanan saikologi kepada masyarakat luar bandar di pinggir metropolitan terhadap masa depan kehidupan mereka.

· Selain daripada itu, masyarakat luar bandar di pinggir metropolitan menghadapi masalah pengangkutan kesan daripada kadar penduduk berulang alik (commuters) yang tinggi menggunakan kenderaan. Masalah kesesakan lalu lintas berlaku berpunca daripada tiada jalan alternatif, pembangunan sistem jalan tidak mengikut hirarki, dan wujudnya aktiviti guna tanah yang tidak sesuai di sekitar jalan raya utama.

· Kawasan pinggir metropolitan menerima tekanan pembangunan dari masa ke semasa. Sikap berlumba-lumba ingin mengaut keuntungan dalam memajukan tanah menyebabkan berlakunya ketidakseimbang antara keperluan perumahan dengan pekerjaan dan kemudahan sosial. Di Mukim Ulu Kelang di pinggir bandaraya Kuala Lumpur hampir 30 peratus merupakan kawasan taman perumahan dan hanya 2.7 peratus kawasan menyediakan kemudahan pekerjaan. Kawasan kediamannya adalah berbentuk ruang tempat tinggal (dormitary) dan tidak mampudiri. Terdapat juga masyarakat setinggan yang tinggal di pinggir metropolitan, di mana mendatangkan berbagai masalah terutama meningkatkan pencemaran alam sekitar dan memburukkan imej bandar. Sisa domestik dibuang ke dalam sungai, lereng-lereng bukit seolah-olah diterokai sehingga mengganggu ekosistem kawasan.

· Walaupun sebahagian kawasan yang dijadikan kawasan hijau tetapi perlahan-lahan tidak lagi berfungsi dalam mengawal densiti pembangunan. Kawasan hijau yang luas, pada asalnya berfungsi sebagai kawalan dan pengimbang pembangunan bandar semakin mengecil dan kurang dipertimbangkan dalam pelan pembangunan. Ini memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan sistem ekologi wilayah. Lingkaran hijau (greenbelt) hanya tinggal sebagai polisi yang tidak pernah kekal dilaksanakan.




PUTRAJAYA, Malaysia - A City for the New Millennium : Non-Sprawl City, City in a Garden &
Intelligent City.

Thursday, May 6, 2010

047 - CAN YOU READ this?







fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too.

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc.


I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.


The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.

The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.

Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe.

Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!




If you can read this, your brain is 50%-60% faster than those who can't! iS iT??.....

source: somewhere in the net...

Sunday, May 2, 2010

046 - PSM...Komen Akhir Penulisan Tesis PSM oleh Penilai/Penyelia sebelum dijilid






Contoh komen pembaikan penulisan PSM final yang biasanya.……….








  • Susunan/organisasi tesis yang betul dari helaian tajuk hingga lampiran.


  • Format penulisan perlu mengikut UTM thesis manual.


  • Statement tajuk yang yang jelas dan final – Max. 15 perkataan.


  • Abstrak satu pages penuh dalam bahasa Melayu dan Inggeris (line spacing 1) - pastikan ini merupakan ringkasan padat yang terbaik, akan dirujuk oleh sebagai asas pemahaman kerja /penulisan pelajar.


  • Ringkasan BM & BI mengambarkan keseluruhan isu penulisan.


  • Format jadual, rajah, foto, lampiran dbsnya - seperti tajuk, no. dan sumber - serta jelas.


  • Fikirkan perlbagai aspek kesempurnaan tesis dan penulisan - untuk dijilid dan menjadi rujukan orang lain.


  • Setiap tajuk/sub-tajuk perlu nomboring - tidak boleh 'bulleted' .


  • Tajuk/sub-tajuk perlu jelas terutama bagi bab 2 & 3 - tak boleh terlalu ringkas atau satu dua perkataan sahaja - Ayat yang ringkas/jelas tajuknya.


  • Findings of the research – Penemuan perlu diutamakan – ditulis dengan baik, jelas dan boleh juga di’tabled’kan? Jangan terlalu ringkas - perlu dikaitkan kepada objektif/ RQs.


  • Senarai rujukan yang lengkap – sekurang-kurangnya 20 rujukan utama.


  • Jangan tertinggal Lampiran yang perlu.


  • Pernomboran muka surat pada setiap bahagian/helaian yang diperlukan.


  • Kertas putih A4.

    Sekian selamat menyediakan 2 set penulisan yang sempurna untuk dinilai.

    dranuarjb
    2 April 2010