Saturday, July 31, 2010

074 - BANJIR DI BANDAR MALAYSIA.. bagaikan limpahan airmata penduduknya???

Bandar Kuala Trengganu
Bandar Segamat



Bandar Kota Tinggi






Friday, July 30, 2010

073 - KENALI BANDAR-BANDAR MALAYSIA (walaupun anda belum pernah melawatnya).....

14 Bandar pelbagai Isu perancangan yang perlu dikenalpasti.

A
KUCHING, SARAWAK
B
SUNGAI PETANI, KEDAH
C
RAWANG, SELANGOR


D
SEGAMAT, JOHOR



E
MERSING, JOHOR









F
KUALA TRENGGANU, TRENGGANU







G
KOTA BHARU, KELANTAN





H
KUALA LIPIS, PAHANG








I
KLANG, SELANGOR








J
BANDARAYA KUALA LUMPUR









K
KAMPAR, PERAK












L
KAJANG, SELANGOR




















M GEORGE TOWN











N

IPOH, PERAK

Wednesday, July 28, 2010

072 - TEKA BANDAR MALAYSIA (3)....nama bandar??



Sebuah note book bermutu tinggi untuk Philanthropist Followers atau SBW-JBPW-FAB-UTM yang dapat meneka nama bandar seperti yang ditunjukkan oleh foto ini. Yang pertama memberikan jawapan yang betul sahaja. Kenali bandar-bandar di Malaysia.




Clue 1: ???? Banyaknya jalanraya .....mm.

macam Tangkak aje.......

(semua masih tidak betul..30/7/2010)

Clue 2: Apa beza nya dengan Johor Bahru....sikit aje.

Clue 3 :
Gambaran bandar yang lebih jelas

Tuesday, July 27, 2010

071 - Understanding The Meaning of METROPOLITAN REGION for Urban Planner...

photo by Wandy Sosa

update submitted:

1. Mohd. Azlihaffendi 2. Nor Suliza 3. Nor Wahida 4. Wan Sakinah 5. Faeizah 6. LIana Afrida 7. Mohamad Hafiz Mohd Bakhari 8.Mohd. Alif 9. Norfatinah 10. Nur A'in Ilani 11. Ahmad Zarif 12. Abdul Aziim 13. Farid (Tuah) 14. Nur shahrina 15. Mohd Shukhairi 16. Nur Azizah 17. Muhammad Faeiruz 18. Norhaliza 19. Sharifah Athirah 20. Nor Diyana 21. Li Cong 22. Nurain Mohd. Sith 23. Mohd. Saiful Zaidi 24. Roslan 25. Muhamad Hafidz Mohd Raidzuan 26. Siti Hazar 27. S.Yasmin 28. Mohd. Zulkifli 29. Nabilah 30. Eida Nur Eilham 31. Intan Nur Nabila 32. Nurul Iqlima (Hinata) 33. Azman 34. Nurulain Salihan 35. Mohd. Shafie 36. Lai Siew Ke 37. Gao Xia 38. Ma Wen Xian 39. Pang Hooi Phing 40.TeeYeong Yih 41. Ngu Ket Yi 42. Liu Wen 43. Nadiah Hakimah 44. Diana Ba'ee 45. Nur Farhana 46. Nor asraf 47. Rosnawati 48. Noramiza Illiany 49. Megat Shamsul Ma'arif 50. Mohd. Ariff Fakhruddin 51. Gingerlla 52. Nur Isti Qurratu'aini 53. Ngo Tzuo Dong 54.Ling Xiao 55. Shan Di 56. Li Yimeng 57. Tantinny FCL 58.Shahrul Izuan 59. Wan Nur Syuhada 60.Azyan Izzati 61.Siti Hafizah 62.Farihah 63. Hilyati 64.Mohamad Taufek 65.Mohd. Roslan 66. Mohd. Syukri 67. Azree Azmin 68.Suhaimi 69. Nor Sazwani 70.Aishah Taib 71. Rosiella




070 - MEMBUDAYAKAN DAN MEMPERKUKUHKAN INTEGRITI PERLUKAN KESEDARAN SEMUA PIHAK….Toleransi atau Strategi Pendakwahan?

Great-Blue-Hole - Satu lagi keajaiban dunia

Big-Hole-Kimberley - Keajaiban alam nyata






  1. Integriti bermaksud perihal sifat individu dan organisasi yang berteraskan nilai-nilai murni iaitu jujur, benar (upright), amanah, adil, bertanggungjawab, cekap, bijaksana dan boleh diharapkan (reliable).

  2. 2. Kejatuhan banyak empayar besar dunia disebabkan tiada integriti dan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat - Pada Pemimpin, Rakyat maupun pada Generasi Muda.

  3. Setiap lapisan masyarakat perlu mengambil iktibar kepentingan integriti dan integrasi yang kukuh dalam kehidupan bermasyarakat majmuk di Malaysia. Sekurang-kurang kita perlu mengenalpasti kumpulan masyarakat yang boleh bertoleransi, kurang toleransi, yang tidak mahu bertoleransi atau yang tidak peka langsung tentang bertoleransi.


  4. Kerajaan begitu komited dalam usaha-usaha memperkukuhkan integriti diperingkat nasional melalui :
    - Gagasan 1Malaysia.
    - GTP Government Tranformation Program telah mengariskan 6 bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, memperkasa prasarana luar bandar & pendalaman, menambakbaik sistem pengangkutan awam dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Di samping itu beberapa penekanan lain telah dilakukan; Konsep kepimpinan terpuji - sifat mahmudah , Membudayakan kreativiti dan innovasi di semua organisasi dan juga IPT, Kepantasan bertindak dan membuat keputusan terutama di sektor awam dan Melancarkan Pelan integriti Nasional bagi memupuk kesedaran semua.

Apa peranan kita?....



  1. Pendidikan merupakan platform atau ejen pemantapan integriti yang paling utama dan berkesan. Strategi pendakwahan perlu dikembangkan bersama bagi mengwujudkan sikap kebersamaan dan kekitaan.........

  2. Mencari strategi berkesan....

  3. Memahami realiti hubungan kaum?? Sikap perkauman atau sensitiviti agama......

  4. Memastikan perlaksanaan pengagihan ekonomi yang lebih adil...........

Mengatasi tension dalam hubungan masyarakat ???





  • Menjamin sikap tolerensi masyarakat berbilang kaum.?? Strategi berkesan – pendakwahan?

  • Menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama?? Strategi berkesan – pendakwahan?

  • Memahami kontrak sosial yang telah dimetrai sejak merdeka?? Strategi berkesan – pendakwahan?

  • Mengikis fahaman extremist, chauvinist, hypocrite, racist?? Strategi berkesan – pendakwahan?

ISU SERIUS terhadap Remaja yang perlu ditangani :

- Remaja hamil diluar nikah- Strategi berkesan – pendakwahan?
- Buang bayi - Strategi berkesan – pendakwahan?
- Meningkatnya bilangan anak tidak sah taraf - Strategi berkesan – pendakwahan?
- Kes sumbang mahram, rogol - Strategi berkesan – pendakwahan?
- Seks bebas - pesta seks remaja - Strategi berkesan – pendakwahan?
- Pornografi di internet - Strategi berkesan – pendakwahan?
- Keruntuhan moral mendadak - Strategi berkesan – pendakwahan?
- Rempit - Strategi berkesan – pendakwahan?
- Penagihan dadah - Strategi berkesan – pendakwahan?

Tercabarkah kita...............dengan konsep, strategi, kaedah dan langkah yang lebih proaktif pendakwahan???

Friday, July 23, 2010

069 - OPEN YOUR EYES by Maher Zain (Amazing song, Momentous lyric)







Look Around Yourself
Can’t You See This Wonder?
Spreaded Infront Of You
The Clouds Floating By
The Skies Are Clear And Blue
Planets In The Orbit
The Moon And The Sun
Such Perfect Harmony
Let's Start Questioning Ourselves
Isn’t This Proof Enough For Us?
Or Are We So Blind?
To Push It All Aside?
No!

We Just Have To
Open Our Eyes, Our Hearts, And Minds
If We Just Look Bright To See The Signs
We Can’t Keep Hiding From The Truth
Let It Take Us By Surprise
Take Us In The Best Way [Allah]
Guide Us Every Single Day [Allah]
Keep Us Close To You
Until The End Of Time..

Look Inside Yourself
Such A Perfect Order
Hiding In Yourself
Running In Your Veins
What About Anger Love And Pain?
And All The Things You’re Feeling?
Can You Touch Them With Your Hand?
So Are They Really There?
Let's Start Question in Ourselves
Isn’t This Proof Enough For Us?
Or Are We So Blind?
To Push It All Aside?
No!

We Just Have To
Open Our Eyes, Our Hearts, And Minds
If We Just Look Bright To See The Signs
We Can’t Keep Hiding From The Truth
Let It Take Us By Surprise
Take Us In The Best Way [Allah]
Guide Us Every Single Day [Allah]
Keep Us Close To You
Until The End Of Time

When A Baby's Born
So Helpless And Weak
And You’re Watching Him Growing
So, Why Deny
What's In Front Of Your Eyes?
The Biggest Miracle Of Life

We Just Have To
Open Our Eyes, Our Hearts, And Minds
If We Just Look Quiet To See The Signs
We Can’t Keep Hiding From The Truth
Let It Take Us By Surprise
Take Us In The Best Way [Allah]
Guide Us Every Single Day [Allah]
Keep Us Close To You
Until The End Of Time

Open Your Eyes, And Heart, And Mind
If We Just Look Bright To See The Signs
We Can’t Keep Hiding From The Truth
Let It Take Us By Surprise
Take Us In The Best Way [Allah]
Guide Us Every Single Day [Allah]
Keep Us Close To You
Until The End Of Time
...[Allah]
You Created Everything
We Belong To You
Ya Rabbi, We Raised Our Hand
Forever, We Thank You
..... Alhamdulillah

Thursday, July 22, 2010

068 - UNDERSTANDING URBAN SPRAWL - National and Global Issues???.....




Urban Sprawl is a pattern and pace of urban land development in which the rate of land consumed for urban purposes exceeds the rate of population growth and which results in an inefficient and consumptive use of land and its associated resources. Some defined urban sprawl as :


- disease analogies such as cancerous growth and virus;
- irresponsible, often poorly-planned development that destroys green space, increases traffic and air pollution, crowds schools and drives up taxes;
- low-density urbanization and discontinuous development.



    Urban sprawl must be considered in a space-time context. It is not simply the increase of urban lands in a given area, but the rate of its increase relative to population growth. Urban sprawl occurs when the rate of land conversion and consumption for urban uses exceeds the rate of population growth for a given area over a specified period of time.

    Urban sprawl development consists of three basic spatial forms:
    Low-density sprawl: Low-density sprawl is the consumptive use of land for urban purposes along the margins of existing metropolitan areas. This type of sprawl is supported by piecemeal extensions of basic urban infrastructures such as water, sewer, power, and roads.
    Ribbon sprawl: Ribbon sprawl is development that follows major transportation corridors outward from urban cores. Lands adjacent to corridors are developed, but those without direct access remain in rural uses/covers. Over time these nearby “raw” lands maybe be converted to urban uses as land values increase and infrastructure is extended perpendicularly from the major roads and lines.
    Leapfrog development: Leapfrog development is a discontinuous pattern of urbanization, with patches of developed lands that are widely separated from each other and from the boundaries, albeit blurred in cases, of recognized urbanized areas. This form of development is the most costly with respect to providing urban services such as water and sewerage.
    sumber: http://chesapeake.towson.edu/landscape/urbansprawl/

    Mengapa berlakunya Rebakan Bandar
    Secara asasnya, berlakunya rebakan bandar berpunca dari kepesatan pembangunan aktiviti guna tanah bandar dan masalah kurang kawalan dalam dasar pembangunannya. Bandar berkembang pesat ke kawasan pinggirnya disebabkan oleh pengaruh yang berbagai; daripada nilai tanah yang semakin tinggi di kawasan bandar, pertambahan mendadak penduduk bandar, pengaruh perkembangan sistem pengangkutan, pasaran perumahan yang semakin meluas, kepada kaedah dasar-dasar perancangan gunatanah bandar dan mekanisma kawalannya.
    Pengaruh utama kepesatan perkembangan pembandaran adakah berpunca daripada gabungan antara keperluan meningkat pembangunan fizikal, impak kuasa pasaran ekonomi dan perubahan nilai-nilai sosial dalam masyarakat. Di era perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi masakini, berlakunya rebakan bandar adalah disebabkan juga dengan kegagalan dasar perancangan mengawal kuasa pasaran dalam pembangunan guna tanah bandar. Dari segi nilai dan pasaran tanah bandar, keluk graf menunjukkan nilai tanah menurun ke arah pinggir bandar berdasarkan teori tawaran sewa; di mana pembangunan lebih meluas dan berskala besar dapat dijalankan di kawasan pinggirnya. Perubahan keperluan penduduk kepada perumahan yang lebih berdensiti rendah menyebabkan tanah-tanah di luar bandar senang diperolehi dan dimajukan. Rebakan guna tanah bandar ke kawasan pinggir bandar dengan meluas dibantu oleh pembangunan dan perkembangan dalam sistem pengangkutan dan teknologinya. Peningkatan besar penggunaan kereta membenarkan perjalanan penduduk dengan lebih jauh, cepat dan menjimatkan, menjadikan bandar semakin padat serta mendatangkan kesan negatif yang lebih berbagai. Banyak kajian telah cuba mendefinisikan rebakan bandar dengan pendekatan yang berbeza, seperti definisi-definisi yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji berikut;

    (i) ‘Lack of continuity in expansion’ (Mill, 1981), - menggambarkan kurang kesinambungan dalam corak pembangunan di sempadan bandar.
    (ii) ‘Haphazard growth & patchwork appearance’ (Harvey & Clark, 1965; Peiser, 1989) – Menggambarkan bentuk-bentuk pembangunan yang tidak teratur dan membahayakan kepada penduduk setempat.
    (iii) ‘Unplanned, uncontrolled & uncoordinated single–use development’ (Nelson & Duncan, 1995) – menggambarkan pembangunan satu-satu kegunaan tanah yang tidak dirancang dan dikawal dengan baik.
    (iv) ‘Spatial discontinuity in urban land use’ (Shou,G.,2000) – menggambarkan reruang guna tanah bandar yang tidak berterusan dan pembangunan yang tidak bersambung.

    Jenis komponen guna tanah juga digunakan bagi menggambarkan rebakan bandar seperti pembangunan pelbagai pusat tumpuan/‘poly-centred development’ dan kawasan perumahan berdensiti rendah/‘low-density housing area’, pusat membelibelah hypermarket dan ‘suburban center’.

    Di Malaysia, konsep rebakan bandar masih dilihat pada peringkat pembangunan dan penyaluran kemudahan/perkhidmatan bandar ke luar bandar (extention of urban services to rural area) di samping pembangunan pesat taman-taman perumahan berskala besar, pusat-pusat perdagangan dan perindustrian terancang. Proses rebakan bandar ini, di JB misalnya, berlaku secara 'ribbon development' dan 'rapid suburban expansion' ke atas ruang pinggir bandar di sekitar sempadan bandar. Rebakan bandar memberikan implikasi ketara kepada keperluan perancangan fizikal dan juga pembangunan sosial; disebabkan tarikan penduduk dan peluang-peluang pekerjaan dari pusat bandar dan ke kawasan. Ini menjadikan kawasan pinggir bandar sebagai pembangunan berpoket (pocket development), sebahagian ruang menjadi sesak disebabkan tumpuan penduduk, dan memberi impak negatif kepada alam sekitar. Rebakan bandar bukan sahaja berkaitan dengan terlampau banyak pembangunan, tetapi juga berkaitan dengan ketidakseimbangan pembangunan di bahagian tertentu sebuah wilayah metropolitan.

    Salah satu isu yang perlu diketengahkan disebabkan rebakan bandar ialah impak yang berlaku ke atas kampung-kampung yang terletak di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan menjadi medan pertembungan kepada perubahan fizikal dan bukan fizikal, kesan dari rebakan bandar yang berlaku. Kepesatan pembangunan terancang menyebabkan kampung pinggir bandar kian terhimpit dalam arus perkembangan pembandaran. Sebahagiannya mengalami perubahan ciri-ciri dan identiti kawasan, manakala pendudukmya terpaksa menghadapi pengaruh pembandaran yang semakin meningkat terutama dalam aspek suasana kediaman, ekonomi dan pekerjaan, serta corak hidup. Persekitaran kampung di pinggir bandar menghadapi pembangunan berpoket (pocket development). Kesan ketara daripada pembangunan berpoket ialah lama kelamaan lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place), dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk dan pengasingan masyarakat. Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus rebakan bandar. Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Kadar pemilikan hartanah di pinggir bandar oleh penduduk asing juga adalah tinggi di kebanyakan bandar utama.

    Tuesday, July 20, 2010

    067 - ADAB bergelar MAHASISWA.......

    Warga kampus (mahasiswa) seharusnya prihatin kepada tanggungjawab masing-masing untuk berjaya cemerlang semasa pembelajaran di universiti. Rasa bertanggungjawab - ingin belajar bersungguh-sungguh, sanggup menghadapi pengalaman baru dan berkerja keras adalah titik tolak untuk kecemerlangan diri. Di samping itu mereka perlu sedar peranan dan tanggungjawab ini bukan sahaja merupakan harapan terhadap diri masing-masing, bahkan merupakan harapan keluarga, masyarakat, agama dan juga negara. Kesedaran ini penting kerana ianya boleh menguatkan jati diri dan sebagai momentum untuk berusaha dengan lebih gigih. Apa yang juga penting adalah mahasiswa perlu mengelakkan diri dari sikap malas, malu, segan dan takut dengan suasana persekitaran pembelajaran kini yang lebih terbuka. Tumpuan atau fokus jitu mahasiswa kepada kursus yang diajar, semasa dalam dewan kuliah, juga semasa pembelajaran kendiri adalah amat perlu. Mahasiswa yang masuk ke Universiti sudah tentu membawa harapan tinggi untuk berjaya cemerlang dalam pengajian masing-masing. Untuk cermerlang mereka perlu berusaha gigih dan penting bagi mereka memahami tata cara, adab dan disiplin untuk menjadi mahasiswa yang baik dan mengamalkannya. Di antaranya:


    • Pasang nawaitu atau niat untuk belajar dengan tekun - secara tegas, jelas dan tepat.


    • Seimbangkan pembangunan jasmani, rohani, minda dengan menjaga permakanan, solat dan banyak membaca.


    • Elak sifat malu, segan, takut dan malas.


    • Kawal nafsu-nafsi remaja dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak senonoh.


    • Jalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan dan menghormati pensyarah.


    • Jangan bertangguh menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.


    • Semasa dalam bilik kuliah; datang awal, duduk dihadapan, bertanya jika tidak memahami, memahami course outline dari awal, memberi fokus dan serious.


    • Berusaha mengurus masa dengan bijak.


    • Mengambil tauladan dari segala kesilapan yang pernah dilakukan dan jangan mengulanginya.


    • Sering berbincang dengan peergroup dan mencari kawan bukan lawan.


    • Selalu berdoa sebelum apa-apa yang hendak dilakukan.


    .....kepada Mahasiswa - selamat berusaha mengekalkan semangat belajar yang tinggi sepanjang pengajian.




    Thursday, July 15, 2010

    066 - WAJAH CERIA BAKAL PERANCANG BANDAR...TAHUN 1SBW UTM new intake Julai 2010


    Faced new experience, Enjoy the hard work;

    Adilah, Anis Shazreen, Anwar, Badrul Amir, Iskandar Mirza, Lim Zhi Min, Mlysha Nurshyla, Mohamad Safuan, Mohamad Shafiq, Mohd Fadzil, Mohd Firdaus, Mohd Iwafie, Mohd Khairuddin, Muhamad Firdaus, Muhamad Haris, Muhammad Najmi, Muhammad Shafiee, Nadhirah, Najeehah, Norfadiera , Norfazdlina, Nur Asmida, Nur Azreen, Nur Syazwani, Nuraisha, Nurul Farahen, Nurul Hanis, Nurulfatin, Priscilla Yong, Rohayu Abdullah, Rohayu Ismail, Saidah, Shahrul Nizam, Siti Amirah, Siti Raihana, Siti Sarah & Zulfadli.


    Wednesday, July 14, 2010

    065 - URBANISM, (NEW)URBANISM, SUBURBANISM



    PUTRAJAYA, MALAYSIA - A city for the new millennium




    10 PRINCIPLES OF (NEW)URBANISM


    sumber: http://www.newurbanism.org/newurbanism/principles.html

    The principles of urbanism can be applied increasingly to projects at the full range of scales from a single building to an entire community.
    1. Walkability -Most things within a 10-minute walk of home and work-Pedestrian friendly street design (buildings close to street; porches, windows & doors; tree-lined streets; on street parking; hidden parking lots; garages in rear lane; narrow, slow speed streets) -Pedestrian streets free of cars in special cases
    2. Connectivity-Interconnected street grid network disperses traffic & eases walking-A hierarchy of narrow streets, boulevards, and alleys-High quality pedestrian network and public realm makes walking pleasurable
    3. Mixed-Use & Diversity -A mix of shops, offices, apartments, and homes on site. Mixed-use within neighborhoods, within blocks, and within buildings-Diversity of people - of ages, income levels, cultures, and races
    4. Mixed Housing - A range of types, sizes and prices in closer proximity
    5. Quality Architecture & Urban Design -Emphasis on beauty, aesthetics, human comfort, and creating a sense of place; Special placement of civic uses and sites within community. Human scale architecture & beautiful surroundings nourish the human spirit
    6. Traditional Neighborhood Structure -Discernable center and edge-Public space at center-Importance of quality public realm; public open space designed as civic art-Contains a range of uses and densities within 10-minute walk-Transect planning: Highest densities at town center; progressively less dense towards the edge. The transect is an analytical system that conceptualizes mutually reinforcing elements, creating a series of specific natural habitats and/or urban lifestyle settings. The Transect integrates environmental methodology for habitat assessment with zoning methodology for community design. The professional boundary between the natural and man-made disappears, enabling environmentalists to assess the
    design of the human habitat and the urbanists to support the viability of nature. This urban-to-rural transect hierarchy has appropriate building and street types for each area along the continuum.
    7. Increased Density -More buildings, residences, shops, and services closer together for ease of walking, to enable a more efficient use of services and resources, and to create a more convenient, enjoyable place to live.-New Urbanism design principles are applied at the full range of densities from small towns, to large cities
    8. Green Transportation -A network of high-quality trains connecting cities, towns, and neighborhoods together-Pedestrian-friendly design that encourages a greater use of bicycles, rollerblades, scooters, and walking as daily transportation
    9. Sustainability-Minimal environmental impact of development and its operations-Eco-friendly technologies, respect for ecology and value of natural systems-Energy efficiency-Less use of finite fuels-More local production-More walking, less driving
    10. Quality of Life - Taken together these add up to a high quality of life well worth living, and create places that enrich, uplift, and inspire the human spirit.

    ...............Berikan komen bernas anda - Setakat mana prinsip-prinsip ini dipertimbangkan dalam pembangunan fizikal di Malaysia.

    Monday, July 12, 2010

    064 - THE RURAL-URBAN FRINGE


    What is the rural-urban fringe?The rural-urban fringe is the boundary zone outside the urban area proper where rural and urban land uses intermix. It is an area of transition from agricultural and other rural land uses to urban use. Located well within the urban sphere of influence the fringe is characterised by a wide variety of land use including dormitory settlements housing middle-income commuters who work in the main urban area. Over time the characteristics of the fringe change from largely rural to largely urban. Suburbanisation takes place at the urban boundary of rural-urban fringe.


    The location of the rural-urban fringe has changed over time, stabilising only after the introduction of green belt restrictions. Successive waves of suburban development swallowed up previous fringe areas as private and local authority builders tried to satisfy the insatiable demand for housing. The development of suburban highways and the increase in middle-income car ownership were the main catalysts in such development.


    The critical boundaries are between (a) the continuous built-up area and the rural-urban fringe and (b) the fringe and the surrounding rural area. The boundary between the continuous built-up area and the rural-urban fringe is not difficult to identify. A succession of large open spaces separate the conurbation from free-standing settlements located within the rural-urban fringe.

    Issues in the rural-urban fringe. http://www.geocases.co.uk/sample/urban_figure9.htm

    ..............Berikan komen anda mengenai isu 'rural-urban fringe' di Malaysia.

    Thursday, July 8, 2010

    063 - BAJA AKAL…...APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI GENERASI HEBAT?

    Sekiranya pohon kayu hidup subur, merimbun membuahkan hasil yang sedap dan ranum apabila diberi baja yang sesuai, apatah lagi dengan otak manusia. Otak manusia yang sihat dan cerdas menandakan ia bertenaga dan boleh berfikir, mengingat dan menjalankan fungsinya dengan baik.



    Kereta pun terdapat berbagai jenis, jenama, saiz dan warna : Be yourself but dont mislaid track

    Kerja-kerja ringan yang dilakukan oleh otak ialah 3M- Membaca, Mengira dan Menulis. Bukan itu saja tugas otak manusia. Tugas yang lebih berat bagi otak ialah menganalisis, merancang strategi, membuat keputusan yang tepat di samping mengasah minda mengeluarkan idea yang bernas. Apabila otak tidak dibajai maka sifat-sifat yang wujud dalam diri manusia adalah seperti pelupa, lekas jemu, lambat dan malas berfikir, badan tidak bertenaga, kurang keyakinan, perasaan lekas panik dan berfikiran negatif dan tidak pro-aktif, dan yang paling ketara dikalangan kebanyakan generasi muda, dan juga mahasiswa; ialah kuat tidur di waktu siang hari dan terlalu pendiam. Badan pula menjadi 3G - Gebu, Gempal dan Gemuk. Bagaimana mengatasinya atau bagaimana untuk membajai akal? Banyak kajian menyatakan, pertamanya; seseorang itu perlu memotivasikan dirinya, kedua; berkerja dan berehat sewajarnya, dan yang ketiga; jaga makan dan minum. Namun tidak kurang pentingnya ialah permakanan rohani juga perlu dijaga. Maksudnya perlu menjaga solat, memastikan berdoa setiap kali melakukan apa jua kerja yang hendak dilakukan dan perbetulkan nawaitu. Kita perlu juga mengetahui kumpulan makanan yang boleh menjejas minda, mengganggu daya ingatan dan menjejaskan daya berfikir. Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan terlalu berlemak, berminyak, makanan junk, air tin berkarbonit, makanan berasam dan jeruk, merokok, makanan alergi pada diri masing-masing, dan gula berlebihan. Makanan yang perlu digalakkan adalah seperti makanan berprotin tinggi seperti ikan dan kekacang (seperti badam dan pistachio), sayuran hijau dan buah-buahan, tamar dan kismis, madu lebah, chocolate asli, makanan daripada susu dan banyakkan memakan makanan semula jadi yang belum diproses. Kesemua makan ini akan menambahkan daya tumpuan, menaikkan semangat dan daya fikir, dan memberikan perkembangan minda yang positf. Disamping itu dapat mencegah penyakit yang berkaitan dengan fikiran, perasaan dan emosi (seperti kuat marah, ego, dengki, tamak, kedekut, garang, gelojoh, malas, degil, self-centered dsb.) Pastikan pula bahan makanan adalah semestinya halal lagi bersih. Banyak juga makanan supplement di pasaran seperti makanan dan minuman berasaskan sumber seperti bijirin habbatus sauda’, buah delima, kismis, za'faran, madu lebah, dan makanan sunnah yang lain lagi. Ok... Mari berkongsi idea bagi melahirkan generasi hebat.