Thursday, March 18, 2010

034 - Motivasi lagi..Menjadi Remaja Hebat - TIADA EGO




Sifat ego adalah penyakit batin. Bagi remaja ia sering mencabar diri – kerana ego adalah suatu yang dialami dalam proses bagi mematangkan personaliti. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Hindarilah bersifat ego. Ia adalah anak-anak tangga menuju riak, bangga diri, bodoh sombong, lupa diri, berlagak, ‘self-centered’, fikiran materialistik, & dibenci orang. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-
1. Menolak Tuhan - Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia.
2. Menolak dan tidak mahu menegak kebenaran.
3. Tidak mahu menerima pendapat atau nasihat orang lain.
4. Sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
5. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri.
6. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya.
7. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri.
8. Selalu berwajah serius dan masam - Ditambah pula dengan sikap yang sukar mesra.
9. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja.
10. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.
11. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
12. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf.
13. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.
14. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya.
15. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara.

Kepada Remaja – perlahan-lahan hindari ciri-ciri ini satu persatu jika mampu sesegeranya, hari kehari....tahun ke tahun hingga ke titiknya.

7 comments:

  1. dr, sy ingin meminta pendapat...adakah kita juga akan tergolong dalam golongan yang ego sekiranya kita tidak menegur sapa dengan seseorang setelah kita telah cuba untuk berbaik, bercakap dengan sesorang itu....namun dia masih juga tidak mahu untuk bertegur sapa dengan kita....

    ReplyDelete
  2. orang itu yang ego ....sebab tak mahu nak maapkan orang lain....

    ReplyDelete
  3. Hinata, Dalam soal menegur sapa, tidak salah kita memberi salam dulu, terpulang kepada individu membalas atau tidak. Lepaskan tanggungjawab kita. Remaja, peringkat yang kerap bermain dengan emosi dan perasaan. Matangkan diri - Bertindak rasional dan, seperti yang kerap saya katakan - pelajar u mesti bertanggungjawab, jujur, rajin dan baik hati.
    Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...

    ReplyDelete
  4. Tuah, kamu kuat ego tak??

    ReplyDelete
  5. kalo muhasabah diri sndiri,tuah pun ada ego..tipulah jika tuah berkata dia tak pernah ego...
    tapi kena kawallah

    ReplyDelete
  6. salam dr sy ingin btnye psl keegoaan ni, bagaimana sekiranya kesabaran kita dicabar oleh ego seorang kwn yg hanya meminta kita berbaik-baik dengannya dahulu.....sekiranya blh dikatakan beratus-ratus kali kita memulakan perdamaian walaupun daripada salah dirinya patutkah kita mengambil keputusan untuk menjauhkan diri darinya....setiap manusia pn ad kesabarannya kn dr....

    ReplyDelete