Wednesday, August 18, 2010

081 - MAHASISWA TAHUN AKHIR……Mengapa terlalu sukar memilih topik PSM!

Gambar Skema???






.......Terlalu broad, skop luas, tak tau nak kecikkan, samar-samar, tiada variabal yang jelas pada tajuk, bidang yang tidak jelas, bercampur aduk field of study, nak kaji tapi tak tau isu, isu macam tak rational aje, susah nak defend, macam tajuk assignment saja, terpengaruh dengan cara mengendali projek studio, tiada elemen study pada topik, tiada focus ! focus! focus!, nak pilih pensyarah yang senang lulus, pensyarah yang sama chemistry, pensyarah yang senang nak jumpa, siapa ahli panel?, data sekunder sahaja boleh tak?, susah dapat data, metod kajian tidak jelas..tak tau pun, tiada keaslian, tendency plagiat?, masa enam bulan apa boleh buat?, tidak kisah, nanti sajalah, wait and see, berserah saja, masa masih panjang, ada back-up, mintak tajuk pada pensyarah..lagi senang, tajuk apa-apa aje……….pun boleh??? Boleh extent next semester??

...................................Ini agaknya yang bermain-main di fikiran mahsiswa tahun akhir apabila diminta menghantar cadangan PSM. Pengalaman pertama membuat kajian atau research secara individu perlu ada kekuatan tersendiri. Ilmu yang telah banyak dipelajari perlu di’apply’. Kebijaksanaan mahasiswa mungkin terserlah pada masa proses ini. Sayangnya masih ramai yang gagal berfikir secara logik, rasional, apatah lagi untuk menyakinkan orang lain.…….

Bagaimana mengatasinya???..........Fahami CP

CP atau CADANGAN PENYELIDIKAN atau RESEARCH PROPOSAL dibuat untuk pelbagai peringkat - undergraduate atau post-graduate. Dari segi expectation adalah berlainan mengikut peringkat - Ijazah sarjana muda, Masters atau PhD. Format juga sedikit berubah. Namun perkara utama yang diperlukan ialah merangka, menjalankan kajian dan melaporkannya ie.menulis sehingga menjadi sebuah makalah berjilid untuk dirujuk. Oleh itu komponen penting seperti tajuk, penyataan isu dan masalah, objektif, persoalan kajian (research questions), rekabentuk metod kajian i.e sampling, instrumentation, data collection, dan data analysis perlu mengarah kepada topik yang dipilih. Perlu ada fokus! fokus! fokus! dan pemahaman isu secara jelas. Setiap kajian perlu ada hasil penemuan di akhir kajian, dan penting dirujuk semula kepada persoalan-persoalan yang telah disenaraikan. Persoalan kajian pula semestinya berkait langsung dengan apa boleh dikaji. ‘Literature reviews’ pula perlu dilakukan bagi menyokong keperluan kajian, menyemak kajian-kajian yang lepas dan memahami penemuan yang telah diperolehi. Di Peringkat awal ‘literature reviews provides the background and context for the research problem’. Secara amnya butir-butir ini perlu diketengahkan dalam CP:



  1. Topik - Memerlukan statement tajuk yang jelas, tidak meleret-leret, ada variabal di dalamnya yang difahami, tidak terlalu broad dan tidak samar-samar atau separuh masak - ada komponen research/study.

  2. Pengenalan dalam konteks kerangka teoritikal - Paragraf pertama adalah amat penting. Sebagai maklumat latar belakang dan untuk ‘establish a framework for the study’ beserta ‘broad issue’ yang ingin dikaji.

  3. Penyataan Isu dan Masalah - membincangkan ‘the context for the study’, dan menghurai isu yang terdapat melalui literature, teori, pengamatan, kajian-kajian atau ‘practice’ sedia ada.

  4. Tujuan/Objektif Kajian - Secara umum dan spesifik keseluruhan ‘purpose of the study’. Objektif perlu disenaraikan.

  5. Melakukan ‘review of the literature’ - sebagai latarbelakang, konteks permasalahan kajian, juga sebagai menjelaskan keperluan menjalankan kajian.

  6. Research questions atau Persoalan kajian - Pastikan berkaitan dengan apa yang ingin dikaji dan boleh diuji dengan data - RQs perlu disenaraikan (3-5 memadai).

  7. Justify skop kajian - aspek-aspek yang terlibat berkaitan jenis data, jangkamasa atau kawasan kajian.

  8. Metod atau kaedah kajian perlu direkabentuk dengan membincangkan kaedah ‘data collection, sampling, instrumentation dan teknik analisis data - ‘described with as much detail as possible’.

  9. Menjelaskan batasan kajian (limitations) dari segi skop dan kaedah kajian.

  10. Menjelaskan significance of the study - refine, revise, or extend existing related knowledge.

  11. References - Sekurang-kurangnya ’10-20 references in text’ telah dirujuk.

  12. Appendixes.

............Any comments???

7 comments:

  1. Banyak maklumat berguna..Tq dr.

    ReplyDelete
  2. DISINI ADA SATU PERSOALAN TENTANG KAJIAN DI IPOH PERAK.DIHARAPKAN ADA DIKALANGAN PERANCANG YANG DAPAT MEMBERI PANDANGAN UNTUK DITELITI BERSAMA...

    PERMASALAHAN
    =============

    Sebuah syarikat pemaju perumahan bercadang untuk membangunkan sebidang tanah di Ipoh seluas 100 ekar.Tanah yang baru dibeli ini adalah tanah bekas lombong biji timah.Berdasarkan pengalaman daripada pembangunan penghotelan dan penilaian umum ekonomi yang berlaku serta keadaan pasaran hartanah dijangka bahawa perumahan setingkat dan dua tingkat adalah paling sesuai dilaksanakan.

    Memberikan nasihat pembangunan sebagaimana berikut:
    1.Senario ekonomi saat ini
    2.Keadaan pasaran hartanah saat ini terutama di Ipoh
    3.Perjanjian proses perancangan di Ipoh
    4.Senarai pihak berkuasa tempatan dan bidang kuasa
    5.Potensi pasaran untuk hartanah
    6.Apa yang akan anda disarankan pada harga jual
    yang dicadangkan?

    SEMOGA DISKUSI INI AKAN DAPAT MENAMBAHKAN PENGETAHUAN ANTARA KITA..

    SALAM KEBERKATAN RAMADHAN,
    (PNM)
    YB BLOGGER PEWARIS NEGARA
    (MERAKYATKAN PEMIKIRAN MAHASISWA)

    P/S:Harap Pemilik laman membuka persoalan ini untuk para pelajar sekalian.Terima,kasih.
    Ahlan Wasahlan

    ReplyDelete
  3. YB BLOGGER PEWARIS NEGARA,
    Tkasih atas perhatian yang diberikan.Persoalan di atas akan diteliti untuk dijadikan diskusi bakal-bakal perancang dalam masa terdekat. Semuga idea bernas, praktikal dan rasional dapat dihasilkan dan membantu....

    ReplyDelete
  4. Tq dr. Aspek kajian perlu dihayati betul-betul oleh pengkaji... Tajuk perlu jelas. Mulai dengan isu. Tiada isu tiada kajian. Betul tak?

    ReplyDelete
  5. thanx dr.. saya nak kaji pasal retirement residence.. harap dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Topik yg baik perlu ada variabel dependent dan independent yang jelas.

    ReplyDelete
  7. Mengikut pengalaman saya, tajuk PSM pelajar banyak yang too broad dan skop yang terlalu besar. Kena baiki tuu..6 bulan kerja. Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete