Friday, August 13, 2010

079 - SEMARAK AZAN SATU DUNIA - Satu Keajaiban.....



Stesen Keretapi KTM di Bandar manakah ini....Hadiah Misteri Menanti.
Clue : foto 1 - Tidak Besar
Clue : foto 2 - Sunyi

Azan sentiasa didengari di seluruh muka bumi ini tanpa berhenti.
Sahutan ALLAH MAHA BESAR selalu disebut tiap saat di bumi ini...inilah tanda kebesaran ALLAH.....

BERMULA DENGAN LAUNGAN AZAN SUBUH DI TIMUR INDONESIA DI KEPULAUAN SILIBIS PADA JAM 5.30 PAGI, BERIBU SURAU DAN MASJID BERSAHUTAN MENGUMANDANGKAN AZAN. ANTARA TIMUR DAN BARAT KEPULAUAN JAWA MEMPUNYAI PERBEZAAN WAKTU SEBANYAK SATU SETENGAH JAM, AZAN AKAN BERSAHUTAN DALAM JANGKAWAKTU INI, DIIKUTI OLEH SUMATRA. SEBELUM IANYA BERAKHIR DI INDONESIA, IA TELAH BERMULA DI MALAYSIA..... diikuti oleh Myanmar dan China. Dalam waktu 1 jam setelah ia bermula di Jakarta, azan bermula di Dhaka, Bangladesh dan berlarutan hingga ke barat India. Dari Calcutta dan Lakhnow seterusnya ke Mumbai dan Sri Nagar dan keseluruhan Kashmir. Seluruh bandar ke utara Pakistan juga mula mengumandangkan azan terus bersahutan. Sebelum azan berakhir di Pakistan, ia pula bermula di Afghanistan dan Muscat. Antara Muscat dan Baghdad perbezaan waktu ialah 1 jam dan dalam waktu sejam ini azan subuh mula berkumandang di United Arab Emirates, Kuwait, Yemen, Somalia dan Saudi Arabia. Antara Baghdad dan Keherah di Mesir mempunyai jangka perbezaan waktu juga 1 jam. Azan masih berkumandang Syria, Jordan dan Sudan dalam jangka waktu itu. Kaherah dan Instanbul terletak dalam jangkawaktu yang sama. Antara timur dan barat Turki mempunyai jangkamasa sebanyak 1 1/2 jam. Kaherah dan Tripoli ibu kota Libya mempunyai 1 jam perbezaan waktu. Dari Libya azan bersambung ke Tunisia, Algeria, Rabat ibu negara Morocco dan Marrakech. Proses seruan azan berterusan silih berganti menyelubungi seluruh negara Afrika. Laungan azan yang bermula di timur Indonesia waktu subuh sampai ke perairan lautan Atlantik selepas 9 jam. Tetapi sejurus sebelum azam dikumandangkan di perairan lautan Atlantik, ianya telah bermula kembali di timur Indonesia menandakan masuk waktu Zohor. Sebaik azan Zuhur tiba di Dhaka, azan Asar pula bermula di timur Indonesia. Selang beberapa jam kemudian, azan Maghrib pula bermula. Sebelum azan Maghrib mula dikumandangkan di Sumatra, azan Isyak pula mula kedengaran di timur Indonesia. Direnungkan kembali berpuluh ribu Mu'azzin di seluruh dunia bersahutan menyeru azan menyatakan kebesaran Allah, Syahadah dan seterusnya. Insya-Allah azan ini akan berterusan sehingga ke akhir zaman. Laungan azan merupakan satu fenomena yang agong yang akan sentiasa bertahkta di setiap sanubari umat Islam dan juga menandakan keagungan Islam.

9 comments:

  1. Subhanallah..Maha Suci Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr..Arau atau Tapah Road..NNana.

    ReplyDelete
  3. keagungan Allah swt...keajaiban islam...tp mngapa kita seolah2 lupa akan ini sume???malah pnkaji2 barat yg sibuk mgkaji keajaiban islam untuk mngetahui kelemahan islam dan kekuatannya...adakah kita mghargai islam itu sendiri??sekarang, ramai anak2 remaja yg mgagung2kn barat,,,,food, fesyen.........sume barat....islam semakin jauh..sama2lah kita mengimarahkn bulan2 ramadan ini dgn mngunjungi msjid2

    ReplyDelete
  4. sy rs kat batang melaka, Dr.

    ReplyDelete
  5. Teruskan..Jawapan akan diberikan pada akhir minggu ni. Kita lihat siapa yang kenaaa....

    ReplyDelete
  6. Ini mesti berdekatan dengan Tampin NS. Dr pergi kat situ haritu..he.he..

    ReplyDelete