Thursday, July 22, 2010

068 - UNDERSTANDING URBAN SPRAWL - National and Global Issues???.....




Urban Sprawl is a pattern and pace of urban land development in which the rate of land consumed for urban purposes exceeds the rate of population growth and which results in an inefficient and consumptive use of land and its associated resources. Some defined urban sprawl as :


- disease analogies such as cancerous growth and virus;
- irresponsible, often poorly-planned development that destroys green space, increases traffic and air pollution, crowds schools and drives up taxes;
- low-density urbanization and discontinuous development.



    Urban sprawl must be considered in a space-time context. It is not simply the increase of urban lands in a given area, but the rate of its increase relative to population growth. Urban sprawl occurs when the rate of land conversion and consumption for urban uses exceeds the rate of population growth for a given area over a specified period of time.

    Urban sprawl development consists of three basic spatial forms:
    Low-density sprawl: Low-density sprawl is the consumptive use of land for urban purposes along the margins of existing metropolitan areas. This type of sprawl is supported by piecemeal extensions of basic urban infrastructures such as water, sewer, power, and roads.
    Ribbon sprawl: Ribbon sprawl is development that follows major transportation corridors outward from urban cores. Lands adjacent to corridors are developed, but those without direct access remain in rural uses/covers. Over time these nearby “raw” lands maybe be converted to urban uses as land values increase and infrastructure is extended perpendicularly from the major roads and lines.
    Leapfrog development: Leapfrog development is a discontinuous pattern of urbanization, with patches of developed lands that are widely separated from each other and from the boundaries, albeit blurred in cases, of recognized urbanized areas. This form of development is the most costly with respect to providing urban services such as water and sewerage.
    sumber: http://chesapeake.towson.edu/landscape/urbansprawl/

    Mengapa berlakunya Rebakan Bandar
    Secara asasnya, berlakunya rebakan bandar berpunca dari kepesatan pembangunan aktiviti guna tanah bandar dan masalah kurang kawalan dalam dasar pembangunannya. Bandar berkembang pesat ke kawasan pinggirnya disebabkan oleh pengaruh yang berbagai; daripada nilai tanah yang semakin tinggi di kawasan bandar, pertambahan mendadak penduduk bandar, pengaruh perkembangan sistem pengangkutan, pasaran perumahan yang semakin meluas, kepada kaedah dasar-dasar perancangan gunatanah bandar dan mekanisma kawalannya.
    Pengaruh utama kepesatan perkembangan pembandaran adakah berpunca daripada gabungan antara keperluan meningkat pembangunan fizikal, impak kuasa pasaran ekonomi dan perubahan nilai-nilai sosial dalam masyarakat. Di era perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi masakini, berlakunya rebakan bandar adalah disebabkan juga dengan kegagalan dasar perancangan mengawal kuasa pasaran dalam pembangunan guna tanah bandar. Dari segi nilai dan pasaran tanah bandar, keluk graf menunjukkan nilai tanah menurun ke arah pinggir bandar berdasarkan teori tawaran sewa; di mana pembangunan lebih meluas dan berskala besar dapat dijalankan di kawasan pinggirnya. Perubahan keperluan penduduk kepada perumahan yang lebih berdensiti rendah menyebabkan tanah-tanah di luar bandar senang diperolehi dan dimajukan. Rebakan guna tanah bandar ke kawasan pinggir bandar dengan meluas dibantu oleh pembangunan dan perkembangan dalam sistem pengangkutan dan teknologinya. Peningkatan besar penggunaan kereta membenarkan perjalanan penduduk dengan lebih jauh, cepat dan menjimatkan, menjadikan bandar semakin padat serta mendatangkan kesan negatif yang lebih berbagai. Banyak kajian telah cuba mendefinisikan rebakan bandar dengan pendekatan yang berbeza, seperti definisi-definisi yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji berikut;

    (i) ‘Lack of continuity in expansion’ (Mill, 1981), - menggambarkan kurang kesinambungan dalam corak pembangunan di sempadan bandar.
    (ii) ‘Haphazard growth & patchwork appearance’ (Harvey & Clark, 1965; Peiser, 1989) – Menggambarkan bentuk-bentuk pembangunan yang tidak teratur dan membahayakan kepada penduduk setempat.
    (iii) ‘Unplanned, uncontrolled & uncoordinated single–use development’ (Nelson & Duncan, 1995) – menggambarkan pembangunan satu-satu kegunaan tanah yang tidak dirancang dan dikawal dengan baik.
    (iv) ‘Spatial discontinuity in urban land use’ (Shou,G.,2000) – menggambarkan reruang guna tanah bandar yang tidak berterusan dan pembangunan yang tidak bersambung.

    Jenis komponen guna tanah juga digunakan bagi menggambarkan rebakan bandar seperti pembangunan pelbagai pusat tumpuan/‘poly-centred development’ dan kawasan perumahan berdensiti rendah/‘low-density housing area’, pusat membelibelah hypermarket dan ‘suburban center’.

    Di Malaysia, konsep rebakan bandar masih dilihat pada peringkat pembangunan dan penyaluran kemudahan/perkhidmatan bandar ke luar bandar (extention of urban services to rural area) di samping pembangunan pesat taman-taman perumahan berskala besar, pusat-pusat perdagangan dan perindustrian terancang. Proses rebakan bandar ini, di JB misalnya, berlaku secara 'ribbon development' dan 'rapid suburban expansion' ke atas ruang pinggir bandar di sekitar sempadan bandar. Rebakan bandar memberikan implikasi ketara kepada keperluan perancangan fizikal dan juga pembangunan sosial; disebabkan tarikan penduduk dan peluang-peluang pekerjaan dari pusat bandar dan ke kawasan. Ini menjadikan kawasan pinggir bandar sebagai pembangunan berpoket (pocket development), sebahagian ruang menjadi sesak disebabkan tumpuan penduduk, dan memberi impak negatif kepada alam sekitar. Rebakan bandar bukan sahaja berkaitan dengan terlampau banyak pembangunan, tetapi juga berkaitan dengan ketidakseimbangan pembangunan di bahagian tertentu sebuah wilayah metropolitan.

    Salah satu isu yang perlu diketengahkan disebabkan rebakan bandar ialah impak yang berlaku ke atas kampung-kampung yang terletak di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan menjadi medan pertembungan kepada perubahan fizikal dan bukan fizikal, kesan dari rebakan bandar yang berlaku. Kepesatan pembangunan terancang menyebabkan kampung pinggir bandar kian terhimpit dalam arus perkembangan pembandaran. Sebahagiannya mengalami perubahan ciri-ciri dan identiti kawasan, manakala pendudukmya terpaksa menghadapi pengaruh pembandaran yang semakin meningkat terutama dalam aspek suasana kediaman, ekonomi dan pekerjaan, serta corak hidup. Persekitaran kampung di pinggir bandar menghadapi pembangunan berpoket (pocket development). Kesan ketara daripada pembangunan berpoket ialah lama kelamaan lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place), dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk dan pengasingan masyarakat. Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus rebakan bandar. Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Kadar pemilikan hartanah di pinggir bandar oleh penduduk asing juga adalah tinggi di kebanyakan bandar utama.

    23 comments:

    1. Apa yang saya faham tentang urban sprawl ini ialah ia merupakan keadaan di mana tiada kawalan trhadap guna tanah bandar serta perncangan bndar yang tidak sistematik.Pembangunan Ribbon sprawl pula akn mengakibatkan penduduk trpksa tgal begitu jauh dengan kwsan tmpt kerja mreka.Sebagai contoh di Johor Bahru ini sendiri.Ini menunjukkan kesan negatif yang trpksa dihadapi penduduk sekiranya keadaan ini msh berterusan.Sbgai bakal prncang bandar,seharusnya kita perlu memikirkan cara bagaimana inisiatif yang harus diambil bagi mengurangkan kawasan yang telah dilanda rebakan bandar ini.

      ReplyDelete
    2. fenomena urban sprawl pada masa kini semakin meluas. bukan sahaja pembangunan yang rancak dikawasan bandar, ia telah direbakkan ke kawasan-kawasan pinggir bandar seterusnya menghilangkkan identiti sesuatu kawasan petempatan pinggir bandar tersebut kepada kawasan yang lebih terancang.

      ReplyDelete
    3. Salam, Dr mesti kenal saya..saya Hafizul Ridzwan Yahya, saya harap Dr masih ingat lagi mengenai PSM saya yang berkaitan Rebakan Bandar.

      Hasil analisis terhadap imej satelit dan Remote Sensing yang telah dijalankan telah membuktikan bahawa Daerah Johor Bahru secara keseluruhannya mengalami fenomena Rebakan Bandar berbentuk "Ribbon Development Sprawl" di mana pembangunan utama tertumpu sepanjang koridor-koridor dan jalan-jalan utama seperti pusat bandaraya Johor Bahru-Pasir Gudang dan di sepanjang koridor pusat Bandaraya Johor Bahru-Skudai.

      Rebakan bandar yang berbeza memerlukan langkah pengawalannya yang berbeza, bagi mengawal rebakan bandar berbentuk ribbon ini, polisi dalam memperkenalkan konsep Urban Growth Boundry (UGB) boleh dilaksanakan. UGB merupakan sempadan wilayah yang diwujudkan bagi mengawal rebakan bandar serta menggalakkan pembangunan berkembang di dalam sempadan UGB.

      Dalam menjamin keberkesanan polisi UGB ini, pihak yang terlibat dengan perancangan haruslah memberi galakkan terhadap pembangunan berbentuk "infill development".

      Di dalam kes Daerah Johor Bahru ini, fenomena rebakan bandar ini dapat ditangani sekiranya decision makers bersetuju dengan polisi UGB ini kerana ini merupakan salah satu cara untuk mewujudkan sebuah bandar yang mampan.

      ReplyDelete
    4. Salam Hafizul, Gembira mendengar berita dari anda. Kami mengalu-galukan sebarang pandangan mengenai Rebakan bandar. Semuga Hafizul terus bersemangat dan berjaya dalam kerjaya baru. Dah berkerja ke?++... Semuga tabah dan sama-sama kita dapat berkongsi ilmu dan berterusan untuk profession perancang. Penemuan thesis yang baik telah buat. Semuga menjadi panduan kepada pelajar yang lain. Teruskan menulis.TQ

      ReplyDelete
    5. Fenomena perebakan bandar sememangnya memberi banyak impak yang negatif terutamanya dari segi fizikal,sosial dan ekonomi.Kawasan pinggiran bandar yang akan menjadi mangsa himpitan kepesatan arus pembangunan yang tidak bersempadan ini. Kawasan bandar juga tidak kurangnya mengalami pelbagai masalah ekoran daripada penghijrahan masuk beramai-ramai daripada penduduk pinggir bandar demi mencari peluang pekerjaan di samping dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini perlu diatasi segera bagi mengelakkan ianya berlarutan seterusnya menjejaskan banyak lagi kawasan pinggir kampung yang masih mengekalkan identiti sebagai kampung tradisional..

      ReplyDelete
    6. Fenomena rebakan bandar sudah menjadi isu yang sering dibangkitkan dewasa ini. Rebakan bandar adalah satu keadaan dimana berlakunya selerakan dalam aktivii gunatanah yang dijalankan. Kesan daripada rebakan bandar akan mewujudkan pelbagai masalah contohnya dalam aspek perancangan fizikal, sosial dan ekonomi.Oleh itu, sebarang aktiviti pemajuan dan pembangunan bandar ke kawasan pinggir bandar seharusnya dihadkan atau diteliti sebelum dilulusakan dan setiap pembangunan tersebut hendaklah mengikut garispanduan dan perancangan yang betul bagi kepentingan semua pihak dan mengelakkan kesan rebakan bandar terhadap masyarakat, alam sekitar dan kawasan itu sendiri.

      ReplyDelete
    7. salam. masalah rebakan bandar adalah 1 isu yg sudah lama dperkatakan.ini brlaku kerana pncangan yg tidak terancang dan tidak sistematik. pmbngunan yg dibuat hndaklah seimbang spaya pmbngunan dilakukan tidak dilakukan sewenang2nya dan akhirnya rebakan bndar ini tidak dapat dikawal. dasar prncanagn juga tidak bjaya dilakukan dgn betul. selain itu, prmintaan yg tinggi trhadap pmbngunan juga mnyebabkan pmbngunan dilakukan tidak dapat dikawal.

      ReplyDelete
    8. Masalah rebakan bandar bukanlah satu isu yang baru, pembangunan yang pesat terhadap sesuatu bandar yang melibatkan aspek fizikal, sosial dan ekonomi menyebabkan sesuatu bandar itu berubah. Keadaan ini menyebabkan berlakunya banyak masalah kepada penduduk di kawasan bandar tersebut termasuk juga kawasan pinggir bandar yang berdekatan seperti persaingan guna tanah, kesesakan lalu lintas dan permintaan kemudahan awm yang tinggi. justeru itu, pihak yang berwajib perlulah meneliti semula pembangunan yang akan dijalankan supaya masalah2 rebakan bandar tidak berlaku.

      ReplyDelete
    9. saya tertarik dengan langkah mengatasi urban sprawl dengan menggunakan konsep Urban Growth Boundary(UGB) dalam setiap pembangunan di negara ini..cuma yang menjadi tanda tanya kepada saya sejauh manakah pengaplikasiaan konsep ini dalam dunia perancangan bandar yang sebenar???kebanyakan apa yang dipelajari tentang konsep2 pengawalan perancangan bandar berfungsi sebagai teori sahaja..jika ini yang berlaku secara berterusan nasib penduduk setempat dari segi budaya dan cara hidup mereka akan pupus ditelan masa sahaja..sebagai orang yang berpengetahuan dalam perancangan bandar perlu berpikir secara kreatif dan kritis agar barah(urban sprawl) yang menular dalam negara kita dan perlu diubati dengan segera..

      ReplyDelete
    10. daripada keadaan semasa, masalah rebakkan bandar semakin bertambah berbanding keadaan yang terdahulu. masalah ini disokong dengan kemajuan pembangunan yang semakin maju, peningkatan taraf aksesibiliti serta pembukaan kawasan baru terutamanya dikawasan pinggir bandar.keadaan yang berlarutan menyebabkan peningkatan masalah sosial,.pertambahan kawasan setinggan, menggalakkan proses migrasi penduduk dan juga peningkatan masalah sosial di kawasan tersebut. namun demikian, pendapat saya masalah rebakkan bandar ini boleh diatasi sekiranya ada kawalan pembangunan di kawasan tersebut.

      ReplyDelete
    11. daripada pemerhatian saya masalah rebakan bandar ini semakin berleluasa akibat ketidakcekapan perancangan semasa dan semakin parah apabila masalah rebakan terdahulu yang masih belum dipulih ditambah pula dengan masalah rebakan yang semakin bertambah dari hari ke sehari.jika masalh ini tidak diambil tindakan sewajar dengan secepatnya pelbagai masalah lain seperti masalah sosial, masalah ekonomi dan masalah kependudukan akan timbul kelak.

      ReplyDelete
    12. Pada saya isu rebakan bandar perlu diberikan perhatian yang lebih. Ini kerana isu ini boleh menyebabkan pelbagai masalah yang akan berlaku sama ada positif dan negatif. Untuk mengelakkan masalah rebakan bandar berlaku perancangan yang baik dan sistematik perlu dipraktikalkan supaya rebakan bandar dapat dikawal.Antara kesan positif daripada berlakunya proses rebakan bandar adalah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan merancakkan aktiviti perniagaan dan sebagainya. Manakala kesan negatif adalah hilangnya identiti sebuah kawasan,berlaku masalah sosial seperti jenayah,meningkatkan pencemaran dan lain-lain.Oleh itu sebagai perancang perlu lah memikirkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini dengan mengawal semua aktiviti pembangunan.

      ReplyDelete
    13. but the problem now, do the planner of the city aware of these things? In fact, there will be a lot of work to be done. Well, easy to say, but the hardest is to make it done..

      ReplyDelete
    14. Leapfrog development although it still under the category of "urban sprawl", but it might consider as a less harmful type in case of destroying rural and agricultural lands, since this type of development is more centralized and it does have its own boundaries. However, in terms of infrastructures' cost, they are inefficient for urban financial management. This case if planned can be used as solution to some unplanned development in the fringes of the city. for example,one of the proposed and implemented plan for Tehran Metropolitan was such an idea that the growing population settled in a couple of semi-cities out of Tehran's boundaries.

      ReplyDelete
    15. Salam.
      I’d love to give my views on this crucial issue of 'urban sprawl' because I think there is also a vast argument among the architects on choosing low density development or high rise/ compact development.

      Both low density and compact development have the advantages and disadvantages. People tend to choose low density development because they think low rise building is easy to maintain. People need to migrate to the urban area because of work unfortunately it cause the congestion and urban sprawl. For me, most of urban planners agree with the development of compact city but we should realize that skyscrapers and apartment will contribute a lot to global warming. Architect and town planner shall be able to design the city, buildings and infrastructure with a well-planned and more efficient by considering the best solutions for this urban sprawl disease no matter when we choose low density or we go for the ‘vertical’ development.

      Regards,
      aslina.hassan @ gmail.com
      (MSc. URP, BSc. Arch)

      ReplyDelete
    16. Land use change has become a social problem because the land /green open space has been converted to residential, industrial, commercial, and other designation. In addition to the “vertical” development, green infrastructure can be used as the controlling growth of the city to avoid urban sprawl, for the region or path that has been designated as green open space should not be converted to another function. Examples in Liverpool, UK , the area of land included in Green Belts has increased slightly as local planning authorities have strengthened the protection of open land when reviewing their development plans in line with advise contained in Planning Policy Guidance. Guidance states that the essential characteristic of Green Belts is their permanence and that once the general extent of a Green Belt has been approved it should be altered only in exceptional circumstances (Couch, C. and Karecha, J. 2006. Controlling urban sprawl: Some experiences from Liverpool).

      ReplyDelete
    17. Urban Sprawl is one of the biggest problem in many developing countries including Pakistan. I think it is the failure of Urban Planning, Planning Policy and Land Use Control system.
      Most of the planners think that they are just Urban Planners and they do not work for the regional planning issues and problems as the regions are not planned well in many countries and centralized development occurs so that people tend to migrate towards urban areas, and it increases problems of urban centers, then urban growth occurs and increases the urban sprawl.

      Regards,
      Waqas Ahmed Mahar
      (M.Sc Housing, B.Arch)

      ReplyDelete
    18. Urban Sprawl in Kuala Lumpur is very obviously the case where the bulk of the work in the middle of this metropolitan city to live in the suburbs outside of Kuala Lumpur. Although they will have longer distances to get to work, they do not have much choice when they are married and have to think about the cost to occupy a house, the cost of living expenses, children's educational activities and much more. Environment is also concern that could affect the development of their families.
      However, the situation can still be considered a positive for economic development in Kuala Lumpur. Kuala Lumpur has almost all the necessary amenities of life but must have a strong economic power to get it. Those working in Kuala Lumpur will continue to be at the heart of economic development and at the same time will continue to fight to obtain better standards of life in this city

      nurul huda mohd salleh

      ReplyDelete
    19. It seems that urban areas are going to swallow the whole world. What if the whole world is consisted of cities? Many predictions show urban areas all over the world are just getting bigger and bigger. Some of them have tremendous growth rate, especially in developing countries in which population growth rate is still high enough for having a large number of needs for future. Although the population is getting bigger, some of the cities are developing even faster. Some of governments are establishing satellite cities near their mega cities in order to avoid the main city to become much bigger. For instance Iran capital, Tehran has some satellite cities nearby. There are many people living in those cities, and still a lot of free span for new population to settle in, but Tehran is still facing the sprawl kind of development. If we look deeper and try to find the reason, we find out that the need for those satellite cities are not emergent. Actually Tehran municipality announced 2 years ago that there are 250000 units of houses inside the city boundaries and they are settled yet. It means that Tehran have the capacity of at least 1 million people in the current situation. This is just the buildup areas. I am sure there are tens of thousands acre of vacant land inside the city boundary where new development can occur. But what exactly stops this development is not that simple. It seems like it's just the matter of money in most cases, and they only allow developers in specific place in order to get more income. Of course there are so many reasons which can be mentioned here, but as I mentioned before one of the most important aspects of this phenomena is financial matters. I think the planners are doing their best to avoid this kind of urban sprawl, but they don’t have the authority to implement their plan into action. The just plan for the future of a specific city, but finally what is implemented is everything but the action plan of the planners. I mean those who plan and those who implement the plan are not the same. They are not even equal in terms of knowledge and information and even science. And even sometimes the people in charge are not selected based on meritocracy and they cannot do their duty as they are not familiar with the situations. Here I just mentioned a few possible reasons for urban sprawl, but we know there can be numerous reason in every city.

      ReplyDelete
    20. from John Yong

      i have no objection to the above comment, but 1 thing i wish to high light is, the world temperature keep increasing and lead to global warming. this is due to the human being. human cut down the trees and open up all jungles to build their home to make a living. some people greed as they need more that 1 house due to the market respond many trees have been cut down to build more home ultimately it lead to the urban sprawl. hence, another factor cause urban sprawl is, many special economic zone, industry zone and financial banking zone, the million year of jungle have been sacrificed due to all this zone zone zone & zone. but the economy still keep going down very year. SO what is the point to cut down the trees to build a fail economy policy?? why don't we do something which is win-win situation to sustain the economy growth and retain the forest. As simple as urban smart growth instead of urban sprawl. Team part tourism shall be replaced by eco-friendly wildlife tourism. and last but not lease, new industry policy shall be locate at the existing industry land instead of open more jungle to cater the new industry zone,

      thanks u very much........

      ReplyDelete
    21. Salam....tq dr diatas perkongsian ini...seperti sedia maklum bukan semua orang memahami apakah erti sebenarnya satu masalah rebakan bandar.....dengan adanya perkongsian sebegini sekurang-kurangnya ianya mampu untuk membantu pembaca2 yg lain lebih memahami bahawa sebenarnya masalah seumpama ini adalah berlaku di dalam kehidupan seharian mereka...isu ini bukanlah satu perkara yg hanya perlu dipandang remeh namun sebaliknya setiap org adalah bertanggungjawab untuk melibatkan diri bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku di dalam negara kita yang kian mengikuti arus pembangunan sekarang. Hal ini kerana sekiranya perkara ini berterusan .....kita akan kehilangan terlalu banyak kelebihan atau identiti negara sendiri iaitu atu kawasan yang kaya dengan keadaan semulajadi..

      ReplyDelete
    22. Salam dr. Pada pandangan saya isu urban sprawl ini haruslah dipandang serius bagi mengelakkan masalah-masalah yang lebih teruk terutamanya dalam bandar-bandar yang semakin maju dengan arus pembangunan.Hal ini kerana banyak kampung tradisional/tradisi di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan merupakan monumen atau simbol masyarakat luar bandar sudah mula lenyap sedikit demi sedikit dengan arus pembangunan. Tradisi ini harus dikekalkan supaya tidak lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat membangun. Jelas sekali aktiviti pembangunan fizikal di bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan membuatkan semakin lama semakin lenyap. Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada kesan urban sprawl menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar meningkat. Saya tertarik dengan konsep Urban Growth Boundry (UGB)yang diperkenalkan bagi mengawal urban sprawl daripada trus melular hingga mendatangkan masalah kepada generasi masa akan datang.

      ReplyDelete
    23. Salam Dr.
      In my opinion, Urban sprawl is an issue that will affects every single people in this world. The causes why the urban sprawl happened is because of the rapid spread of land use activities development and less controlling in development base. The main influence of the rapid development of urbanization is the combination between the need to increase the physical development, economic impact of market forces and changes in social values in society.
      Besides, this element will give a big impact to us as a human being for the example impact of pocket development, loss of green area, imbalance population, degraded and noisy sound, tourism industry damage and increase in traffic and traffic-related fatalities. So, we should take an initiative to control these. One of the strategies adopted to curb sprawling development is through the delineation of urban growth or development limits.

      ReplyDelete