Sekiranya pohon kayu hidup subur, merimbun membuahkan hasil yang sedap dan ranum apabila diberi baja yang sesuai, apatah lagi dengan otak manusia. Otak manusia yang sihat dan cerdas menandakan ia bertenaga dan boleh berfikir, mengingat dan menjalankan fungsinya dengan baik.
Kereta pun terdapat berbagai jenis, jenama, saiz dan warna : Be yourself but dont mislaid track
Kerja-kerja ringan yang dilakukan oleh otak ialah 3M- Membaca, Mengira dan Menulis. Bukan itu saja tugas otak manusia. Tugas yang lebih berat bagi otak ialah menganalisis, merancang strategi, membuat keputusan yang tepat di samping mengasah minda mengeluarkan idea yang bernas. Apabila otak tidak dibajai maka sifat-sifat yang wujud dalam diri manusia adalah seperti pelupa, lekas jemu, lambat dan malas berfikir, badan tidak bertenaga, kurang keyakinan, perasaan lekas panik dan berfikiran negatif dan tidak pro-aktif, dan yang paling ketara dikalangan kebanyakan generasi muda, dan juga mahasiswa; ialah kuat tidur di waktu siang hari dan terlalu pendiam. Badan pula menjadi 3G - Gebu, Gempal dan Gemuk. Bagaimana mengatasinya atau bagaimana untuk membajai akal? Banyak kajian menyatakan, pertamanya; seseorang itu perlu memotivasikan dirinya, kedua; berkerja dan berehat sewajarnya, dan yang ketiga; jaga makan dan minum. Namun tidak kurang pentingnya ialah permakanan rohani juga perlu dijaga. Maksudnya perlu menjaga solat, memastikan berdoa setiap kali melakukan apa jua kerja yang hendak dilakukan dan perbetulkan nawaitu. Kita perlu juga mengetahui kumpulan makanan yang boleh menjejas minda, mengganggu daya ingatan dan menjejaskan daya berfikir. Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan terlalu berlemak, berminyak, makanan junk, air tin berkarbonit, makanan berasam dan jeruk, merokok, makanan alergi pada diri masing-masing, dan gula berlebihan. Makanan yang perlu digalakkan adalah seperti makanan berprotin tinggi seperti ikan dan kekacang (seperti badam dan pistachio), sayuran hijau dan buah-buahan, tamar dan kismis, madu lebah, chocolate asli, makanan daripada susu dan banyakkan memakan makanan semula jadi yang belum diproses. Kesemua makan ini akan menambahkan daya tumpuan, menaikkan semangat dan daya fikir, dan memberikan perkembangan minda yang positf. Disamping itu dapat mencegah penyakit yang berkaitan dengan fikiran, perasaan dan emosi (seperti kuat marah, ego, dengki, tamak, kedekut, garang, gelojoh, malas, degil, self-centered dsb.) Pastikan pula bahan makanan adalah semestinya halal lagi bersih. Banyak juga makanan supplement di pasaran seperti makanan dan minuman berasaskan sumber seperti bijirin habbatus sauda’, buah delima, kismis, za'faran, madu lebah, dan makanan sunnah yang lain lagi. Ok... Mari berkongsi idea bagi melahirkan generasi hebat.
Benar sekali..Permakanan minda penting bagi membezakan baik buruk tingkahlaku kita. Itu perisai supaya kita tidak terpesong. TQ.
ReplyDeleteSaya makan jus tok guru. All in one.
ReplyDeleteGenerasi hebat perlu mempunyai pemikiran yang terbuka disamping menjaga pemakanan yang boleh mempengaruhi minda dan daya fikiran. Disamping itu, disiplin dan pengurusan masa yang tepat untuk melakukan aktiviti harian adalah penting dalam diri.
ReplyDeletehuhuhu...yang penting amalan kerohanian dijaga supaya dekat dengan pencipta yang memberi segala kekuatan..kecerdasan akal,bersemangat dan kuat berusaha...amalan yang baik minum tongkat ali
ReplyDeletebetul kata sakinah n shahrul.Sememangnya untuk menjadi generasi hebat perlu kepada makanan dari segi rohani dan jasamani.Makanan yang dimaksudkan adalah memperdalamkan lagi ilmu agama untuk mendapat keberkatan dari Illahi dan pemakanan yang sihat untuk keperluan jasmani.
ReplyDeletesalam....untuk mjadi generasi yg hebat,kita perlu mjga rohaniah dan lahiriah.dalaman juga pnting bg mjamin luaran juga...mkanan yg kita mkn sehari2 perlu diambil kira samada ianya dari sumber yg halal @tak..krn kesannya amat hbat pd khidupan kita... mkanlah mknan yg mjd sunnah..kerana mkanan juga mmpengaruhi hati....jgn smpai hati mjd gelap dan keras..
ReplyDeleteWell done semua. Sama-samalah kita mengamalkannya.
ReplyDelete