Tuesday, July 20, 2010

067 - ADAB bergelar MAHASISWA.......

Warga kampus (mahasiswa) seharusnya prihatin kepada tanggungjawab masing-masing untuk berjaya cemerlang semasa pembelajaran di universiti. Rasa bertanggungjawab - ingin belajar bersungguh-sungguh, sanggup menghadapi pengalaman baru dan berkerja keras adalah titik tolak untuk kecemerlangan diri. Di samping itu mereka perlu sedar peranan dan tanggungjawab ini bukan sahaja merupakan harapan terhadap diri masing-masing, bahkan merupakan harapan keluarga, masyarakat, agama dan juga negara. Kesedaran ini penting kerana ianya boleh menguatkan jati diri dan sebagai momentum untuk berusaha dengan lebih gigih. Apa yang juga penting adalah mahasiswa perlu mengelakkan diri dari sikap malas, malu, segan dan takut dengan suasana persekitaran pembelajaran kini yang lebih terbuka. Tumpuan atau fokus jitu mahasiswa kepada kursus yang diajar, semasa dalam dewan kuliah, juga semasa pembelajaran kendiri adalah amat perlu. Mahasiswa yang masuk ke Universiti sudah tentu membawa harapan tinggi untuk berjaya cemerlang dalam pengajian masing-masing. Untuk cermerlang mereka perlu berusaha gigih dan penting bagi mereka memahami tata cara, adab dan disiplin untuk menjadi mahasiswa yang baik dan mengamalkannya. Di antaranya:


  • Pasang nawaitu atau niat untuk belajar dengan tekun - secara tegas, jelas dan tepat.


  • Seimbangkan pembangunan jasmani, rohani, minda dengan menjaga permakanan, solat dan banyak membaca.


  • Elak sifat malu, segan, takut dan malas.


  • Kawal nafsu-nafsi remaja dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak senonoh.


  • Jalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan dan menghormati pensyarah.


  • Jangan bertangguh menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.


  • Semasa dalam bilik kuliah; datang awal, duduk dihadapan, bertanya jika tidak memahami, memahami course outline dari awal, memberi fokus dan serious.


  • Berusaha mengurus masa dengan bijak.


  • Mengambil tauladan dari segala kesilapan yang pernah dilakukan dan jangan mengulanginya.


  • Sering berbincang dengan peergroup dan mencari kawan bukan lawan.


  • Selalu berdoa sebelum apa-apa yang hendak dilakukan.


.....kepada Mahasiswa - selamat berusaha mengekalkan semangat belajar yang tinggi sepanjang pengajian.




11 comments:

  1. Adibah, semuga semua akan berjaya cemerlang dan sanggup menerima cabaran dengan tabah dan sabar.

    ReplyDelete
  2. trima kasih dr.hnya doa2 kalian yg mnambahkan lg kberkatan ilmu kami

    ReplyDelete
  3. semoga pelajar-pelajar mendapat kebahagiaan,kemanisan,kenikmatan,dan keharuman dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar

    ReplyDelete
  4. mahasiswa kadang kala hanyut dalam keasyikan zaman remaja. sama juga apa yang berlaku pada saya. diharapkan dengan bimbingan dr saya dapat menjadi mahasiswa yang beradab dan berjaya suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  5. Shukhairi dan lain-lainnya, masa remaja amat seronok, enjoy zaman remaja secara berhemah - jangan mempersia-siakannya. Anda mempunyai potensi besar; good presenter, serious dan bersemangat tinggi. Kenali potensi diri dan terus tingkatkan. Bina keyakinan diri dalam pembelajaran. Semoga berjaya untuk semua.

    ReplyDelete
  6. hurm betul yang di perkatakan ,kadang- kdang bila di fikirkan ni lah masa di mana otak akan berkir ligat, semua nak cuba...baik buruk no 2...hurm bahaya jika tidak di kawal.....

    hhurm dr..alang2 sya singgah di sini yang asgment tu saya buat bahasa melayu leh tak ??
    ker nak english..saja nak tanya....

    ReplyDelete
  7. Tuah, saya memang galakkan menulis BI, BM pun saya terima. Isi dan pemahaman lebih penting. Belajar menulis dengan berkesan dan mudah difahami. semuga berjaya.

    ReplyDelete
  8. saya masih rsa malu dan segan nk berdepan dgn pensyarah..bgaimana nak atasi masalah ini

    ReplyDelete
  9. Bagaimana mengatasi masalah segan dan malu berdepan dengan pensyarah?? Sebagai pelajar atau mahasiswa, anda telah menjadi yang terpilih.... mungkin salah seorang yang terbaik. Kenali potensi diri. Fikirkan dulu samaada anda takut, malu, atau malas berjumpa pensyarah?? Kalau setakat malu atau segan, boleh diatasi dengan berfikiran positif dan jangan asyik fikirkan yang negatif. Amalkan adab-adab di atas. Namun..kebanyakan pensyarah mahu dihormati. Pertingkatkan ilmu. Semuga berjaya.

    ReplyDelete