Monday, February 1, 2010

023 - PANDANGAN PAKAR TENTANG REMAJA MASAKINI


Isu-isu membabitkan remaja hangat diperkatakan, melibatkan berbagai strata, tempat dan di mana-mana. ..Generasi milenium, generasi X,Y……Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa remaja kini ramai yang semakin agresif, berani dan mudah dipengaruhi. Banyak melibatkan perasaan, emosi yang berbagai. Juga melibatkan naluri, nafsu, hiburan, keberanian, dan juga setengahnya amat pasif?………Berada di ‘comfort zone’ yang amat tinggi.

Naluri Remaja - Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, orang terdekat dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya - Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.

Mencari Keseronokkan - Sikap remaja juga memikirkan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

Pengaruh Media Massa dan Internet - Juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang tidak sesuai.

Sikap Keluarga - Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja. Terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup - menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Memberikan Kebebasan biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Keadaan ini tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka - remaja perlu dibimbing.

Nasihat Untuk Remaja - Pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan - Jangan mudah terpengaruh - Kenali orang-orang di sekeliling - Dapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’ - Murnikan hati dan tingkat ilmu dan cara berfikir.

6 comments:

  1. rasanya pengaruh rakan sebaya plg memberikn impak yg plg besr kpd remaja
    kita kena pndai plih kwn utk kebaikan diri sendri

    ReplyDelete
  2. betul-betul kalo generasi sekarng tidak didik dengan sebenrnya
    mereka akan pergi jauh, dari realiti sebenar kehidupan

    ReplyDelete
  3. jika benar kita tahu bahawa rakan kita telah terpengaruh dalam gejala yang tidak elok, mengapa kita sebagai rakannya juga tidak membantu untuk mengembalikannya ke arah yang betul...kita boleh melihat tapi dengan melihat saja tidak akan mampu merubah apa-apa melainkan kita juga turut membantu...

    ReplyDelete
  4. Bagus,Bagus.. these three comments manggambarkan kesedaran anda yang tinggi kepada permasalahan ini. Kita bertanggungjawab kepada pembentukan 'future generation'dan semuga anda semua dapat menyumbang ke arah kehidupan yang lebih baik di kalangan remaja masakini. Tingkatkan ilmu, iman dan taqwa.

    ReplyDelete
  5. Salam Ukhuwah....
    I have a problem with my teenage daughter now. She doesn't want to go to school. She's a very bright kid but has no friends. She has the idea of home schooling which is not really 'approved' by the ministry. Now she didn't go to school for almost a month. To her.. she expects more that what already knew from the lessons learnt at school. what is your suggestion?

    Rn Ros

    ReplyDelete
  6. Thank you Pn. Ros, Most Teenagers nowaday faced alot of dilemma due to this generation gap. This milenium group, generasi X,Y Who: Ages 10 – 25 in 2009
    • Likes: Free content, telecommuting, everything social, the “right fit”, wireless.
    • Dislikes: Anonymous mass-marketing,restricted access.
    • Hobbies: Googling, social networking.
    • Hangouts: Facebook, twitter, YouTube.
    As parent, we should tried to coop/guide their so-called 'expectation'. Maksudnya cuba memahami mereka dan sudah tentunya mereka perlukan panduan untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Sekolah membosankan bagi kebanyakan mereka tapi beri ruang kepada mereka kepada aktiviti lain di luar waktu sekolah. Make friends di alam ciber especially with her classmates. Tapi perlu ada kawalan dan risiko tetap ada. With proper guidance & time spent with her, hopefully it will atract her to schooling. Wallahualam.

    ReplyDelete