Friday, September 14, 2012

138 - Konsep Kawasan SUBURBAN di Malaysia



Kajian berkaitan konsep suburban banyak menjurus kepada melihat bandar sebagai satu pusat (Abdallah Salam, 1981; Chen, Hsin-Ping, 1993). Bagi sebuah wilayah metropolitan, fokus diberikan dengan melihat  fungsi bandaraya utama dalam  proses percantuman bandar-bandar yang berdekatan dalam membentuk satu  koridor  pembangunan bandar. Sejak tahun 1970an banyak istilah dipakai bagi menggambarkan kawasan suburban secara khusus seperti ‘urban finge’, ‘rural-urban fringe’, ‘suburb’, ‘suburbia’, ‘metropolitan village’, ‘outer city’, dan ‘neo-city’. Istilah `urban fringe' dan `rural-urban fringe' menggambarkan kawasan luar bandar yang mempunyai fenomena bandar secara keseluruhannya (Singh, V.R 1967). Manakala istilah `suburban' dan `suburbia' menggambarkan sebahagian kawasan pinggir metropolitan yang lebih dipengaruhi oleh pengaruh bandar (Winssink, 1962). Istilah-istilah lain adalah lebih khusus untuk satu-satu kawasan yang bersifat pusat pertumbuhan di sekitar pinggir bandar menghala ke luar bandar. 


  Kawasan suburban menerima pengaruh bandar dari segi pembangunan fizikal guna tanah, aktiviti ekonomi penduduk, dan mencorak kehidupan masyarakat nya (Sinha, 1979). Sebahagian besar kajian yang pernah dilakukan mengatakan kawasan suburban sebagai  zon peralehan guna tanah, sosial dan demografi (Pryor, 1973). Dari segi fizikalnya ianya merupakan penyambungan kepada kawasan tepubina bandar. Sebahagiannya berkembang sebagai pusat pertumbuhan baru, ‘dicerobohi’ oleh pembangunan industri atau guna tanah dan aktiviti dalaman bandar (Cheng, 1985). Dari segi guna tanah, ada diantaranya merupakan guna tanah yang ‘tidak diterima’ oleh bandar atau luar bandar saperti kawasan pembuangan sampah dan sisa pepejal dan tanah perkuburan. Dari segi jarak kawasan ini boleh berada sehingga 20 kilometer dari sempadan pentadbiran bandar (Anuar Amir, 1990). Di negara membangun, sebahagian besar kawasan suburban adalah kawasan semulajadi  yang belum sesuai dibangunkan kerana ketiadaan prasarana bandar.
 Dalam konteks perancangan, ianya adalah kawasan kabur (gray area) untuk pembangunan kerana belum pasti bentuk pembangunan yang bakal dijalankan. Bagi pertumbuhan sebuah wilayah metropolitan, kawasan ini adalah masa depan koridor-koridor pembandaran. Dari segi ciri-ciri spatialnya pula, kawasan ini sering menerima tekanan kepada pembangunan terancang.

Kajian-kajian awal ke atas kawasan suburban dibuat mengarah kepada pemahaman mengenai konsep perkembangan bandar di samping  memperlihatkan hubungkait kawasan dengan bentuk dan ciri-ciri bandar utamanya. Singh (1967)  menyatakan kawasan suburban membangun disebabkan oleh corak perkembangan bandar di mana melibatkan unjuran keperluan gunatanah bandar berkembang ke kawasan peralehan ini. Garniar dan Chabot (1967)  menyatakan kawasan suburban adalah proses penyambungan kawasan tepubina bandar. Ini menunjukkan pergantungan kawasan suburban dengan kawasan bandar. Dickinson (1967) menjelaskan kawasan ini sebagai kawasan luar bandar yang  `dicerobohi' oleh pembangunan  industri dan lain-lain aktiviti dalaman bandar termasuk perkembangan sistem pengangkutan dari bandar ke luar bandar. Pryor (1973) dalam menjelaskan konsep suburban-luar bandar (rural-urban fringe) menyatakan ianya sebagai satu zon peralehan gunatanah, sosial dan demografi  yang terletak di antara kawasan penyambungan tepubina bandar dan kawasan luarbandar yang mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan kawasan bandar. Davidson (1972)   mengganggap kawasan suburban adalah sebagai tanah kawasan luar bandar iaitu berjarak kira-kira tiga atau empat batu dari kawasan tepubina bandar.

 Kajian-kajian terkini pula lebih melihat kawasan  suburban sebagai satu unit spatial yang tersendiri (Herington, 1984). Banyak kajian ditumpukan kepada menganalisis ciri-ciri, isu-isu pembangunan dan pengaruh bandar ke atas satu-satu aspek seperti nilai tanah, aktiviti pertanian, alam sekitar dan sebagainya (Sanders, 1995).

 Sebagai rumusan istilah ‘kawasan suburban’ membawa pengertian sebagai kawasan yang berada di antara kawasan bandar utama dan beberapa bandar di sekitarnya, dengan kawasan luar bandar yang berhampiran bandar. Pengaruh jarak amat penting dalam mengkaji pengaruh bandar. Dari segi jarak ia boleh berada sehingga 20 km. daripada kawasan bandar sempadan utama. Dari segi aktiviti gunatanah,  sebahagiannya belum dibangunkan atau kurang diselaraskan pembangunannya. Ciri-ciri umum kawasan berbentuk campuran ciri bandar dan ciri-ciri luar bandar. Gunatanah utama yang berkembang pesat ialah perumahan, industri, pekedaian, dan sebahagian kawasan merupakan gunatanah yang tidak dapat `diterima' sebagai guna tanah bandar atau guna tanah luar bandar. Dari segi kemudahan asas dan infrastruktur dalam kawasan adalah kurang dan pembangunannya dipengaruhi oleh corak perkembangan kawasan dalaman bandar. Kawasan ini semakin menurun ciri-cirinya sebagai kawasan luar bandar dan semakin beralih kepada ciri-ciri kawasan bandar. Bentuk lingkungan kawasan ini adalah berbeza-beza dari bandar ke bandar disebabkan faktor fizikal, dasar pembangunan, dan corak ekonomi bandar tersebut. Perubahan yang selalu dialami adalah berdasarkan perkembangan sistem pengangkutan, pertambahan penduduk dan juga pembangunan fizikal. Satu kaedah yang boleh dipakai untuk melihat impak limpahan pembandaran yang berlaku ke atas suburban ialah melalui kajian skala ciri-ciri pembandaran (scale of urbanity) ke atas kawasan berdasarkan pengaruh bandar utama.

Thursday, July 19, 2012

137 - MENGENALI BANDAR-BANDAR DI MALAYSIA.....

Metropolitan Kuala Lumpur......Bandaraya Global.




 Pemandangan Indah lagi bersih di Pantai
Batu Buruk...
Bandar Kuala Trengganu

Bandar Muar.....Bandar di Muara Sungai yang berpotensi.









































Bandar Ipoh.....Berbentuk Radial dan terus berkembang..sistem one-way trafic.










Bandaraya Johor Bahru dari Tambak Johor ....
mempunyai Iskandar Malaysia - A world in one city.


Bandar Segamat.......Bandar Persinggahan
Bandar Kulim......Menuju pembangunan Hitech.

Bandar Klang......memerlukan perancangan sistem 
lalulintas yang lebih sistematik.
Bandar Kajang......Suburban Town di Lembah Klang
mengalami banjir kilat dan kesesakan lalulintas



Kg Mortem..Petempatan Warisan Budaya 
di Bandar Melaka Bersejarah  
Bandaraya George Town...Perlukan pembangunan yang lebih seimbang.
Bandar Rawang....bersedia menerima impak pembangunan Metropolitan Kuala Lumpur
Bandar Kuala Lipis .....lokasi terbaik berpotensi sebagai bandar peranginan.
Bandar trafik light......Memerlukan perancangan prasarana pengangkutan fly-over..jejambat. Bandar Kota Bharu.
Jalan menuju ke Bandar Mersing.....Bandar peranginan terbesar dalam perancangan
Bandar Kota Tinggi semasa banjir besar.....telah pulih seperti sediakala dan perlukan perancangan sistem pengairan dan perparitan.



Wednesday, July 18, 2012

135 - KEPADA URBAN PLANNERs & BAKAL URBAN PLANNERs.



KEPADA URBAN PLANNERs & BAKAL URBAN PLANNERs. Profession Urban Planning affects the lives of everyday people....shaping the future, create trends of cities & development. The profession strength should refocus more on the physical elements...good at landuse..zoning... public facilities & services....road network & acessibility...public transit, development control measures etc. Planning is also known as a "jack of all trades" practitioners with a wide range of skills - people with diverse skills.
In developed countries.....49% planning graduate work for a Planning Department…Municipality or Local Authority. 25% work for planning consulting firms. 17% are employed by a government agency and 8% work for other types of companies ie architect..law firms…real estate developers..etc. Planning doctorine…Hubungan Tiga Hala…Manusia-Tuhan, Manusia-Manusia, Manusia-Alam perlu dipegang dan dipraktiskan sepenuhnya……

Tuesday, February 28, 2012

133 - FENOMENA REBAKAN BANDAR DI MALAYSIA?


Satu fenomena yang berlaku kesan daripada kepesatan pembangunan perbandaran di Malaysia ialah berlakunya rebakan bandar atau ‘urban sprawl’ ke kawasan petempatan kampung-kampung di pinggir bandar. Rebakan bandar yang berlaku adalah dalam bentuk pembangunan pesat pembandaran ke luar melebihi sempadan bandar yang ditentukan. Ini mengakibatkan sebahagian besar kawasan pinggir bandar yang dianggap sebagai zon peralehan (transition zone) telah bertukar kepada ciri-ciri sosio-bandar terutama dalam aspek fizikal kediaman, sosioekonomi dan sosiobudaya penduduk (Anuar Amir, 1990). Pembangunan pembandaran sekian lama diberi tumpuan khusus dalam pembangunan fizikal negara. Ini merupakan usaha kerajaan bagi memanfaatkan sumber-sumber dan kemudahan bandar, menyediakan kepelbagaian peluang-peluang pekerjaan, dan memenuhi permintaan tempat tinggal kesan daripada peningkatan jumlah penduduk kawasan bandar. Pembangunan pembandaran ini diberi tumpuan melalui pembentukan strategi dan pelan-pelan perancangan di peringkat makro dan mikro seperti dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD). Ini selaras dengan matlamat pembangunan negara untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan spatial antara wilayah sejak dari Rancangan Malaysia ke 4, 1981-85. Kampung-kampung yang terletak di pinggir bandar dianggap sebagai medan pertembungan kepada perubahan fizikal dan bukan fizikal, kesan dari rebakan bandar yang berlaku. Kepesatan pembangunan terancang menyebabkan kampung pinggir bandar kian terhimpit dalam arus perkembangan pembandaran. Sebahagiannya mengalami perubahan ciri-ciri dan identiti kawasan, manakala pendudukmya terpaksa menghadapi pengaruh pembandaran yang semakin meningkat terutama dalam aspek suasana kediaman, ekonomi dan pekerjaan, serta corak hidup. Fokus kajian dalam bidang perancangan telah sekian lama tertumpu kepada masalah dalaman kawasan bandar khususnya kepada fungsi, dominasi pusat bandar (CBD) dan dasar-dasar perkembangan bandar. Banyak penekanan dibuat dengan melihat kajian pengaruh dan kepentingan bandar sebagai satu pusat (Chen, 1993). Kajian-kajian di barat juga banyak menumpukan kajian perkembangan pembandaran sebagai satu proses yang perlu dihadkan seperti keperluan menentukan sempadan pembangunan bandar/ ‘urban growth boundary’ (Best dan Coppock, 1962). Kajian-kajian dalam aspek rebakan bandar telah dilihat sebagai mendatangkan pelbagai impak negatif seperti isu-isu alam sekitar, konflik guna tanah, ancaman kepada aktiviti pertanian dan spekulasi pasaran tanah. Ciri-ciri rebakan bandar dijelaskan sebagai penyelerakan guna tanah bandar secara bertaburan dan melompat-lompat/‘leapfrog dan scattered’ (Harvey and Clark, 1965); kurang kesinambungan dalam corak pekembangan bandar/‘lack of continuity in urban expansion’ (Mill, 1981); pembangunan tidak tersusun dan merbahaya/‘haphazard growth and patchwork appearence’ (Peiser, 1989), dan perkembangan pembangunan yang berdensiti rendah di pinggir bandar. Kajian-kajian terkini seperti Nelson (1999) dan Shou, G. (2000) melihat rebakan bandar sebagai proses pembangunan guna tanah bandar yang tidak bersambung dari segi spatialnya dengan bandar utama disebabkan tiada perancangan, tiada kawalan dan kurang penyelarasan. Isu terpenting dalam mengkaji rebakan bandar di Malaysia ialah berlakunya tekanan pembangunan ke atas penduduk yang tinggal di kampung pinggir bandar. Ini kerana terdapat banyak kampung-kampung seperti kampung tradisi dan petempatan sementara yang telah didiami berpuluh-puluh tahun; ada di antaranya telah pupus dan lenyap, mengalami pengurangan penduduk (depopulation), menjadi terasing (isolated) dalam pembangunan, atau hilang identiti sebagai kawasan tempat tinggal. Sebahagian kampung yang kekal mengalami perubahan corak sosioekonomi dan sosiobudaya pengaruh daripada perkembangan bandar. Masalah ini bertambah serius apabila tumpuan kepada pembangunan kampung-kampung pinggir bandar dalam pelan-pelan pembangunan adalah tidak diberi penekanan dan terpisah dari dasar perancangan fizikal bandar.

Monday, February 20, 2012

131- Impak Positif dan Impak Negatif Rebakan Bandar 'Urban Sprawl' ke Kawasan Pinggir Bandar

ISU-ISU REBAKAN BANDAR 'URBAN SPRAWL' KE KAWASAN PETEMPATAN PINGGIR BANDAR
Impak positif
(i) Peluang pekerjaan di kawasan bandar utama meningkat.
(ii) Peningkatan pekerjaan sektor tertiary /perkhidmatan.
(iii) Peningkatan pendapatan penduduk.
(iv) Penduduk lebih aktif dalam tenaga kerja – masa berkerja lebih tinggi.
(v) Kadar penyewaan kediaman semakin tinggi.
(vi) ‘Commercialized agriculture’.
(vii) Kemudahan mendapatkan perkhidmatan bandar dan peningkatan kualiti hidup.
(viii) Pasaran rumah lebih luas.
(ix) ‘Modern business-oriented – home office”.
(x) Corak kehidupan mewah.
(xi) Nilai permakanan lebih baik.
(xii) Kesedaran kepada pembangunan.
(xiii) ‘Modernisation’ – urban life style.
(xiv) Peningkatan interaksi masyarakat.
Impak negatif
(i) Kesesakan kawasan kediaman.
(ii) Kesesakan lalulintas.
(iii) ‘Commuting trips’ meningkat.
(iv) Pencemaran alam sekitar.
(v) Aktiviti berkaitan pertanian dan pendapatannya menurun.
(vi) “stress of amenities’.
(vii) ‘Unskilled jobs’ meningkat.
(viii) Ancaman kepada kesihatan penduduk.
(ix) Percanggahan aktiviti guna tanah.
(x) ‘Industri bercampur kediaman’.
(xi) Konflik ‘life style’
(xii) Kenaikan nilai tanah.
(xiii) Pengasingan diri /masyarakat.
(xiv) ‘Culture resistance’.
(xv) Ancaman kepada ‘survival’ ekonomi tempatan.
(xvi) Hubungan kekeluargaan/’kinship’ menjadi longgar.
(xvii) Peningkatan jenayah sosial – kecurian, gang, dadah.
(xviii) Konflik antara kaum.

Sunday, January 29, 2012

130 - Development Concept for University Town

Development concept for University Town – To accommodate High Education Institutions, Colleges and related industries with the expansion Housing and the new institutions - mixed-use retail and office components, with emphasis on academic support facilities - a clustering of education, research institutions and related companies – a place for strong collaboration between the academia and the industry - a number of high-tech companies and R&D activities in the surrounding area; a wide range of supporting facilities such as housing, shops, banks, entertainment and exhibition facilities - a high degree of facility sharing, including sharing among the education institutes, the companies and the people living in the town - and enhancing the city’s economic status and image, internationally – with strong planning on education sector.

Pandangan Bakal Planner:

Pandangan 1 -Pembangunan bandar universiti merupakan pemangkin untuk menjadikan sebuah bandar yang merangkumi kawasan perumahan baru, pusat komersial, institut pengajian tinggi, kemudahan awam, taman awam yang dibangunkan secara kongsi bersama dan setempat. Dengan ini, peluang kepada pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian tinggi di negara dapat di hasilkan, sekaligus dapat membawa impak sosioekonomi yang ketara di sekitar tapak projek dengan menjana peluang perniagaan yang baru dan lebih baik di samping membawa pengurangkan kepada kadar kemiskinan, mengurangkan pengangguran dan menggalakkan penghijrahan masuk dengan adanya peluang pekerjaan kepada penduduk kawasan sekitar. Kesan buruk terhadap alam sekitar yang akan timbul ketika waktu pembinaan dan operasi juga dapat dikurangkan dengan ketara ekoran daripada adanya reka bentuk perancangan yang sempurna dan amalan pengurusan yang terbaik.

Pandangan 2 - Perlaksanaan ‘University Town’ di Malaysia merupakan satu idea yang terbaru di mana ianya mampu memberikan banyak peluang dan kelebihan kepada pelbagai pihak baik pelajar mahupun penduduk di kawasan sekitarnya. Hal ini kerana, perancangan bagi penubuhan sebuah ‘University Town’ yang memberikan gunatanah yang berhubungkait di antara kemudahan di dalam university dengan kawasan Bandar sekitarnya memberikan kebebasan dan kemudahan kepada semua populasi di kawasan tersebut untuk menggunakan kemudahan yang ada. Di samping itu, ianya memberikan lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk untuk melabur perniagaan mereka di sekitar kawasan universiti. Malah, pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan kelebihan di mana kemudahan yang diperlukan seperti keperluan harian mampu diperolehi secara mudah disebabkan faktor perancangan yang memaksimakan penyediaan prasarana di kawasan universiti untuk kemudahan bersama. Dari segi intelektual, ‘University Town’ mampu memberi pengaruh yang besar terhadap anak-anak kecil di sekitar kawasannya untuk bermotivasi dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di university. Oleh itu, ianya mampu mewujudkan sebuah golongan adiwangsa yang lebih bermotivasi dan berwawasan di masa hadapan.

Pandangan 3 - Bagi saya, university Bandar adalah satu university yang harus diwujudkan dan ia dapat memberi banyak kelebihan kepada pelajar mahupun penduduk tempatan. Kewujudan university Bandar telah banyak di luar-luar Negara. Sudah ramai pelajar/penduduk Malaysia yang melanjutkan pelajaran di university luar negara telah berjaya mendapatkan pekerjaan yang berjawatan tinggi di Malaysia apabila pulang semula ke sini. Hal ini membuktikan university Bandar memberikan kelebihan kepada pelajar untuk lebih berjaya kerana mereka lebih terdedah dengan banyak kemudahan-kemudahan selain kemudahan yang disediakan hanya didalam kawasan university dan mendorong perkembangan fikiran mereka. Bagi saya, jika kewujudan university ini diterapkan masuk ke Negara kita dengan lebih banyak lagi saya rasa pelajar Malaysia boleh menjadi setaraf dengan pelajar luar Negara dan pelajar Malaysia sudah tidak perlu untuk ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Pandangan 4 - Pada pendapat saya sebagai pelajar perancang bandar dan juga pelajar university, idea “university town” ataupun university dalam bandar adalah satu idea yang sangat bagus kerana kedudukan lokasi university yang sangat strategik. Kedudukan yang berada di bandar akan memudahkan pelajar untuk mendapatkan banyak kemudahan awam yang ada seperti kemudahan pengangkutan awam, pusat membeli- belah dan pelbagai lagi kemudahan awam yang lain. Berbanding dengan universiti yang jauh dari bandar. Selain itu, university dalam bandar juga dapat menghubungkan pelajar university untuk berinteraksi dengan masyarakat luar dengan lebih erat. Banyak elemen-elemen “integrated”/bersepadu yang ada dalam kampus dapat digunakan oleh orang awam seperti contoh masjid, taman rekreasi / tasik, perpustakaan dan pelbagai lagi. Di samping itu, kedudukan university dalam bandar akan mewujudkan ruang pembelajaran dan persekitaran luar yang “sustainable” kerana jarak yang berdekatan. Kesimpulannya “university town” merupakan idea yang sangat ideal. Sebagai contoh, kajian kami tentang universiti town bagi university Malaya adalah sangat sesuai dengan kedudukanya yang strategik.

Pandangan 5 - Perlaksanaan konsep ‘University Town’ bergantung kepada tempat, dan keadaan masyarakat di sekeliling. Jika melihat universiti luar negara yang banyak menggunakan konsep ‘University Town’ ini, kebanyakan dari universiti tersebut dikelilingi oleh masyarakat yang mempunyai nilai etika yang tinggi berbanding di Malaysia. Dilaporkan amat kurang kejadian jenayah berlaku di kawasan universiti luar negara malah kenderaan hak milik universiti juga dapat digunakan oleh orang awam untuk kegunaan harian. Namun begitu, keadaan, suasana dan masyarakat di Malaysia tidak sama dengan keadaan di luar negara. Jika dilihat secara kasar, konsep ‘University Town’ tidak sesuai untuk digunapakai di dalam Malaysia kerana mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif. Pelbagai gejala sosial dan kes jenayah akan timbul dan sistem keselamatan kampus akan menjadi kurang efektif. Tambahan pula, skop pengurusan pihak pentadbiran universiti akan menjadi sangat luas dan kurang efisien kerana terpaksa mengambil kira kepentingan orang awam juga. Justeru, konsep ‘University Town’ tidak begitu sesuai untuk digunapakai di seluruh universiti di dunia dan bergantung kepada pentadbiran universiti untuk mempraktikkannya ataupun sebaliknya.

Saturday, January 7, 2012

129 - SANTAI, RIADAH DAN PD.......

Banana Boat......












Kembar....















Sepak mula...












Bersiap sedia....












Senja.....








Monday, December 19, 2011

127 - Suasana Musim Haji 1432hijrah / 2011masihi.







Menuju ke kompleks melontar lima tingkat.....








Sepanjang jalan ke Masjidilharam dipenuhi dengan manusia terutama ketika hampir masuk waktu solat...







Selepas melontar jangan lupa berpusing ke kanan untuk pulang ke khemah di Mina.....













Mabit di Muzdalifah selepas tengah malam....mengadap Makkah.







Gambaran hotel mewah dan kompleks membelibelah mengelilingi Masjidilharam...











Suasana dataran Kaabah yang padat dengan manusia sepanjang musim haji....





Barisan bangunan hotel di sepanjang setiap jalan sekitar Makkah....














Menara Jam Besar sebagai mercu tanda yang mudah dilihat....










Setiap pelusuk masjidilharam dipenuhi dengan pelbagai bangsa seluruh dunia.....


126 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....PENGAMATAN DI MUSIM HAJI INI.

• Semasa musim Haji kali ini, hampir seminggu, Arab Saudi menyekat pengeluaran duit riyal bagi mengelak manipulasi matawangnya. Ini berlaku semasa kami di Madinah & Mekah. Ramai jemaah kehabisan wang tunai dan terpaksa berjimat cermat, atau meminjam dari rakan2 yang membawa wang lebih. Hikmahnya, dapat elakkan pembaziran atau membeli/‘s...hopping’ barangan yang tidak perlu.
• Pembangunan sedang rancak di sekitar Masjidil Haram. Pembesaran kawasan Masjidil Haram perlu bagi memuatkan lebih 3 juta jemaah haji yang kian bertambah dari tahun ke setahun. Banyak bangunan lama dan kawasan hotel kecil yang berhampiran telah dirobohkan – sedang rancak dibina hotel dan pusat menbeli belah yang bertaraf mewah. Kesannya jemaah yang kurang berkemampuan perlu berjalan lebih jauh ke Masjidil Haram di masa akan datang.
• Burung merpati amat banyak di sekitar Masjidil Haram. Bijirin makanan burung dijual oleh warga asing dengan harga satu riyal satu plastik kecil. Masih ada yang mengutip bijirin di atas jalanraya yang diberikan kepada burung merpati bagi tujuan menyembuhkan penyakit tertentu? Ini pastinya suatu tidak benar dan tak dapat diterima akal.
• Sistem LRT/keretapi laju Mashair menghubungkan kawasan sekitar terutama dari Arafah ke Mina siap beroperasi untuk penduduk tempatan. Hubungan ke Masjidil Haram dan stesen Al Haramain akan dibina tidak lama lagi.
• Di Arafah telah banyak pokok2 ditanam bagi tujuan teduhan dan landskap. Suasana menjadi lebih segar dan mudah mendapatkan kawasan berteduh.
• Laluan jalan kaki bertingkat di kompleks melontar di Mina telah dibina bagi memudahkan jemaah melakukan lontaran semasa musim Haji. Lima tingkat kawasan melontar disediakan.
• Alahai tandas…ini pastinya suatu yang perlu dirancang dengan lebih baik di sekitar Masjidil Haram.

125 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....Bersilaturrahim Satu Dunia

Ramainya manusia di bumi Mekah ini semasa musim haji. Berbagai rupa bentuk wajah, tubuh badan, warna kulit, putih bersih hingga segelap2nya, wajah cerah, cantik berseri, manis berjanggut, tenang dengan pelbagai sikap dan kerenah masing2. Paling nyata ramai juga yang ingin bersilaturrahim, suka menegur, dan melayan pertanyaan, adakalanya k...erenah masing2 melambangkan dari pelusuk dunia tempat asal mereka. Silaturrahim bukan sahaja berlaku semasa beribadat, malah semasa berjalan, masa makan dan juga masa membeli barang keperluan, masa shopping membeli cenderamata, di Safwa Tower, makan minum terutama dekat D’Saji, dan lain2 lagi. Juga dalam perjalanan dalam bas atau semasa menunggu masuk waktu solat. Jemaah negara asal mudah dikenali daripada raut muka, cara berpakaian, cara bercakap, mempunyai identiti dari segi tindak tanduk masing2. Subhanallah..Sempurnanya kejadian Allah yang Maha Pencipta. Kita adalah sebahagian daripadanya. Suasana dan tumpuan minda jemaah bertumpu kepada ingin beribadat dan memohon keampunan. Lupakan perbezaan dan kelainan yang ada. Ada jemaah Arab yang mengingatkan kami untuk bersolat Dhuha. Ada Jemaah Turki melebar sejadah untuk berkongsi bersama. Ada jemaah China membahagi2kan ‘tiger balm original’. Yang lainnya meminjamkan tasbih, berpeluk tanda bersaudara, malah menghulurkan air zam zam untuk diminum. Inilah suasana silaturrahim yang dapat diperhatikan. Mudah2an berterusan...Namun ujian silaturrahim sebenar adalah apabila berada di Arafah dan di Mina di mana manusia sangat ramai, padat dan sendat. Juga tatkala kesesakan bersolat di Majidilharam, sehingga sikap mementingkan diri sendiri menjadi lumrah. Ramai jemaah luar negara melangkah bahu dan kepala semata kerana ingin ke saf hadapan, sanggup memintas mereka yang sedang solat. Malah di kala ingin mencium Hajarul Aswad, berlaku tolak menolak secara kasar, mengerah tenaga merebut tempat & di kala ini ramai yang tersepit. Dalam keadaan2 begini, hubungan sesama manusia perlulah dijaga bersungguh2.......Inilah sebahagian ujian silaturrahim yang perlu kita lulus.

124 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....Mabit di Muzdalifah.

Mabit atau singgah sebentar bermalam di Muzdalifah adalah salah satu wajib haji. Selepas wukuf di Arafah, selepas waktu maghrib adalah masa untuk bertolak ke Muzdalifah. Masa yang diambil adalah 40 minit dengan jarak perjalanan lebih kurang 8 km. Ia juga masa & tempat sewajarnya bermuhasabah diri. Dengan ratusan ribuan manusia berkumpul; iman dan... kesabaran diuji. Belajarlah menunggu, dan banyakkan bersabar dan bertolak ansur ketika menaiki bas, perlu mengikut arahan dan usah mementingkan diri sendiri. Belajar memikirkan orang lain ; golongan tua yang kurang berupaya dan mereka yang lemah. Bersyukurlah jika tenaga kita kuat dan muda. Di Muzdalifah juga tempat mengutip batu2 kecil untuk melontar di jamrah. Tujuh biji + (7 + 7 + 7)x3 bagi menyempurnakan lontaran ke tiga2 jumrah. Di kaki bukit inilah jemaah haji berbaring, rehat atau tidur, semasa tengah malam hingga ke awal pagi, sebelum menaiki bas ke khemah di Mina. Berlantaikan tikar, berbantalkan lengan atau beg kecil yang dibawa, dan berbumbungkan langit yang terbuka, luas dan lapang. Berzikir dan berdoalah apa saja. Bersandarlah pada pasangan masing2 jika mengantuk. Suasana amat dingin mencengkam tubuh badan. Dengan berpakaian ihram, jagalah kebersihan dan berusahalah supaya tidak batal wuduk. Tandas juga agak terhad, barisan menunggu mungkin panjang. Menunggu bas yang berulang-alik mengambil masa yang agak lama. Suasana putih, bersih, berdebu dan dalam samar-samar cahaya lampu malam memberi ruang kita berfikir tentang manusia sejagat. Kami menunggu ketibaan bas hingga sempat bersolat subuh di Muzdalifah. Alhamdulillah...Satu suasana ketenangan & keinsafan yang sukar digambarkan.