Wednesday, April 21, 2010

043 - DILEMMA IBUBAPA PERIHAL ANAK REMAJA (18 - 25 TAHUN) MEREKA MASAKINI



Sedikit kajiselidik dan temubual ke atas para ibubapa mengenai perkara di atas, mendapati perkara-perkara berikut:
Dekad ini boleh dikatakan tempohmasa yang sangat mencabar untuk mendidik remaja. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi untuk mendidik iman remaja. Kita mahukan pembentukan minda dan sahsiah remaja yang kuat dan kukuh di zaman yang berteknologi tinggi ini. Hiburan dan pendedahan kepada maksiat yang berleluasa menjadikan ramai dari kita, alpa/sukar menemui jalan lurus kehidupan. Mendidik anak remaja merupakan tugas yang sukar - memerlukan kesabaran dan kaedah yang lebih berkesan. Perlu kita sedari bahawa tugas mendidik ini, sebenarnya masih terletak keatas bahu ibubapa. Walaupun dalam kesibukan, kita percaya masih ramai para ibubapa peka tentang tanggungjawab mereka, namun dilemma menghadapi cabaran era IT masakini, memahami emosi dan perasaan remaja.

Remaja sendiri perlu sedar:

  • Risiko dan impak dari perkembangan IT ke atas remaja terlalu besar.

  • Betapa parahnya keruntuhan akhlak remaja akibat pergaulan bebas.

  • Betapa rapuhnya sahsiah remaja masa kini akibat pengaruh tidak baik rakan sebaya.

  • Tidak mantap pendidikan agama dan didikan rohani daripada keluarga.

  • Mudah tergugat apabila dieksploitasi oleh anasir luar.

  • Mudah rebah dan gugur dalam perjuangan menahan hawa nafsu - lemah pertahanan minda.

  • Cenderung menakrifkan hukum mengikut akal dan logik sendiri.


Ada yang mencadangkan - Berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.....? Banyak masalah kegelisahan jiwa remaja ni dapat dihilangkan apabila berkahwin pada umur ni (18-25 tahun). Adakah dengan berkahwin awal dapat menyelamatkan remaja dari segala kemaksiatan.......... Apa pendapat remaja diluar sana????

5 comments:

  1. Iman menjadi benteng segala tindaktanduk kita. Well done dr.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah masih ramai remaja yang dapat menyumbang untuk kemantapan generasi masa depan.

    ReplyDelete
  3. ya saya setuju di atas... tepuk dada tanya iman.. jangan tanya selera.. kalau selera sentiasa dikawal oleh hawa nafsu..

    ReplyDelete
  4. salam..sy berkahwin pd umur 20 tahun..pd sy bnyk bezanya bila kita berkahwin awal..tp dngan syarat, suami kita itu perlu mantap dari imannya serta pngetahuan agamanya..nanti suami yg bakal mendidik isteri. jika si suami kurang, si isteri perlu la saling melengkapi..perkahwinan itu adalah 1 perkongsian..segala2nya perlu dikongsi..bg sy pula, sejak berkahwin, hidup sy bnyk mmikirkan ttg fmily san suami terutamanya..tidak lg nk enjoy2 bersama kwn2 mcm dulu..bukan xenjoy lgsung,kurangkan...sy lebih suka uruskan rumahtangga sy..itu lebih bermakna..jd tiada lg la masalah2 lain yg sering remaja2 skrg hadapi...cuma remaja sekrg yg tdk mahu meletakkan diri mereka di tmpt yg tinggi dan terpuji...mereka snaja melemparkan diri mrk ditmpat yg amat hina....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    salahkah Syaitan mengajak manusia ke arah maksiat?

    salahkah sang iblis menggoda manusia melakukan maksiat?

    akhirat kelak bolehkah kita menunding jadi pada syaitan dan sang iblis?

    Di bulan ramadhan syaitan dan iblis dibelenggu nanum maksiat masih wujud, bukankah?

    pernahkah Tuan penulis bilamana terjumpa wanita islam tidak menutup aurat lalu menegur cara berhikmah?

    pernahkah Tuan penulis bilamana bergerak ke masjid untuk berjemaah lalu mengajak lelaki islam dijalanan mengikut berjemaah?

    biasakah Tuan penulis bila bercakap bersama kawan-kawan ianya menjurus kepada agama?

    segala yang terjadi kini adalah kerana kita sendiri. tak perlupun menunding jari pada mana-mana pihak, pemerintah sekalipun. inilah balasan yang telah dijanjikan oleh Maha Pencipta bilamana kaedah yang diberikan tidak diamalkan oleh hamba-Nya.

    wujudnya pemimpin yang rosak adalah kerana rakyatnya yang rosak. akar yang rosak tidak mampu menghasilkan pokok yang elok.

    ramai orang ilmunya bagus tapi berapa ramai yang mampu mempraktikkannya?



    sekadar pendapat saya yang jahil.

    ReplyDelete