25 RAMADAN 1437H.. BIDADARI DUNIA… Pastinya kita mempunyai ramai sahabat sejak dari sekolah rendah..sekolah menengah.. semasa di IPT, juga semasa kita berkerja…rakan se kampung, se taman..jiran2 dan saudara mara jauh & dekat. YB Atuk juga mempunyai ramai kenalan sekolah rendah sejak di Perai, Bagan Ajam, Permatang Tok Kandu, sekolah menengah di Butterworth, Jenan, Jitra, rakan di Uwist, Cardiff, Utm, KL, Sekudai, Melaka, PJ, Parit, Bgn Datuh & JB ….Namun akhirnya pelahanlahan kita tinggalkan jua mereka…Transit kehidupan sejak jadi YB mungkin sudah sampai kepada perhentian terakhir… memahami hakikat kehidupan.. & kepastian yang menanti.. Kita ditemukan di dunia ini dengan ramai sahabat2 yang baik, rapat & sejati. Namun ramai yang hanya bertahan dlm situasi tertentu sahaja. Ada juga yg terus bersahabat di alam maya. Paling akhirnya sahabat paling sejati kita adalah pasangan hidup kita yg setia…menjadi sahabat dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat ….Itulah Bidadari Dunia kita. Alhamdulillah di atas nikmat yg tak dapat kita dustakan.
No comments:
Post a Comment