Tuesday, June 14, 2016

169 - SETELAH JADI YB…

SETELAH JADI YB…& BERSARA DARI PERKHIDMATAN & PENCEN - Sering dihujani berita kematian…Saudara dekat & jauh…Rakan taulan yang masih berkerja & dah bersara…Kenalan sekolah, kolej, U & tempat sekerja. Kematian bukan suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan.. Ia adalah awal sebuah kepulangan yang abadi.. Kematian itu akan menemui tiap2 yang hidup, kemudian kembalikan kepada Allah. Tidak ada kesempatan untuk kembali balik kepada kehidupan sebelumnya. Mengingat mati akan melembutkan hati & menghancurkan tamak haloba terhadap dunia. Semoga kematian kita kelak dalam keadaan Husnul Khatimah………Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Berdoalah.."Ya Allah…Hidupkanlah diriku ini selagi mana kehidupan itu adalah terbaik untukku".

SETELAH JADI YB…Rajin2lah menziarahi Masjid Negara apabila singgah KL…Masjid Berkapisiti hingga 15,000 jemaah di atas tanah seluas 13 ekar & bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Dewan sembahyang masjid dapat memuatkan 3,000 jemaah. Di bina pada tahun 1965, focal pointnya ialah berhampiran stesen KTM Kuala Lumpur. Terdapat tujuh buah pintu masuk. Imam Besar semasa ialahTan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad dilantik mulai februari 2007 hingga kini. "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar".







No comments:

Post a Comment