Tuesday, June 14, 2016

160 - GALAK BERKOMUNIKASI DI ALAM CIBER??

GALAK BERKOMUNIKASI DI ALAM CIBER??………Teknologi komunikasi membangun sepesatnya, memudahkan berkomunikasi sesama manusia… walaupun hanya dengan jiran sebelah ataupun kenalan yang jauh beribu kilometer. Kecanggihan teknologi membenarkan kita berkongsi idea & rasa. Interaksi sosial semakin dipermudahkan tatkala masing2 kesibukan dgn tugasan2 harian. Terpulang pada kita sendiri samaada perasaan dlm hati & yg berlegar dlm minda untuk diluahkan atau tidak, mempamer atau menyembunyikannya. Medan ciber menerima apa jua coretan, bahan yang ada, berkongsi maklumat atau mencetus idea2. Namun kita perlu mengambil iktibar dalam kecanggihan teknologi ini. Di alam ciber manusia perlu menjadi seperti seekor lebah…sekalipun diletakkan dalam tong yang penuh sampah pun ia tetap mencari madu…Lebah memakan makanan yang baik2 dan mengeluarkan yang baik2 juga. Tidak seperti seekor lalat..walau berada di manapun, masih tercari2 kotoran untuk dihinggapi. Lalat lebih senang berada ditempat yang berbau busuk & jijik. YB ATUK BERMUHASABAH DIRI & SEDIKIT UNTUK RENUNGAN SEMUA SEBELUM BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADAN YANG MULIA INI.



No comments:

Post a Comment