Tuesday, April 20, 2010

042 - BELAJAR MENULIS CP (Cadangan Penyelidikan) PSM … Research Proposal.




Ramai pelajar tahun akhir undergraduate di universiti kurang memahami apa itu CP PSM, sedangkan mereka diminta menyediakannya dan membentangkannya untuk kelulusan dan untuk lantikan penyelia. CP yang berkualiti adalah sama seperti perlunya menjadi seorang penyelidik yang baik. Ia merupakan ‘starting point’ yang penting dalam memastikan kesempurnaan dan kejayaan penulisan PSM.
Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan CP PSM yang baik:




- Memahami semua key elements’ CP (seperti Problems statement, Goal & Objectives of the study, Research questions, Scope & limitation, Methodology, Method of Data Collection, Literature reviews, Instrumentations & Statistical analysis, Findings, Abstracts etc...) yang perlu dalam proses menjalankan kajian.

- CP perlu menampakkan ‘sufficient information’ bagi panel menilai tujuan dan keperluan kajian. Sekurang-kurangnya panel perlu memahami apa yang nak dikaji, mengapa ianya perlu dikaji, dan bagaimana nak melakukannya.

- CP perlu menjelaskan kepentingan idea pengkaji, menampakkan background study mengenai isu berkaitan telah dibuat, dan memahami sedikit sebanyak metodologi kajian yang bakal digunapakai.

- CP perlu mempamerkan kualiti menulis/penulisan yang baik dari segi logik susunannya, kejelasan dan kenyataan yang boleh meyakinkan pembaca.

- Tajuk CP perlu ringkas dan jelas. Menampakkan ‘independent’ dan ‘dependent variable’ dalam ayat tajuk yang dicadangkan. (Maximum 15 perkataan - kurang lebih baik.).

- Pengenalan CP perlu menampakkan latarbelakang dan konteks permasalahan/isu yang ingin kajian. Tidak perlu ‘rambling’ panjang lebar, kerana ini akan mengelirukan pembaca.

- Mulai paragraf pertama CP sebaik mungkin. Buat ayat mengenai ‘general statement’ kepada permasalahan/isu yang ingin dikaji secara umum dan spesifik, diikuti dengan justifikasi dan rasional kepada keperluan dan tujuan mengkaji perkara tersebut.

- Dari segi penyataan isu - CP perlu jelaskan ‘major issues and sub-problems’ yang dihadapi sebelum memberi fokus kepada isu spesifik. Jelaskan senario dan skop permasalahan dengan baik dan mudah difahami. Pembaca juga ingin mengetahui ‘the delimitation or boundaries’ aspek yang ingin dikaji.

- Perbincangan dalam CP perlu meyakinkan pembaca mengenai keperluan menjalankan kajian tersebut, menampakkan minat pelajar dalam bidang yang ingin dikaji, dan tidak sama sekali ‘membebel’ (going “all over the place” without a clear sense of direction).

- Kelemahan CP yang selalu dilakukan oleh ramai pelajar ialah :


Gagal menulis dalam konteks yang jelas dalam membentuk kerangka persoalan kajian.
Gagal menghadkan skop kajian dan menentukan ‘limitation of the study’.
Gagal menyemak kajian-kajian sebelumnya yang berkaitan dengan isu yang ingin dikaji.
Gagal memberi fokus! fokus! fokus! kepada persoalan kajian.
Gagal menyemukakan argument yang mantap dan tidak meragukan - perlu rasional dan justifikasi yang jelas.
Gagal menulis dalam kerangka yang sesuai - terlalu pendek atau terlampau panjang.
Dan yang paling penting...Gagal membuat rujukan dengan baik semasa menyediakan CP - suka menulis panjang lebar minor issues yang tidak penting dan tidak memberi perincian kepada major issues...sebab kurang maklumat dan kurang idea. Hasilnya....rambling....rambling.....rambling. & skop yang terbuka luas..besar..’too wide’. Tiada fokus!



Kepada pelajar tahun akhir....semuga tidak mengulang kelemahan yang sama setiap tahun.


...........Belajar menulis sinopsis CP dalam satu muka surat dahulu.

7 comments:

  1. t.Kasih..Ianya amat amat membantu.

    ReplyDelete
  2. Masih ramai pelajar yang suka membuat kerja sambil lewa..tidak berani (malas) berfikir. Minda kaku apabila masuk u....

    ReplyDelete
  3. yang ckp cm2 bernas sgt ker,bukankah anda mbuka pekung anda sendiri wahai saudara/i=)

    ReplyDelete
  4. Walau apa pun diharap belajar berfikir secara serious, pelajar tahun akhir pasti semuanya mampu menyediakan CP yang baik - pengalaman dan pembacaaan penting. Ini memudahkan tugas panel penilai. Rational pemilihan isu yang ingin dikaji jua penting. Kebanyakan Pensyarah senantiasa sedia memberikan feedback awal. Berkomunikasilah selalu.

    ReplyDelete
  5. Tahun ini saya nak ambil tajuk rural development, penekanan dalam NKRA (National Key Result Areas)

    ReplyDelete
  6. banyak isu yang menarik dan penting...... kadang-kadang tak reti nak kecilkan skop? Apa itu research questions? TQ Dr.

    ReplyDelete
  7. tanya dkt hati dan diri sejauh mana kemampuan dalam membuat kajian..klu xmampu xpe cuba cabar diri supaya melebihi tahap kemampuan..kompem kajian yang dibuat berhasil dgn jayanya

    ReplyDelete