Projek Sarjana Muda (PSM) merupakan kajian atau penyelidikan yang dijalankan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat yang telah diwajibkan ke atas pelajar tahun akhir untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang masing-masing. Secara khususnya PSM merupakan satu proses kepada pelajar bagi membina kemahiran dalam menyelesaikan suatu isu/masalah dalam bentuk kajian sendiri. Kepada satu-satu program akademik, PSM mengkehendaki pelajar melaksanakan satu kajian yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kemampuan mereka dalam mengenalpasti satu-satu isu dalam bidang masing-masing dengan mendalam; berupaya menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat dan menganalisisnya secara statistik dan pembuktian; membentuk penemuan penting hasil dari kajian yang dijalankan, dan juga dapat mencadangkan penyelesaian dan seterusnya menulis dan membentangkan kajian tersebut. Untuk tujuan itu seorang pelajar tahun akhir, pertama sekali mestilah berkemampuan mengenalpasti isu yang hendak dikaji dan seterusnya membentuk persoalan-persoalan kajian dari isu dan permasalahan tersebut sebelum menentukan kaedah yang sesuai untuk menjalankan kajian. Oleh itu aplikasi daripada ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang pengajian amat penting dalam mengendalikan dan menjayakan Projek Sarjana Muda. Perkara yang sering dinilai dalam sebuah penulisan PSM adalah :
- Isi kandungan,
- Struktur penulisan,
- Kaedah atau method yang dipakai,
- Rumusan penemuan,
- Keaslian dan
- Format Persembahan.
Sebagai memenuhi format tesis, PSM bukanlah:
• Not "written a book".
• Not "a diary of work done".
• Not "a collection of papers".
• Not "technical project report".
• Not "a lone journey".
But its a study...your own study report writing.
A PSM Thesis Must Contain:
• Knowledge, understanding, and appreciation of the field/study area.
• Have data analysis of related work.
• Relevance of own work.
Typical Writing Layout for PSM :
• Chapter 1 : Introduction/Background : Set the scene and problem statement. Demonstrate wider appreciation (context). Introduce structure of thesis & methodology.
• Chapter 2 : Literature Review on Related Work : Assessment relation to own work.
• Chapter 3 : Data Collection, Survey and Analysis.
• Chapter 4 : Conclusions/Findings.
• Bibliography.
• Appendix.
kepada Pelajar........no more 'cut & paste'.
thankiu dr. sebab share benda ni. berguna utk kitorang bakal 4th year students..
ReplyDeleteOk, welcome A.n.y.s.s - PSM sebagai satu latihan kepada pelajar menjalankan kajian secara individu. Fahami komponen study (Isu-RQs-Objektif-Skop-Kepentingan kajian-Kaedah & Metodology-Instrumentations-Data analisis & Statistical analisis-Merumus penemuan-Teknik penulisan). Dan fokus! fokus! dan fokus! serta belajar menulis tesis dengan baik mengikut format.
ReplyDeletehuhuhu.....walaupun lambat lagi ambik PSM..bagus juga maklumat ni..sebagai tambahan....huhu
ReplyDeletesalam dr..terima kasih atas info y diberikan..saya ad soalan, erm mcm mane dgn tajuk thesis??adakah diberikan oleh supervisor atau perlu di cari sendiri??dan adakah supervisor ditetapkan atau juga dipilih??
ReplyDeleteAlia, Tajuk sepatutnya pilihan pelajar. kena buat research sikit. Cari yang sesuai juga mudah...minat. Pilihan supervisor atas tajuk dan pilihan pelajar. Nyatakan dalam submission CP nanti dengan jelas cadangan penyelia yang diminta. Bincang dengan pensyarah tersebut dulu. Baru jabatan boleh membantu. InsyaAllah dengan tumpuan dan fokus, kesungguhan... pasti memudahkan proses PSM seterusnya.
ReplyDelete