Sunday, January 29, 2012

130 - Development Concept for University Town

Development concept for University TownTo accommodate High Education Institutions, Colleges and related industries with the expansion Housing and the new institutions - mixed-use retail and office components, with emphasis on academic support facilities - a clustering of education, research institutions and related companies – a place for strong collaboration between the academia and the industry - a number of high-tech companies and R&D activities in the surrounding area; a wide range of supporting facilities such as housing, shops, banks, entertainment and exhibition facilities - a high degree of facility sharing, including sharing among the education institutes, the companies and the people living in the town - and enhancing the city’s economic status and image, internationally – with strong planning on education sector.

Pandangan Bakal Planner:

Pandangan 1 -Pembangunan bandar universiti merupakan pemangkin untuk menjadikan sebuah bandar yang merangkumi kawasan perumahan baru, pusat komersial, institut pengajian tinggi, kemudahan awam, taman awam yang dibangunkan secara kongsi bersama dan setempat. Dengan ini, peluang kepada pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian tinggi di negara dapat di hasilkan, sekaligus dapat membawa impak sosioekonomi yang ketara di sekitar tapak projek dengan menjana peluang perniagaan yang baru dan lebih baik di samping membawa pengurangkan kepada kadar kemiskinan, mengurangkan pengangguran dan menggalakkan penghijrahan masuk dengan adanya peluang pekerjaan kepada penduduk kawasan sekitar. Kesan buruk terhadap alam sekitar yang akan timbul ketika waktu pembinaan dan operasi juga dapat dikurangkan dengan ketara ekoran daripada adanya reka bentuk perancangan yang sempurna dan amalan pengurusan yang terbaik.

Pandangan 2 - Perlaksanaan ‘University Town’ di Malaysia merupakan satu idea yang terbaru di mana ianya mampu memberikan banyak peluang dan kelebihan kepada pelbagai pihak baik pelajar mahupun penduduk di kawasan sekitarnya. Hal ini kerana, perancangan bagi penubuhan sebuah ‘University Town’ yang memberikan gunatanah yang berhubungkait di antara kemudahan di dalam university dengan kawasan Bandar sekitarnya memberikan kebebasan dan kemudahan kepada semua populasi di kawasan tersebut untuk menggunakan kemudahan yang ada. Di samping itu, ianya memberikan lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk untuk melabur perniagaan mereka di sekitar kawasan universiti. Malah, pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan kelebihan di mana kemudahan yang diperlukan seperti keperluan harian mampu diperolehi secara mudah disebabkan faktor perancangan yang memaksimakan penyediaan prasarana di kawasan universiti untuk kemudahan bersama. Dari segi intelektual, ‘University Town’ mampu memberi pengaruh yang besar terhadap anak-anak kecil di sekitar kawasannya untuk bermotivasi dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di university. Oleh itu, ianya mampu mewujudkan sebuah golongan adiwangsa yang lebih bermotivasi dan berwawasan di masa hadapan.

Pandangan 3 - Bagi saya, university Bandar adalah satu university yang harus diwujudkan dan ia dapat memberi banyak kelebihan kepada pelajar mahupun penduduk tempatan. Kewujudan university Bandar telah banyak di luar-luar Negara. Sudah ramai pelajar/penduduk Malaysia yang melanjutkan pelajaran di university luar negara telah berjaya mendapatkan pekerjaan yang berjawatan tinggi di Malaysia apabila pulang semula ke sini. Hal ini membuktikan university Bandar memberikan kelebihan kepada pelajar untuk lebih berjaya kerana mereka lebih terdedah dengan banyak kemudahan-kemudahan selain kemudahan yang disediakan hanya didalam kawasan university dan mendorong perkembangan fikiran mereka. Bagi saya, jika kewujudan university ini diterapkan masuk ke Negara kita dengan lebih banyak lagi saya rasa pelajar Malaysia boleh menjadi setaraf dengan pelajar luar Negara dan pelajar Malaysia sudah tidak perlu untuk ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Pandangan 4 - Pada pendapat saya sebagai pelajar perancang bandar dan juga pelajar university, idea “university town” ataupun university dalam bandar adalah satu idea yang sangat bagus kerana kedudukan lokasi university yang sangat strategik. Kedudukan yang berada di bandar akan memudahkan pelajar untuk mendapatkan banyak kemudahan awam yang ada seperti kemudahan pengangkutan awam, pusat membeli- belah dan pelbagai lagi kemudahan awam yang lain. Berbanding dengan universiti yang jauh dari bandar. Selain itu, university dalam bandar juga dapat menghubungkan pelajar university untuk berinteraksi dengan masyarakat luar dengan lebih erat. Banyak elemen-elemen “integrated”/bersepadu yang ada dalam kampus dapat digunakan oleh orang awam seperti contoh masjid, taman rekreasi / tasik, perpustakaan dan pelbagai lagi. Di samping itu, kedudukan university dalam bandar akan mewujudkan ruang pembelajaran dan persekitaran luar yang “sustainable” kerana jarak yang berdekatan. Kesimpulannya “university town” merupakan idea yang sangat ideal. Sebagai contoh, kajian kami tentang universiti town bagi university Malaya adalah sangat sesuai dengan kedudukanya yang strategik.

Pandangan 5 - Perlaksanaan konsep ‘University Town’ bergantung kepada tempat, dan keadaan masyarakat di sekeliling. Jika melihat universiti luar negara yang banyak menggunakan konsep ‘University Town’ ini, kebanyakan dari universiti tersebut dikelilingi oleh masyarakat yang mempunyai nilai etika yang tinggi berbanding di Malaysia. Dilaporkan amat kurang kejadian jenayah berlaku di kawasan universiti luar negara malah kenderaan hak milik universiti juga dapat digunakan oleh orang awam untuk kegunaan harian. Namun begitu, keadaan, suasana dan masyarakat di Malaysia tidak sama dengan keadaan di luar negara. Jika dilihat secara kasar, konsep ‘University Town’ tidak sesuai untuk digunapakai di dalam Malaysia kerana mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif. Pelbagai gejala sosial dan kes jenayah akan timbul dan sistem keselamatan kampus akan menjadi kurang efektif. Tambahan pula, skop pengurusan pihak pentadbiran universiti akan menjadi sangat luas dan kurang efisien kerana terpaksa mengambil kira kepentingan orang awam juga. Justeru, konsep ‘University Town’ tidak begitu sesuai untuk digunapakai di seluruh universiti di dunia dan bergantung kepada pentadbiran universiti untuk mempraktikkannya ataupun sebaliknya.

1 comment:

  1. bila cakap pasal Bandar Universiti terus tertumpu kepada UTM. ia boleh dijadikan contoh walaupun tidak terletak berdekatan JBCC. tapi dengan wujudnya Universiti seperti UTM ini, semakin bertambah pembangunan di sekelilingnya. seperti yang kita sedia maklum, Taman U dibina dan dibangunkan setelah UTM mula bertapak di Skudai. hal ini sekaligus meningkatkan permintaan org ramai untuk mendiami kawasan berdekatan universiti. Pada masa yang sama, ekonomi bandar itu sendiri dapat ditpertingkatkan dari semasa ke semasa disamping meningkatkan peluang pekerjaan. dari sudut negatif pula, kadar jenayah akan meningkat kerana pihak luar boleh menyamar sebagai mahasiswa atau staf di universiti. kadar kecurian juga akan kerap berlaku.buktinya di UTM sendiri.

    ReplyDelete