Monday, December 19, 2011

122 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....Tips Dari Rakan2.

Beberapa tips untuk bakal haji sebagai panduan.
  • Penyucian diri bermula sebelum berangkat – membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang mulia & menjauhi sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela,

  • Haji adalah berfokus aktiviti fizikal – banyakkan berjalan. Namun jangan abaikan soal2 kerohanian. •

  • Sabar..sabar…sabar – kesabaran tiada penghujungnya.
  • Jaga kesihatan…jaga kebersihan diri. Anda mungkin mengalami cepat sakit jika kebersihan diri tidak dijaga.•
  • Bercakap perkara yang penting sahaja. Bila dalam kumpulan memadai jadi pendengar yang baik – elakkan berbicara perkara yang sia2.•
  • Usah menyendiri..bersilaturahim di mana jua anda berada – semasa makan, dalam masjidil haram, di dataran dan di mana jua, hubungan sesama manusia perlu dijaga dan dipelihara.•
  • Jangan membazir semasa makan – ambil sedikit dahulu jangan ambil bahagian orang lain.•
  • Usah bertekak dengan pasangan. Berdiam diri dan senyum selalu - belajar mengembirakan pasangan setiap waktu.•
  • Apabila orang meminta…memberilah. Banyak bersedekah membawa keberkatan.•
  • Usah merungut apa2...apatah lagi bercakap tentang ketidakpuasan hati – Semua yang berlaku ada hikmahnya.•
  • Banyakkan berdoa setiap waktu...Ia juga adalah ibadah.•
  • Pergilah menunaikan haji dalam keadaan ketakutan dan tawaduk - nikmatnya amat bermakna.•
  • Jika pergi dengan pasangan – lakukan amal ibadah bersama bukan dengan rakan sebilik. ..........Sekian, semuga menjadi renungan dan panduan bersama.

No comments:

Post a Comment