Wednesday, September 1, 2010

084 - MEMANTAPKAN KEYAKINAN DIRI – Secara menghayati pengertian ayat 1-10 surah Al-Mulk…….











This star-forming region, captured by NASA's Spitzer Space Telescope. This photo was taken on July 14, 2010.



Terjemahan ayat 1-10 Surah 67 : Al-Mulk

.....Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan (dunia dan akhirat), dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,

.....Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun,

.....Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak akan melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. (Jika engkau ragu-ragu) Maka lihatlah berulang-ulang kali, adakah dapat kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

.....Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu pun kecacatan dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

.....Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar (punca rejaman) ke atas syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.

.....Dan orang-orang yang kafir (juga mereka yang kufur ingkar) kepada Tuhannya, memperolehi azab neraka Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

.....Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,

.....Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (semasa di dunia) seorang pemberi peringatan?"

.....Mereka menjawab: "Benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, tapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar".

.....Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".

6 comments:

  1. mereka tahu dan sedar kerana adanya peringatan, tapi hati tertutp dengan egois dan rasa takbur... ada pula yang rendah diri dan sentiasa ingin tahu tapi tiada pula yang ingin membantu...

    ReplyDelete
  2. kita seharusnya patuh dengan ajaran agama Islam supaya kita tidak keluar daripada landasan yang sebenar. sekali kita sesat tidak brmkna kita tidak dapat brtaubat, kecuali tutupnya pintu taubat. selagi kita masih berpijak di bumi yang nyata ini, insaf lah walaupun sekecil dosa yang kita lakukan. ini adalah sebagai peringatan buat kita sebagai semua umat Islam.

    ReplyDelete
  3. Kita perlu menghayati intipati Al-Quran dan belajar hidup dengannya... Jangan leka dan alpa kerana ramai di antara kita dilahirkan Islam tetapi tiada bezanya dengan lain, kerana tiada pemahaman dan tiada keyakinan. Ikut-ikutan. Punca sebenar masalah sosial yang melanda kita masakini.

    ReplyDelete
  4. surah al-mulk ini banyak khasiatnya kepada manusia, di dunia dan akhirat.. antaranya ialah sebagai penyelamat manusia dalam kubur nanti..

    tapi masih ramai diantara kita, ya umat manusia kini yang meninggalkan barang yang wajib.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas ilmu yg Dr share pd kali ini..smoga Dr dan kami terus mendapat barakah drpd Nya...kalu ada smthing yg mcm ni ,Dr share la kt blog k

    ReplyDelete
  6. Keperihatian kita tentang hubungan 3 hala(manusia-alam-Pencipta) perlu diterapkan dalam semua aspek kehidupan. Kepada semua, terima kasih di atas komen-komen membina yang diberikan.

    ReplyDelete