Wednesday, September 16, 2009

009 - DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU


Apa yang sering kita cari dalam kehidupan ini?? Itulah satu teka teki yang sering kita dengar dalam majlis keramaian, kenduri kahwin, atau pada majlis hari lahir, dalam kelas ataupun kursus motivasi. Ya, jawapannya ialah pintu; pintu rumah, pintu bilik, pintu kereta, pintu bas, pintu pejabat, pintu kedai, dan lain-lain pintu lagi. Sebenarnya lebih banyak lagi pintu yang perlu kita cari dan kita perlu buka kuncinya. Terdapat Doa Pembuka Dua Belas Pintu yang amat memberi kebaikan dan keberkatan kepada kehidupan kita.


.....Sama-samalah kita amalkannya.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang







Maksudnya :
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

008 - U-TURN or NO U-TURN DALAM KEHIDUPAN


Bagaimana memahami peranan kita dan sumbangan kita? Masih adakah yang masih keliru, atau kabur atau masih terumbang-ambing mencari jalan kehidupan? Musibah, dugaan, bencana, cabaran, bala, apa jua istilah dipakai, bertukar ganti mewarnai segenap penjuru kehidupan manusia. Ada yang meratap, merintih, berkongsi kesedihan, dan ada yang mengambilnya sebagai iktibar. Ada yang telah menemui persimpangan, mengelak jalan onak duri, beralih arah setelah menemui jalan lurus. Kehidupan perlu diteruskan. Percikan, biasan dan tempias daripada sandiwara kehidupan dan musibah yang berlaku, memaksa kita membetulkan landasan kehidupan. Memberi 'check & balance', 'alignment' dan 'tuning' kepada corak dan gaya hidup masing. Bertuahlah mereka yang telah mendapat kesedaran dan jawapan kepada ujian-ujian ini. Tidak lagi diulit mimpi ngeri atau indah. Bertuahlah mereka yang telah dapat merungkai persoalan-persoalan kehidupan dan memahami 'priority'nya serta dapat menghayati secara 'holistic' sehingga ke akar umbi.


Sama-sama kita timbal balik baik dari segi tugasan masing-masing di tempat kerja, sikap dan juga cara minda berfikir. Ujian dan peringatan mungkin disebabkan ketelanjuran, kejahilan atau terlalu 'over-exposed' kepada dunia material.


Bercakap tentang minda dan sikap, ada yang sukar berubah, susah mengkongsi 'core-value'. Kadang-kadang tekanan tuntutan keduniaan, dan minda materialistik membelenggu diri. Ini bukan masalah baru kepada kita.


....Ingatlah sebahagian besar hanyalah milik sementara kita.


Tuesday, September 15, 2009

007 - SATU MALAYSIA ATAU MENYATUKAN MELAYU


Slogan Bersih, Cekap dan Amanah, kemudian Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, dan sekarang Satu Malaysia, menerobos Malaysia ke Persada yang penuh dengan harapan dan impian indah dan berwarna warni. Persoalannya, dimanakah titik pertemuan sebenar antara kaum-kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. Adakah kerana sikap tolerasi, bertolak ansur, sanggup menerima dengan hati terbuka, ataupun prinsip-prinsip perjuangan sejagat berdasarkan titik-titik persamaan yang masih kita tercari-cari.

Mengujudkan bangsa Malaysia yang boleh keluar daripada bertindak jauh dari tembok etnik yang sekian lama bersarang dihati bukannya mudah. Apatah lagi mencanai sikap saling percaya dan hormat-menghormati pada setiap individu telah dicemari dengan kelantangan bersuara dan budaya pemikiran sempit. Tambahan pula telah diwarwarkan, dengan wujudnya generasi xyz, generasi ikutan yang telah lupa fakta sejarah, hanya melihat demokrasi semata-mata sebagai wadah perjuangan. Kita perlu kembali melihat konsep pendakwahan, nilai-nilai agama sebagai titik yang boleh menyatukan manusia. Perlu ada konsep menerima dan bukan semata-mata tolerasi, kembalikan semula sistem pendidikan sebagai satu jalan penyatuan. Dan paling penting kita perlu berani menyelami ke dasar masalah dan isu sebenar..


006 - MUTIARA KATA MILLENNIUM



  • SENYUMAN.....PEMBUKA SEGALA-GALANYA.

  • ACUAN MINDA..... ADALAH KRITIS, KONSTRUKTIF DAN KREATIF.

  • KASIH SAYANG..... PERLU DIPAMIRKAN BUKAN DILUAHKAN.

  • KUNCI BUDAYA ILMU..... ADALAH SYAHADAH.

  • KUNCI KEMENANGAN..... ADALAH SABAR.

  • KUNCI KEBAIKAN..... ADALAH BERCAKAP BENAR.

  • KUNCI MAKSIAT..... ADALAH KESOMBONGAN.

.........Berpegang Teguhlah kepada Prinsip Hidup yang Betul lagi Benar.

005 - MENGENALI MEREKA YANG KUAT EGO


Ego perlu ada pada setiap orang. Apatah lagi kepada seorang lelaki. Ego sepatutnya merupakan lapisan kecil dari sifat manusia. Iman, taqwa, sabar, rendah diri, bijaksana, yang paling penting perlu ditonjolkan oleh kita. Jangan biarkan ego bertakhta di hati dan menguasai diri. Namun begitu maruah tidak tercemar sekiranya kita meletakkan ego di penjuru kecil pada hati atau di sudut terpencil pada minda. Tidak perlu bermain-main dengan perasaan, tidak perlu melayan emosi dan tidak perlu mempromosikan diri kita lebih hebat daripada orang lain. Orang yang kuat ego amat mudah dikenali:


  • Mereka susah mengukir senyuman - sering senyum sinis dan sumbing serta tidak ikhlas.

  • Tidak mahu meminta nasihat, apatah lagi mendengar dan menerima nasihat.

  • Suka menegak benang yaang basah, ada sahaja alasan dan tidak menghargai pandangan orang lain.

  • Terlalu suka berdebat, membuat kritikan dan menonjolkan diri tanpa keperluan.

....Cermin-cerminkanlah diri, semuga peribadi kita terhindar dari sifat ego yang terlampau.

004 - KECEMERLANGAN DIRI



CEMERLANG selalunya dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. 0leh yang demikian, budaya kerja yang hendak dibentuk oleh sesebuah organisasi hendaklah menggambarkan komitmen pihak pengurusan meningkatkan kualiti dan produktiviti. Usaha untuk mencapai tahap cemerlang dari sudut kualiti tidak ada penamatnya kerana ia merupakan satu usaha yang berterusan. Apabila kita mencapai satu tahap yang cemerlang, terdapat tahap yang lebih tinggi yang perlu dicapai.


"...Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar."


Bagi memupuk kecemerlangan diri, individu perlu penuh berkeyakinan tinggi, berwibawa, bijaksana, dan senantiasa memikir ke hadapan.


Monday, September 14, 2009

003 - Membentuk Ciri-Ciri Positif Dalam Diri & Berminda Proaktif


Seseorang yang berminda positif dan proaktif kuat umpama besi waja. Semakin dibakar oleh api perjuangan semakin teguh menghadapi cabaran kehidupan. Tidak gawat idea dan dapat menyumbang. Pujuk dan asuh minda berfikir secara rasional dan logik. Serapkan dan pupukkanlah ciri-ciri ini dalam diri.



  • Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.

  • Tidak menyalahkan keadaan.

  • Memahami dan mencari jalan memperbaiki diri.

  • Senantiasa bangun apabila jatuh.

  • Mendengar dahulu pendapat orang lain.

  • Melihat peluang dalam kegawatan.

  • Bertakafur dan berfikir tentang makhluk ALLAH dan alam semesta.

Renung-renungkanlan....................Masa untuk berubah.

002 - Perihal Minda


Minda yang hebat dan menyumbang dimiliki oleh mereka yang apabila bercakap senantiasa mengeluarkan idea-idea dan pandangan yang proaktif dan membina, serta ikhlas berkata-kata.

Minda yang pertengahan menjadikan cerita dan peristiwa, dan kisah nostalgia masa silam sebagai perbualan di mana-mana. Sering terdengar oleh kita mereka bercerita, menokok tambah berita, ketawa dan berjenaka, serta mengulang-ulang skrip cerita yang sama.

Minda yang sempit membincangkan hal orang, mengata dan sekali sekala mengutuk, dari satu insan ke lainnya, serta menyalahkan orang di sekelilingnya sekiranya tidak berpuas hati atas sesuatu perkara.

Minda yang paling sempit asyik membincangkan hal diri sendiri, self-centered, tidak peka masalah orang lain, selalu bersikap materialistik dan sering berada dalam angan-angannya yang tersendiri.

Jadi, dimanakah kedudukan kita, di antara celah-celah atau posisi mana? Demi masa yang beredar tanpa henti, kesedaran perlu dan latihlah minda kita mengeluarkan ldea-ldea.
.....Sayangi diri kita.

Sunday, September 13, 2009

001 - Dunia Tanpa Sempadan - Apa Peranan Kita?


Keperluan mempunyai blog sendiri benar-benar mendesak dalam kehidupan seharian. Blog menjadi platform meluahkan idea dan buah fikiran, memberi kritikan membina terhadap isu tertentu. Malah ia dapat dikongsi dan disebarkan kepada warga cyber ke seluruh di pelusuk dunia. Kita perlu menyumbang dan mencetus minda ke arah kehidupan yang lebih positif. Percambahan idea amat diperlukan dan pemikiran perlu lebih kreatif. Sumber kekuatan asas manusia seperti iman, ilmu dan taqwa menjadi tonggak pembudayaan ilmu masakini. Perjuangkan dan sumbangkan kepada kehidupan sejagat. Pupuklah jalan kehidupan supaya lebih pintas, lurus dan lagi benar. Anggaplah ini sebagai satu peranan tambahan setiap individu yang cintakan kedamaian, kebenaran dan kebijaksanaan.
......Selamat menyahut cabaran.