BERKONGSI TAZKIRAH SUBUH YB ATUK HADIRI PAGI NI – JUMAAT 26 RAMADAN 1437H……. BURU, CARI, KEJARLAH LAILATULQADR… JANGAN BIARKAN RAMADAN BERLALU BEGITU SAJA. Banyakkan berdoa di bulan Ramadan kerana Ramadan bulan mustajab doa – Allah mendengar setiap doa dan tidak menyukai, benci orang yang tidak mahu berdoa. Doa yang paling cepat Allah makbulkan di bulan Ramadan, doa tiga golongan 1. Orang yg dizalimi…2. Mereka yg bermusafir & 3. Doa ibubapa pada anak2. Namun perlu disedari juga 10 perkara mengapa doa ditolak: 1. Mereka yg mengenal Allah tapi tidak taat perintahNya. 2. Mereka yg mencintai rasul tapi tinggalkan sunnahnya. 3. Membaca Al Ouran tetapi tidak memahami isinya. 4 Mendapat nikmat Allah tetapi tidak bersyukur. 5. Tahu syaitan itu musuh yang nyata tetapi tidak melawannya. 6. Mengetahui Lailatulqadr tetapi tidak mencarinya. 7. Mengetahui neraka itu benar tetapi tidak menjauhinya. 8. Tahu kematian pasti berlaku tetapi tidak bersiap sedia. 9. Mereka yg tatkala bangun tidur, ingatka aib orang tetapi lupa aib sendiri. 10. Mereka yg pergi ke kubur, tetapi tidak mengambil ikhtibar. Banyakkan membaca SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR (Maha Suci Allah, segala puji milik Allah, tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar). Semuga doa kita dimustajabkan Allah di penghujung Ramadan mulia ini.
Di SUBUH HENING 27 RAMADAN 1437H.....MENANGISLAH SEMAHU2NYA SESAMPAINYA 27 RAMADAN…. YB Atuk bermuhasabah diri sendiri. “Wahai kaumku, Apakah engkau lupa janjimu sejak azali?… Mengapa kamu masih lagi tidak benar2 beriman kepada Allah padahal Rasul2 telahpun menyeru kamu supaya kamu beriman kepada Tuhanmu, Allah Yang Esa. Mengapa masih berlengah2, tidak bersungguh2 terhadap menzahirkan amalan2mu terhadap keEsaan Allah ” Tidakkah kamu hingga ketika ini sudah diberi petunjuk dengan turunnya AlQuran sebagai peringatan bagi umat manusia? Masihkah kamu menjadi insan yang pelupa..jahil & ingkar...tidak mahu melihat dengan mata hati???
No comments:
Post a Comment