MELINTASI SYAWAL 1437H….APA YG BAKAL & BOLEH KITA TINGGALKAN…Nama..Pangkat atau Harta?…Matinya anak Adam itu akan meninggalkan segala galanya kecuali tiga….Doa anak yang soleh, Sedekah amal jariah ketika hidup & Ilmu2 yang bermanfaat. Berniatlah coretan & bingkasan kita di FB ini menjadi cebisan iimu yg boleh mendatangkan manfaat … Boleh dijadikan ia sebagai satu landasan atau sempadan mengharungi kehidupan di dunia ini kepada orang lain….bukan untuk mengaib sesiapa..dan juga bukan untuk membangga diri….sebagai tanda syukur atas nikmat Allah yang tidak mahu kita dustakan….juga sebagai doa & harapan kepada anak2 bagi mewarisi iman & taqwa…… Semuga amalan2 baik terus mendapat keredhaan Allah, menjadi pahala yg terus mengalir sehingga ke hari Kiamat. Allahu Akbar.
BLOG DRANUARAMIR UTM - Blog ini bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan generasi muda sebagai Pemangkin Generasi akan datang - Sebarang pendapat dan komen membina amat dialu-alukan.
Wednesday, July 20, 2016
173 - BUMI & KITA SAMA2 SEMAKIN TUA
BUMI & KITA SAMA2 SEMAKIN TUA… Semakin tua umur, sepatutnya semakin kita mengenal diri, dunia dan kejadiannya ….boleh membezakan mana yang benar, betul dan mana yang salah & mana yg boleh dipercayai & perlu diikuti. Berubah dari terlalu sibuk dgn duniawi & perhiasannya kepada mengumpul bekalan ke akhirat. Sibukkan diri dengan persiapan menghadapi mati. Tinggalkanlah perkara2 yg lara..& sia2. Sebaliknya,.Ingat.. detik kematian kian menghampiri.. Jadikan saki baki umur kita, umur yang bermanfaat. Setiap detik umur kita bertambah. tingkatkan kebijaksanaan ke arah menghampirikan diri dengan Allah S.W.T. Pergunakanlah bonus umur kita yang masih tinggal ini untuk mempertingkatkan amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan, jadikan setiap saat berlalunya masa di isi dengan pahala & ibadah..Tatkala peringkat umur tua ini, selalulah berdoalah "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwaku & zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam yang tunduk patuh kepadaMu." (Surah Al-Ahqaf Ayat 15).
172 - MUHASABAH MENYAMBUT SYAWAL
MUHASABAH MENYAMBUT SYAWAL.. DI PAGI RAYA…Mendahuluilah ziarah & berjumpa orang tua sebelum menziarah ke mana2….. sekurang2nya hubungi org tua di pagi syawal sekiranya kita di perantauan atau tiada kesempatan bersama…. walaupun kita telah beranak pinak..bermenantu & bercucu.. Kecil hati ibu & ayah usah ambil mudah…. Mohon restu & ampun maaf…Selepas solat raya, perkara yang muliakan terlebih dahulu adalah ibu bapa, namun….masih ramai anak2 terlepas pandang..
171 - IKTIBAR SILATURRAHIM SYAWAL
IKTIBAR SILATURRAHIM SYAWAL…Mutakhir ini, ada hubungan silaturrahim adik beradik, yg tawar hambar. Bulan syawal merupakan waktu menyambung & merapatkan kembali silaturrahim walaupun ada hati2 pernah terguris luka…atau ada hati2 yg penuh dengan irihati..dengki..cemburu dengan kelebihan saudara lain. Marah & benci…kufur nikmat juga yg berada di dalam hati akan menghalang pintu hati drp memahami ilmu2 agama & hukumhakam…menggelapkan hati & berada dalam kerugian. Campakkanlah sifat ego…. malu.. di bulan Syawal… Merapatkan kembali silaturrahim menjadikan kehidupan lebih indah dan harmoni…& FB juga boleh memainkan peranan.
170 - MENZIARAH KUBUR DI AIDILFITRI
MENZIARAH KUBUR DI AIDILFITRI……Tidak menjadi kesalahan menziarah kubur & membaca ayat-ayat al-Quran seperti al-Fatihah, ayat Kursi, surah Yasin, surah al-Takathur, surah al-Ikhlas dll. walaupun di awal syawal. Tanamkan niat untuk meningkatkan keimanan… ketakwaaan… keinsafan dalam diri bagi mengingati mati… supaya kita tidak leka dengan nikmat dunia & mengamalkan hidup bersederhana. Sama2 kita berdoa semoga Allah memberikan rahmat dan maghfirahNya kepada roh2 yg telah pergi.
168 - FOR MEN ONLY....
CORETAN YB ATUK 28 Ramadan 1437H.....UNTUK LELAKI SAHAJA. SELEPAS BERGELAR YB PENCEN ni, YB Atuk berkesempatan memasak almost hari-hari.. Membantu menyediakan makan-minum, Mengemas rumah..Membasuh & Mencuci kain baju…ke pasar..ke TESCO..Giant..JUSCO, Mydin, UO, Econsave, E-mart, Kipmart, Aeon Big, Parkson, Sakan, Fresco, Family store, Maslee; bagi mengurus & membeli stok barang keperluan rumah …Melayan cucu2 & anak bujang, Sekali sekala menjahit seluar koyak, mendorong & memberi motivasi kepada anak & isteri, . DAN PERCAYAlah, semua tugasan rumahtangga menjadi mudah seandainya kita melakukannya kerana ALLAH bukan untuk sesiapa. Perlu kaum lelaki sedari, Isteri kita tidak sekuat kita…cara fikirnya tidak macam kita…leterannya selalunya terlebih, emosinya tidak seperti kita – mudah menangis, tingkahlakunya menyinga tapi tidak sekasar kita, isteri bersikap mudah mengikut kata emosi.. Pandangan matanya lebih wide angle tapi short sighted, berbanding dgn kita yg long sighted & focus. Jadi jika dah jadi YB, BERSEDIALAH MEMBANTU, Barulah isteri tak penat sangat dan ceria selalu.
167 - MASJID Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru.
MASJID Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru...Lokasi yang baik...Parking banyak betul...Ada air-con lagi selesa..Ruang berwuduk bersih...Ikut highway boleh..ikut Jalan Bukit Mutiara lalu Taman2 pun ok...Kejiranan 10 & 11, ada surau..ada tak datang bertarawih ke Masjid...Sayang Masjid besar...Ada siaran live..untuk Tazkirah & Kutbah Jumaat di FB...Ramai hadir semasa majlis berbuka puasa ..ada setiap hari...Syabas & Tahniah kpd AJK Masjid,...tapi YB Atuk dari Perling.
Friday, July 1, 2016
166 - BURU, CARI, KEJARLAH LAILATULQADR…
BERKONGSI TAZKIRAH SUBUH YB ATUK HADIRI PAGI NI – JUMAAT 26 RAMADAN 1437H……. BURU, CARI, KEJARLAH LAILATULQADR… JANGAN BIARKAN RAMADAN BERLALU BEGITU SAJA. Banyakkan berdoa di bulan Ramadan kerana Ramadan bulan mustajab doa – Allah mendengar setiap doa dan tidak menyukai, benci orang yang tidak mahu berdoa. Doa yang paling cepat Allah makbulkan di bulan Ramadan, doa tiga golongan 1. Orang yg dizalimi…2. Mereka yg bermusafir & 3. Doa ibubapa pada anak2. Namun perlu disedari juga 10 perkara mengapa doa ditolak: 1. Mereka yg mengenal Allah tapi tidak taat perintahNya. 2. Mereka yg mencintai rasul tapi tinggalkan sunnahnya. 3. Membaca Al Ouran tetapi tidak memahami isinya. 4 Mendapat nikmat Allah tetapi tidak bersyukur. 5. Tahu syaitan itu musuh yang nyata tetapi tidak melawannya. 6. Mengetahui Lailatulqadr tetapi tidak mencarinya. 7. Mengetahui neraka itu benar tetapi tidak menjauhinya. 8. Tahu kematian pasti berlaku tetapi tidak bersiap sedia. 9. Mereka yg tatkala bangun tidur, ingatka aib orang tetapi lupa aib sendiri. 10. Mereka yg pergi ke kubur, tetapi tidak mengambil ikhtibar. Banyakkan membaca SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR (Maha Suci Allah, segala puji milik Allah, tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar). Semuga doa kita dimustajabkan Allah di penghujung Ramadan mulia ini.
Di SUBUH HENING 27 RAMADAN 1437H.....MENANGISLAH SEMAHU2NYA SESAMPAINYA 27 RAMADAN…. YB Atuk bermuhasabah diri sendiri. “Wahai kaumku, Apakah engkau lupa janjimu sejak azali?… Mengapa kamu masih lagi tidak benar2 beriman kepada Allah padahal Rasul2 telahpun menyeru kamu supaya kamu beriman kepada Tuhanmu, Allah Yang Esa. Mengapa masih berlengah2, tidak bersungguh2 terhadap menzahirkan amalan2mu terhadap keEsaan Allah ” Tidakkah kamu hingga ketika ini sudah diberi petunjuk dengan turunnya AlQuran sebagai peringatan bagi umat manusia? Masihkah kamu menjadi insan yang pelupa..jahil & ingkar...tidak mahu melihat dengan mata hati???
Di SUBUH HENING 27 RAMADAN 1437H.....MENANGISLAH SEMAHU2NYA SESAMPAINYA 27 RAMADAN…. YB Atuk bermuhasabah diri sendiri. “Wahai kaumku, Apakah engkau lupa janjimu sejak azali?… Mengapa kamu masih lagi tidak benar2 beriman kepada Allah padahal Rasul2 telahpun menyeru kamu supaya kamu beriman kepada Tuhanmu, Allah Yang Esa. Mengapa masih berlengah2, tidak bersungguh2 terhadap menzahirkan amalan2mu terhadap keEsaan Allah ” Tidakkah kamu hingga ketika ini sudah diberi petunjuk dengan turunnya AlQuran sebagai peringatan bagi umat manusia? Masihkah kamu menjadi insan yang pelupa..jahil & ingkar...tidak mahu melihat dengan mata hati???
Subscribe to:
Posts (Atom)