Tuesday, March 19, 2013

144....MUHASABAH DIRI.

MUHASABAH DIRI…. Nikmat lahir sebagai seorang Islam, Nikmat kesempurnaan panca indera, Nikmat kesihatan, Nikmat keberkatan ilmu, Nikmat panjang umur, Nikmat rezeki kehidupan ekonomi, Nikmat sayang dan menyayangi, Nikmat hidup berpasangan, Nikmat hidup berkeluarga, Nikmat mendidik zuriat, Nikmat tempat tinggal yang selesa, , Nikmat keamanan tempat tinggal & negara, Segala Nikmat zahir dan batin, Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? .…Ya Allah, ampunkan kesalahan, kejahilan dan kealpaan kami. Berilah hidayat pada saki baki kehidupan ini untuk lebih mendekati denganMu dan mensyukuri nikmat2 yang telah Engkau kurniakan. Ya Allah, hindarkan kami dari kufur nikmat yang hanya akan mendatangkan azabMu. Kami amat bersyukur atas kemurahan kurniaanMu. Hindarkan kami hidup dalam kepura-puraan..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


 (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.


Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.


Dialah yang telah menciptakan manusia.


Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.


Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.


Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.


Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan.


Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.


Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.


Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.


Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang.


Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Terjemahan Surah Ar-Rahman ayat 1-13)

Monday, March 4, 2013

143 - HHAH...APA TU PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH....TOWN PLANNER??



TOWN PLANNER adalah satu profession kerjaya ‘broadly based discipline’ yang sesungguhnya mempunyai kepakaran pelbagai bidang, meliputi aspek2 ‘strategic planning’, ‘development plan’, ‘urban design’, ‘environmental/social impact assessment’, ‘land use planning’ yang berkaitan dengan perancangan perumahan, kawasan perniagaan, pembangunan industri, ‘heritage planning’, ‘tourism planning’ dan juga perancangan sosial.
Tugasan bagi kerjaya Town Planner juga begitu luas dan terlatih mahir dalam 14 tugasan berikut:
1.Kemahiran membentuk objektif jangka panjang pembangunan untuk perubahan masa depan pembangunan fizikal satu-satu kawasan,
2.Kemahiran menjalankan kajian dan penyiasatan tapak untuk satu2 pembangunan,
3.Kemahiran mengumpul dan menganalisis maklumat faktor2 fizikal, ekonomi, sosial, undang2, politik/pentadbiran, sosiobudaya dan alam sekitar yang memberikan kesan pada pembangunan guna tanah pada satu2 kawasan,
4.Kemahiran berinteraksi dan berbincang dengan masyarakat setempat, pihak pemaju, swasta dan organisasi kerajaan,
5.Kemahiran merancang pembangunan baru atau kawasan2 pembangunan semula dan menasihati Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai isu-isu perancangan bagi projek-projek seperti pembangunan di pinggir bandar, membina rangkaian jaringan pengangkutan, kawasan perindustrian, kompleks niaga dan pembangunan perumahan,
6.Kemahiran merangka pelan pembangunan atau pelan pembangunan semula dan menilai cadangan-cadangan dari segi faedah, risiko dan kos serta mencadangkan bagaimana skim pembangunan tersebut boleh dilaksanakan,
7.Kemahiran menyediakan pelan ‘subdivision’ dan susunatur dalam kawasan bandar dan luar bandar, mengambil kira keperluan pelbagai kegunaan tanah termasuk kediaman, ruang awam, kawasan lapang, sekolah dan kedai-kedai,
8.Kemahiran menyedia dan menyelaras kajian impak ekonomi, sosial dan alam sekitar,
9.Kemahiran menyediakan bukti2 bagi rayuan dan bagi pertikaian perancangan sekiranya berlaku,
10.Kemahiran berunding dengan/dan bertindak sebagai pembela, ‘interest’ kumpulan masyarakat atau pemaju,
11.Kemahiran membantu pemaju mendapatkan permit perancangan dan aspek legal bagi satu2 projek,
12.Kemahiran merekabentuk strategi-strategi bagi pembangunan, penggunaan tanah dan sumber2 di lokasi-lokasi tertentu,
13.Kemahiran mensyorkan tindakan2 ‘implementation’ bagi memastikan keperluan setempat dipenuhi, dengan mengambil kira faktor seperti kemudahan awam, komuniti, peluang pekerjaan, perumahan dan eksessibiliti penduduk,
14.Kemahiran menyelia dan menasihati syarikat2 swasta dan pemaju dalam merancang projek2 pembangunan.