BLOG DRANUARAMIR UTM - Blog ini bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan generasi muda sebagai Pemangkin Generasi akan datang - Sebarang pendapat dan komen membina amat dialu-alukan.
Monday, April 22, 2013
Tuesday, March 19, 2013
144....MUHASABAH DIRI.
MUHASABAH DIRI…. Nikmat
lahir sebagai seorang Islam, Nikmat kesempurnaan panca indera, Nikmat kesihatan,
Nikmat keberkatan ilmu, Nikmat panjang umur, Nikmat rezeki kehidupan ekonomi, Nikmat
sayang dan menyayangi, Nikmat hidup berpasangan, Nikmat hidup berkeluarga, Nikmat
mendidik zuriat, Nikmat tempat tinggal yang selesa, , Nikmat keamanan tempat
tinggal & negara, Segala Nikmat zahir dan batin, “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu
hendak dustakan?” .…Ya Allah, ampunkan kesalahan, kejahilan dan kealpaan kami. Berilah
hidayat pada saki baki kehidupan ini untuk lebih mendekati denganMu dan
mensyukuri nikmat2 yang telah Engkau kurniakan. Ya Allah, hindarkan kami dari
kufur nikmat yang hanya akan mendatangkan azabMu. Kami amat bersyukur atas kemurahan
kurniaanMu. Hindarkan kami hidup dalam kepura-puraan..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Dialah yang telah menciptakan manusia.
Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan.
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang.
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Terjemahan Surah Ar-Rahman ayat 1-13)
Monday, March 4, 2013
143 - HHAH...APA TU PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH....TOWN PLANNER??
TOWN PLANNER adalah satu profession kerjaya ‘broadly based discipline’ yang sesungguhnya mempunyai kepakaran pelbagai bidang, meliputi aspek2 ‘strategic planning’, ‘development plan’, ‘urban design’, ‘environmental/social impact assessment’, ‘land use planning’ yang berkaitan dengan perancangan perumahan, kawasan perniagaan, pembangunan industri, ‘heritage planning’, ‘tourism planning’ dan juga perancangan sosial.
Tugasan bagi kerjaya Town Planner juga begitu luas dan terlatih mahir
dalam 14 tugasan berikut:
1.Kemahiran membentuk objektif jangka panjang
pembangunan untuk perubahan masa depan pembangunan fizikal satu-satu kawasan,
2.Kemahiran menjalankan kajian dan penyiasatan tapak
untuk satu2 pembangunan,
3.Kemahiran mengumpul dan menganalisis maklumat
faktor2 fizikal, ekonomi, sosial, undang2, politik/pentadbiran, sosiobudaya dan
alam sekitar yang memberikan kesan pada pembangunan guna tanah pada satu2
kawasan,
4.Kemahiran berinteraksi dan berbincang dengan
masyarakat setempat, pihak pemaju, swasta dan organisasi kerajaan,
5.Kemahiran merancang pembangunan baru atau kawasan2
pembangunan semula dan menasihati Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan
mengenai isu-isu perancangan bagi projek-projek seperti pembangunan di pinggir
bandar, membina rangkaian jaringan pengangkutan, kawasan perindustrian,
kompleks niaga dan pembangunan perumahan,
6.Kemahiran merangka pelan pembangunan atau pelan
pembangunan semula dan menilai cadangan-cadangan dari segi faedah, risiko dan
kos serta mencadangkan bagaimana skim pembangunan tersebut boleh dilaksanakan,
7.Kemahiran menyediakan pelan ‘subdivision’ dan
susunatur dalam kawasan bandar dan luar bandar, mengambil kira keperluan
pelbagai kegunaan tanah termasuk kediaman, ruang awam, kawasan lapang, sekolah
dan kedai-kedai,
8.Kemahiran menyedia dan menyelaras kajian impak
ekonomi, sosial dan alam sekitar,
9.Kemahiran menyediakan bukti2 bagi rayuan dan bagi
pertikaian perancangan sekiranya berlaku,
10.Kemahiran berunding dengan/dan bertindak sebagai
pembela, ‘interest’ kumpulan masyarakat atau pemaju,
11.Kemahiran membantu pemaju mendapatkan permit perancangan
dan aspek legal bagi satu2 projek,
12.Kemahiran merekabentuk strategi-strategi bagi
pembangunan, penggunaan tanah dan sumber2 di lokasi-lokasi tertentu,
13.Kemahiran mensyorkan tindakan2 ‘implementation’
bagi memastikan keperluan setempat dipenuhi, dengan mengambil kira faktor
seperti kemudahan awam, komuniti, peluang pekerjaan, perumahan dan
eksessibiliti penduduk,
14.Kemahiran menyelia dan menasihati syarikat2 swasta
dan pemaju dalam merancang projek2 pembangunan.
Saturday, March 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)