Wednesday, October 17, 2012

141 - SENARIO & FENOMENA Pembangunan Suburban di Metropolitan Johor Bahru….


‘Unbundling’ of Infrastructural Development...Pocket Development....Mega-Projects....High property and Land Value....LAND PRICES and Non-Affordability Housing.... Costly INFRASTRUCTURE AND AMENITIES planning.....?? Land Use Conflicts...‘High Volume Daily Commuting trips’.... 'Stress of Amenities’......Urban ‘life style’ Conflicts.....Traffic Congestion..... Too Compact Development.... Gated and Guarded and....Separated Community.. ....... Unsafe City???... Who needs  Regional Planning / A Regional Planner???...........




  1. Kg Melayu Lima Kedai , Kg Melayu Kangkar Pulai ( & Kg. Tradisi-Melayu, Kampung Baru/New Village yang tersepit dalam arus pembangunan projek-projek mega dan ‘new modern development’). 
  2. Pekan Gelang Patah (Pekan Lama bercampur dengan pembangunan baru – menanti redevelopment, upgrading & rehabilitation – infill & brownfield development )    
  3. Setia Eco-Garden – High-class & Modern living community. 
  4. Leisure Farm Housing Estate (High Class Residential Area, Konsep ‘international living’, Gated and guarded community)
  5. Nusa Jaya (New Township, Pusat Pentadbiran Baru – ‘a world in one city’, Legoland, Academic city, Regional development corridor, Incentives Zones,  Metropolis, medical centres, hotels, office buildings and hypermarkets).
  6. Bukit Indah  - Tesco, Jusco, Giants  Shopping Hypermarket. Hotel and big restaurant
                  - Taman Rekreasi Bukit Indah. business activities,
  1. Taman Perling - Uda Utama (Suburban Mix Development – strategic location – property speculation)
  2. Kg Telok Serdang (Penempatan Tradisi/Sementara – stress of amenities)
  3. Perkampungan Kempas (Perkampungan Rezab Melayu - )
  4. Bandar Dato’ Onn (Bandar Baru).
  5. Pembangunan sekitar Tebrau
    . Perumahan, Shopping Hypermarket, Hospital (Suburban Mix Development)
  6. Lebuhraya Senai-Desaru (Highway di Pinggir Bandar).
  7. Provision of Mega Infrastructure... The privatization of infrastructure development and Mega-Projects....and 'unbundling' of infrastructural development.

45 comments:

  1. waalaa....very cool and a very interesting group.

    ReplyDelete
  2. Interesting subject...congrate and keep up with the writing.

    ReplyDelete
  3. Many new modern buildings and mega development in Johor, but behind the grandeur of these buildings there are old buildings with the high historical value. Therefore it should be a good regional planning think the ways to develop one area that provide comfortable, safe place but still maintaining the buildings with high historical value.

    Sari Wahyuni
    2SBEP

    ReplyDelete
  4. arus pembangunan kini lebih mengutamakan golongan yang berpendapatan tinggi sahaja. hal ini kerana pembangunan seperti ini mendatangkan pulangan yang lebih banyak kepada mereka. perkara ini secara tidak langsung menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah mengalami masalah unutk mendapatkan tempat tinggal di kawasan bandar. para perancang bandar perlulah berusaha memikirkan cara yang terbaik untuk menghadapi masalah yang semakin meruncing ini. pelbagai masalah akan timbul sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera seperti masalah setinggan di kawasan bandar. perancang bandar perlulah merancang kawasan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah ini mampu memiliki rumah dan jarak yang tidak begitu jauh dari kawasan bandar. hal ini kerana golongan seperti ini kadangkala turut mengalami masalah pengangkutan. oleh itu, penyediaan perhentian bas dikawasan perumahan mereka akan dapat mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pinggir bandar.

    aimie aizat bin nor azmi
    2sbep

    ReplyDelete
  5. pembangunan suburban ialah pembangunan yang mencantumkan luar bandar dengan kawasan bandar. ia melibatkan peralihan jenis guna tanah, aktiviti ekonomi penduduk serta corak kehidupan masyarakat. selain itu, ia akan mengakibatkan pembangunan yang terlalu padat dan menggalakkan kesesakan lalu lintas. kebiasaannya suburban mengamalkan kawasan 'gated and guarded' dimana boleh menyebabkan pengasingan masyarakat. bagi kawasan suburban, kemudahan-kemudahan mestilah disediakan sepenuhnya bagi memudahkan masyarakat dikawasan itu. ini mengakibatkan kos yang tinggi bagi penyediaan prasarana di kawasan tersebut. kemudahan pengangkutan penting disediakan kerana ia membantu penduduk untuk keluar dari kawasan itu untuk pergi ke bandar. oleh itu, perancangan suburban perlulah dibuat dengan teliti supaya dapat memudahkan sesetengah masyarakat yang tiggal jauh dengan bandar dapat pergi ke kawasan bandar.

    mariani binti mohamad zainudin
    2sbep

    ReplyDelete
  6. Suburban merujuk kepada kawasan pinggir Bandar yang juga berfungsi sebagai penyokong kepada pusat bandar. Pembangunan suburban mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Kebaikannya adalah ia dapat menampung beberapa fungsi Bandar yang tidak lagi sesuai di Bandar, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat. Antara keburukannya pula ialah harga tanah meningkat, meningkatkan persaingan berniaga dan kesesakan lalulintas.
    Kebiasaanya, rakyat Malaysia khususnya lebih selesa memilih kawasan suburban sebagai tempat tinggal kerana jauh dari kesibukan kota. Namun akibat rebakan Bandar yang tidak terkawal, masalah-masalah kesesakan lalulintas juga mula menular ke kawasan suburban. Hal ini demikian kerana berlakunya pertukaran gunatanah. Contohnya apa yang sedang berlaku di Kg. Melayu sekarang.
    Disinilah pentingnya peranan seorang perancang Bandar dan badan-badan organisasi berkaitan. Jika pembangunan di kawasan suburban tidak dikawal dan diawasi akan timbullah pelbagai masalah yang meruncing.

    AINEE KHATIJAH BINTI ZAINUDIN
    2SBEP 2012/2013

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..pada pendapat saya, kawasan suburban(pinggir bandar) juga merupakan kawasan yang tidak kurang pentingnya seperti kawasan bandar utama. kawasan suburban menghubungkan kawasan bandar utama dgn kawasan sekitarnya atau luar bandar. kawasan suburban kebiasaannya adalah terdiri drpd kawasan perumahan dan kedai-kedai kecil atau kilang-kilang kecil. Apabila berlaku rebakan bandar, kawasan suburban akan menerima kesan buruknya dimana kawasan suburban akan terdedah kepada masalah kesesakan(congestion)kerana kawasan suburban adalah kawasan yang tidak dirancang untuk mengatasi kesesakan sepertimana di kawasan bandar. Selain itu, kawasan suburban juga terdedah kepada peningkatan harga tanah yang pesat dan gangguan kesihatan akibat kebergantungan kepada kenderaan bermotor untuk ke tempat kerja di kawasan pusat bandar yang mana kenderaan itu menghasilkan gas-gas berbahaya kepada alam sekitar dan manusia. Di johor bahru, suburban mewujudkan satu konurbasi yang jelas melalui pertumbuhan penduduk dan pengembangan fizikal yang telah bergabung untuk membentuk satu kawasan bandar dan perindustrian maju yang berterusan.

    MOHAMAD SYAFIQ BIN IBRAHIM
    2SBEP A11BE0075

    ReplyDelete
  9. Suburban or suburb is normally being referred to a residential area which either appears as a part of the city or as a separate residential area within commuting distance of a city. Usually, suburbs have lower population density than inner city neighborhoods. The existence of suburban areas is mainly due to the improvement of transportation linkages and amount of vehicle users. Hence, such situation leads to the increase in the tendency of commuting around the city center as well as to further places. With the provision of integrated public transportation and vehicle ownership, suburbs can emerge and also act as a good support to the city center. Therefore, those who are working in the city need not worry about the issue of lack of affordable housing in the city since those residential areas in the city are sold at high price. Now, people are more likely to live in suburb since the housing units are still affordable and traffic congestion could possibly be avoided since the traffic capacity in suburban areas are much lower as compared to city center. By considering the distance between the main center of the city and suburbs, the location of suburbs surrounded the city is vital. Therefore, urban planners play a pivotal role in planning the city as their actions bring a huge impact and various implications to the people who are living there. Thus, planners have to carry out strategic planning especially in terms of physical so that people can have a better urban environment and make full use of it.

    By Chee Jun Yean
    2 SBEP

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    Sblum tu saya nak tnya Dr. apa tu stress of amenities?
    Okay, pada pendapat saya, suburban merujuk kepada kawasan luar bandar yang dipisahkan dalam jarak sesebuah bandar. Kebanyakan suburban mempunyai densiti populasi yang rendah, corak zoning yang memisahkan kawasan perumahan dan kawasan komersial, pembinaan rangkaian jalan raya yang hanya untuk selesakan penduduk contohnya lane way dan sebagainya. Tetapi pada zaman arus pemodenan ini, pembangunan suburban merupakan senario dan fenomena. Terdapat kekurangan dan kebaikan pembangunan suburban. Antara kebaikan pembangunan suburban adalah untuk menimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan paradigma, meningkatkan prasarana, meningkatkan peluang pekerjaan, membasmi kemiskinan dan meningkatkan pembangunan mapan. Hal ini menyebabkan banyak pembangunan yang tidak teratur dan berkelompok. Seterusnya, banyak kekuranganya, terutamanya dalam perancangan bandar. Fenomena rebakan bandar yang popular sering berlaku, kesesakan lalu lintas, konflik guna tanah, pembangunan yang berkelompok, peningkatan harga tanah dan sebagainya. Natijahnya,pembangunan suburban yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting kepada planner supaya pengurangan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar. Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya.

    Farah Nurizzati Bt Mohd Zaki
    2 SBEP A11BE0028

    ReplyDelete
  11. Semakin banyak projek-projek pembangunan dijalankan di kawasan pinggir bandar Johor Bahru sekarang. Fenomena ini telah membangunkan kawasan pinggir bandar dan meningkatkan kualiti hidup penduduk di pinggir bandar. Rangkaian jalan raya telah ditingkatkan untuk memudahkan penduduk ke pusat bandar. Semakin banyak projek perumahan di kawasan pinggir bandar juga dijalankan untuk memenuhi permintaan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya membeli rumah berharga tinggi di bandar. Namun begitu, perkembangan ini mendatangkan banyak impak negatif. Kesesakan lalu lintas berlaku disebabkan semakin banyak kenderaan di atas jalan raya. Selain itu, projek-projek pembangunan ini melibatkan tapak yang besar dan banyak hutan telah diterokai. Fenomena ini telah menyebabkan ekosistem terancam. Oleh itu, pembangunan yang terancang harus dijalankan oleh pihak yang berkaitan.

    Daripada Jenny Wong
    2 SBEP

    ReplyDelete
  12. When talking about suburban development, people always link it with modern living community, high class residential, mix infrastructure and so on. Suburban really provide lots of advantages, however we can not deny the shortage of the suburban development. In my opinion, the suburban will rise the private vehicle usage, even though the public transportation available. people who live in suburban are affordable private vehicle and they will like to use the private vehicle because of the distance is far from the city central or their working place. Moreover, due to the special weather such as rain, snow and dry in the sun, private vehicle may more comfortable than public transportation. therefore, with the increase number of private vehicle usage, the traffic congestion may happened in the city center.

    Lv Yang
    2 SBEP

    ReplyDelete
  13. ASSALAMUALAIKUM..
    suburban is happening just like a phenomena. it is happening here and there. as for me, suburban development is so much related to urban sprawl. one of the cause to suburban development is that the expending road system. we cannot avoid the suburban development to happen, hence despite having some bad impact of the development, we should take it at the bright side. suburb has been the choice for people nowadays to live in because of the lower cost of life and also away from the hectic life in the city. the facilities are also can be said as complete like in Taman Perling and Tebrau City, which are the suburban mix development.
    as to overcome the bad impact of this kind of development, there are some improvement can be done. for instance, implement the Transit Oriented Development (TOD) in the suburban to encourage people to use the public transport as to reduce the traffic congestion.

    IKLIL NABIHAH BINTI ABU BAKAR
    A11BE0044
    2 SBEP

    ReplyDelete
  14. Salam,pada pendapat saya,suburban ini merupakan kawasan pemisah antara bandar dan luar bandar.Kebanyakkan perancang bandar pada zaman sekarang lebih menumpukan pembangunan di kawasan bandar sahaja tanpa mengambil kira aspek yang lain.Secara tidak langsung,ini akan menyebabkan pembangunan yang tidak sekata.Jika dilihat secara rawak,peluang pekerjaan,kemudahan pengangkutan dan kemudahan-kemudahan yang lain lebih banyak disediakan di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.Ini mungkin silapnya perancang bandar dalam merancang sesuatu kawasan tanpa mengambil kira aspek yang lain.Contohnya,kebanyakkan rumah yang dibina dikawasan bandar adalah untuk orang yang berpendapatan tinggi kerana ini akan mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pihak pemaju dan ini menyukarkan orang yang berpendapatan rendah untuk mencari tempat tinggal di kawasan bandar.Disebabkan ini,wujudnya kawasan setinggan di pinggir bandar.Salah siapakah ini?kemudahan awam juga kurang dikawasan luar bandar dan menyebabkan sukarnya untuk mereka pergi ke tempat kerja.Secara keseluruhannya,pihak perancang bandar memainkan peranan yang penting dalam memastikan fungsi bandar itu sesuai untuk semua orang.

    ReplyDelete
  15. Scenario or phenomenon of the development of suburban in metropolitan of Johor Bahru can be seen in many other cities nowadays. It is a common issue that planner need to be aware of. Suburban means an outlying part of the city or residential area on the outskirts of a city or large town. As land has become scarce resource,the price of land increase tremendously as compared to old days. High dependency of automobile in city nowadays cause the development sprawled to outskirt of the city. Some people would prefer to live in suburban rather than in downtown as the living environment is better though they may need to commute to and fro to working place daily. Moreover, government usually pay less attention on the system of public transport in suburban.This may cause traffic congestion as everyone drives. In accordance, this may also leads to air pollution. The negative impact of uncontrolled development in suburban should not be overlooked. Proper planning is crucial to solve or control the happening of it before the city sprawling across.


    By SIM YIN WEI ,2SBEP

    ReplyDelete
  16. In my opinion, suburban development Johor Bahru is an on-going process in regional planning. As a part of the city, we may not able to impede the growth of suburban which is stimulated by the urban development simultaneously. Therefore, this is crucial to coordinate the balance the growth of urban and suburban development respectively. It is necessity for us to respect and concern the public interest and various organization before the development is progressed. In short, we need to implement various aspect survey for the development in order to create a better city for human being.

    Gan Kai Hui

    ReplyDelete
  17. Suburban merujuk kepada pencantuman pembangunan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Pencantuman kawasan bandar dengan luar bandar mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pembangunan. Antara kebaikannya adalah peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur, kemudahan pengangkutan dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Manakala keburukan suburnan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, pembangunan terlalu padat, persaingan dalam pekerjaan dan kos tanah yang tinggi. Oleh itu, pembentukan pembangunan Negara perlu dibuat dengan lebih teliti dan teratur supaya dapat memudahkan penduduk Negara kita. Secara umumnya, pihak perancangan bandar perlu memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan yang strategik kepada masyarakat.
    Nor Hidayah Binti Ripin
    2SBEP A11BE0110

    ReplyDelete
  18. An area or town located at the edge of an urban city. A suburb is contained either just within or just outside of the city boundaries. It is usually primarily a residential area, and is often dependent upon the nearby city for employment opportunities and other benefits.

    Benefits of suburban living:
    -less crime
    - more personal space
    -“to live closer to their workplaces and near transit.”

    disadvantages:
    -increase land value
    - urban sprawl
    - traffic congestion

    -KHAIRUNN NAJWA 2SBEP-

    ReplyDelete
  19. Pembangunan pada masa kini lebih mengutamakan keuntungan semata-mata sehinggakan perancang meminggirkan nilai-nilai estetik di sesuatu kawasan. Peningkatan pembangunan boleh menyebabkan berlakunya peralihan guna tanah utama sekaligus akan menyumbang kepada masalah rebakan bandar. Masalah ini akan memberi tekanan kepada kawasan suburban dimana akan berlakunya peningkatan harga tanah, masah kesesakan, perancangan tidak terkawal seperti kawasan perumahan berdekatan dengan kawasan industri berat. Pada pendapat saya, cara penyelesaian awal bagi menangani masalah ini adalah melalui smart growth. Usaha berterusan dalam menangani masalah ini perlu supaya pembanguna mampan dapat dicapai oleh semua pihak.

    MUHAMMAD ALIF YUZWAN BIN SAID
    2SBEP

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum....pada pendapat saya sebelum kita menilai sub-urban itu memberi impak positif atau negatif..kita perlulah mengetahui terlebih dahulu definisi sebenar apa itu sub- urban. Sub-urban merupakan kawasan pinggir bandar yang berada di persekitaran pusat bandar itu sendiri. Pembangunan yang semakin pesat seperti bandaraya Kuala Lumpur seolah-olah mendesak kewujudan berlakunya sub-urban dan akhirnya terjadi masalah perebakan bandar. Ini kerana sub-urban ini bertindak sebagai penyokong kepada pusat bandar dari segi peluang pekerjaan kerana apabila pusat bandar sudah tepu dengan pembangunan yang semakin pesat dan padat, maka di sinilah kita melihat kebaikan dan fungsi sub-urban sebagai sebuah bandar yang menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitarnya. Hal ini kerana apabila sebuah bandar sudah tepu dengan pembinaan dan pembangunan, maka harga tanah secara automatik akan menjadi semakin mahal disebabkan pemilikan tanah yang semakin terhad..ini akan mendatangkan kemudaratan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki tanah sebagai tempat kediaman, maka disinilah kita melihat keperluan fungsi sub-urban itu sendiri dalam membantu golongan seperti ini. Apabila penduduk memilih sub-urban sebagai tempat kediaman mereka,kebiasaanya mereka akan mendapatkan pekerjaan yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal untuk mengurangkan kos pengangkutan. oleh itu, dalam sesebuah sub urban ia menawarkan pekerjaan di samping menjadi kawasan tempat tinggal bagi golongan yang kurang berkemampuan. Namun disebalik kebaikan sub-urban ini, ia juga mendatangkan keburukan kerana berlakunya masalah perebakan bandar dimana pembangunan dibina kebiasaannya tidak mengikut piawaian perancangan sebenar dan 'zoning' adalah secara berkelompok dan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    Nurhayati Mohd Nazri
    2SBEP

    ReplyDelete
  21. Pada pendapat saya,pembangunan pinggir bandar mempunyai kebaikan dan keburukannya.Pembangunan pinggir bandar ini telah memajukan kawasan tersebut dan meningkatkan lagi kualiti hidup mereka dengan penambahan peluang pekerjaaan,rangkaian jalanraya dan kemudahan-kemudahan lain yang bagus.Kebanyakan pemaju memilih untuk melakukan pembangunan di kawasan luar bandar kerana permintaan yang tinggi di kawasan tersebut.Pembangunan pinggir bandar ini bertujuan bagi menampung keperluan pembangunan yang semakin meningkat di bandar.Namun,pembangunan pinggir bandar yang rancak boleh menyebabkan berlakunya rebakan bandar yang sangat ketara.Ia akan menimbulkan kesan-kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas,persiangan guna tanah dan sebagainya.Banyak tanah-tanah diterokai bagi melakukan pembangunan pinggir bandar ini.Kesimpulannya,perancangan yang teratur harus dilakukan bagi mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

    nur hasliza binti mamat 2sbep

    ReplyDelete
  22. Suburban mempunyai kelebihannya tertentu.Kelebihan tinggal di kawasan suburban bergantung kepada bandar,keperluan seseorang atau keluarga dan bergantung kepada kawasan pinggir bandar tertentu.Antara faktor yang menentukan kelebihannya adalah dari segi cukai hartanah,saiz harta,nilai hartanah,kadar ekonomi dan sistem pendidikan.Kelebihan ini dapat membantu penduduk yang datang dari taraf ekonomi yang rendah kerana kos rumah di kawasan ini lebih berpatutan berbanding kawasan bandar.Tetapi kawasan suburban boleh terjejas akibat dari urban sprawl kerana ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan ini.Selain itu,ia juga akan meningkatkan kadar kesesakan kerana kawasan ini lebih bergantung kepada kenderaan sendiri disebabkan jarak yang jauh dari kawasan bandar.Oleh itu,ia sudah menjadi kewajipan bagi Perancang bandar bagi mencari jalan penyelesaian yang dapat membantu dan menyelesaikan masalah di kawasan ini.Perancang tidak seharusnya menfokuskan pada kawasan bandar sahaja tetapi perlu menfokuskan kepada semua kawasan.

    Fazillah Ismail
    A11BE0030

    ReplyDelete
  23. salam.....pada pendapat saya, suburban merupakan proses percantuman bandar-bandar yang berdekatan dalam membentuk satu koridor pembangunan bandar di sebuah wilayah metropolitan. pembangunan di kawasan pinggir bandar mempunyai kesan baik dan buruk.kesan baik berlakunya pembangunan suburban di sekitar wilayah metropolitan ialah menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat dan meningkatkan pembangunan mampan di kawasan suburban. manakala kesan negatif yang berlaku akibat pembangunan di suburban seperti isu-isu alam sekitar, konfilk guna tanah dan spekulasi pasaran tanah. masyarakat luar bandar di pinggir metropolitan menghadapi masalah pengangkutan kesan pertambahan kegunaan kenderaan persendirian. masalah kesesakan lalu lintas berlaku disebabkan oleh tiada jalan alternatif, sistem jalan tidak mengikut hairarki dan wujudnya aktiviti guna tanah yang tidak sesuai di sekitar jalan raya utama.
    sebagai langkah untuk membendung masalah yang berlaku di suburban, pihak yang berwajib seperti perancang bandar dan organisasi yang terlibat harus memainkan peranan penting dalam merancangkan pembangunan yang lebih tersusun dan sistematik.

    KHALILAH BINTI MOHD ZAWAWI
    2SBEP

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...
    ke hadapan dr.anuar dan para pembaca sekalian....
    hadirnya saya disini adalah untuk menyatakan pendapat saya mengenai pembangunan di pinggir bandar...
    pada pendapat saya,pembangunan pinggir bandar mempunyai kesannya tersendiri sama ada dari segi positif ataupun negatif. Walaupun begitu,apa yang dikatakan impak daripada pembangunan pinggir bandar adalah apa yang dapat dirasa oleh penduduk yang mengalami pembangunan pinggir bandar itu sendiri.
    Antara kesan positif pembangunan pinggir bandar ini adalah dapat memajukan sesebuah kawasan pinggir bandar. Hal ini kerana,limpahan pembangunan di pinggir bandar dapat dirasa oleh semua penduduk pinggir bandar. Pembangunan pinggir bandar boleh terdiri seperti pembangunan kawasan komersial dan kawasan perumahan. Sebagai contohnya,sekiranya kawasan pinggir bandar dibangunkan dengan kawasan komersial,secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
    Pembangunan pinggir bandar juga dapat membandarkan kawasan tersebut. Namun begitu pembangunan tersebut haruslah bercirikan tempatan dan berorientasikan kawasan pinggir bandar tersebut. Hal ini kerana sekiranya sesebuah kawasan pinggir bandar tersebut merupakan kawasan yang majoritinya kampung Melayu maka seharusnya pembangunan pinggir bandar tersebut harusla mempunyai identiti asal kawasan pinggir bandar tersebut.
    Antara kesan negatif pembangunan kawasan pinggir bandar adalah boleh menyebabkan tekanan terhadap kepenggunaan guna tanah. Hal ini kerana,pembangunan yang pesat di kawasan pinggir bandar membolehkan para pemaju membawa limpahan pembangunan ke kawasan pinggir bandar tersebut. Hal ini kerana,tekanan guna tanah ini mungkin terjadi apabila berlaku pelbagai jenis pembangunan guna tanah di atas sesuatu kawasan.
    Selain itu,kesan negatif pembangunan pinggir bandar juga boleh menyebabkan peningkatan harga tanah di kawasan pinggr bandar. Hal ini kerana,pemaju akan berusaha untuk mendapatkan tanah di kawsan pinggir bandar untuk dimajukan.

    Sekian,terima kasih...

    Pecah kaca,pecah gelas,
    Lepas baca,harap balas....:-)

    HAFIZUDDIN BIN MOHD GHANI,
    2-SBEP 2012

    ReplyDelete
  25. Salam..
    Bagi saya suburban merujuk kepada kawasan pinggir bandar yang berperanan sebagai penyokong kepada pusat bandar. Ia berkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar.
    Funsi yang biasa dilakukan dalam suburban seperti petempatan dan perindustrian yang akan membentuk bandar baru untuk saling berinteraksi dengan bandar baru yang lain.
    Di dalam suburban ini juga terdapat kebaikan dan keburukan yang dapat dilihat seperti peningkatan dalam interaksi masyarakat, kesedaran kepada pembangunan baru dan juga kemudahan mendapatkan perkhidmatan bandar dan peningkatan kualiti hidup. Keburukan pula ialah Percanggahan aktiviti guna tanah dan juga Industri bercampur kediaman.

    MUHAMMAD HANIFF BIN MOHD TUHARNI
    2 SBEP

    ReplyDelete
  26. Of late, more developments are taking place in suburban areas in Johor Bahru. These developments comes with both the pros and cons. The good thing about development done in suburban areas is that people can connect to other places outside the urban area with the provision of road infrastructure, services, etc. Additionally, the pace of living in suburban areas is much slower as compared to living in urban areas. Besides that, houses in suburban areas are a lot more affordable and this could cater the needs of those with low to medium income. Development in suburban areas also gives rise to negative outcomes. More forest and agriculture lands are cleared to give way to these developments. Other than that, more provision of road infrastructures increase vehicle dependency and traffic problems; the obvious problem is traffic congestion. Also, more housing developments in the suburban areas are those for high class.

    MARCELLA DARES
    2SBEP

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum.
    Terlebih dahulu ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Anuar kerana memberikan kami ruang dan peluang untuk membicarakan mengenai topik yang dibincangkan berkaitan dengan “suburban”. Berdasarkan pemahaman saya mengenai suburban yang merupakan suatu kawasan yang terletak berdekatan dengan kawasan bandar ataupun bandar utama disesuatu kawasan yang telah dipengaruhi oleh pengaruh perbandaran dari pelbagai aspek iaitu ekonomi, fizikal, sosial, dan lain-lain. Suburban sebenarnya berfungsi sebagai penampung kepadatan yang wujud dibandar-bandar tidak kira dari segi bilangan penduduk, pembangunan, institusi dan sebagainya. Oleh sebab itulah, kawasan ini sering menerima tekanan dari segi pembangunan oleh kawasan bandar. Manakala, dari segi corak pembangunan kawasan pinggir bandar ini adalah mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan pembangunan kawasan bandar dan coraknya sentiasa berubah-ubah berdasarkan pelbagai faktor iaitu faktor fizikal, dasar pembangunan dan corak ekonomi bandar tersebut.
    Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa suburban banyak memberikan kepentingan kepada sesuatu bandar. Seperti dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan berpendapatan sederhana yang bekerja dikawasan bandar yang kurang mampu untuk memiliki rumah, kemudahan kesihatan dan lain-lain di bandar. Selain itu, suburban juga dapat mencorak pembangunan yang lebih mapan dikawasan bandar. Namun, disebalik kelebihan ia turut mendatangkan pelbagai kelemahan seperti menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas di kawasan pinggir bandar terutama diwaktu puncak, harga tanah dikawasan pinggir bandar turut melonjak tinggi, dan turut mewujudkan pelbagai konflik dalam guna tanah di kawasan ini.

    By Safwan Bin Shaari
    2SBEP A11BE0157

    ReplyDelete
  28. pada pendapat saya, suburban(pinggir bandar) adalah antara komponen yang penting dalam membangunkan bandar. hal ini kerana, jika dilihat dalam ontek malaysia. masyarakat terdiri dari pelbagai sturktur class sama ada yang berpendapatan tinggi atau rendah. dengan adanya suburban, ini dapat memberi ruang kepada orang yang berpendapatan rendah tinggal di kawasan bandar dimana setiap fasiltiesnya telah disediakan dengann lengkap.


    by zainatul asyhiin bintii zaidy
    2SBEP A11BE0198

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum.............
    pada pendapat saya, pembangunan yang dilakukan di kawasan pinggir bandar merupakan sesuatu tindakan yang tidak salah dan tindakan ini akan mendatangkan banyak impak positif kepada masyarakat dan juga negara. Kita boleh melihat impak-impak positif tersebut dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya. Contohnya, jika negara kita mengalami pembangunan yang baik dan terancang, negara kita akan menjadi tumpuan dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi negara.
    Namun, terdapat juga impak negatif yang akan dirasai oleh penduduk pinggir bandar. Comtohnya, pembangunan yang dilakukan akan menyababkan hilangnya tradisi atau nilai-nilai yang dipupuk oleh penduduk pinggir bandar. Di kawasan pinggir bandar, hubungan antara ahli masyarakat lebih kukuh jika dibandingkan dengan penduduk bandar. Apabila pembangunan dilakukan, nilai-nilai tersebut akan hilang dengan sendirinya tanpa kita sedari. Oleh itu, pengekalan terhadap nilai-nilai tradisi haruslah dikekalkan bagi melambangkan negara Malaysia yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. pihak yang terlibat dengan pembangunan bagi kawasan pinggir bandar haruslah memikirkan cara-cara bagi mengekalkan nilai-nilai tersebut.

    BASHIROH BINTI ISMAIL
    A11BE0014
    2SBEP

    ReplyDelete
  30. For my opinion, suburban happen because of urban sprawl which a low density development occur outside the border of higher density urban center or in the outskirt area. This refer to the situation where land use pattern are separated with each other. Usually, high cost residential or industrial. Suburban can be positive but as well as negative. The positive impacts are the residents in suburb area feel more secure because less crime occur. Besides that, suburb may produce more personal space as compare to the city. But for the negative impact suburb cause traffic congestion, less interaction between residential or lack of neighborhood sense and high crime.

    WAN NUR AIN NABILAH BT WAN MOHD RIDZUAN
    2SBEP
    A11BE0191

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum...
    pada pendapat saya,pembangunan suburban merupakan gabungan antara pembangunan luar bandar dan pembangunan bandar.pembangunan luar bandar bukan sahaja dapat memberi kesan positif kepada penduduk,namun ia juga dapat memberi kesan positif kepada kerajaan. Ini kerana dengan adanya pembangunan luar bandar,taraf hidup masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan. ekonomi negara juga meningkat dengan adanya pembangunan luar bandar. ini kerana pembangunan luar bandar dapat mewujudkan masyarakat yang aktif dalam meningkatkan taraf hidup seperti wujudnya iks2 di luar bandar.
    pembangunan luar bandar juga akan mewujudkan kesan negatif. Antaranya adalah berlakunya kesesakan lalu lintas, tekanan terhadap tanah dan sebagainya.oleh itu, pembangunan yang terancang perlulah dilakukan untuk mengelakkan kesan negatif daripada terus merebak di kawasan luar bandar.

    WAN ROZITA BINTI WAN ZAINON
    2SBEP
    A11BE0192

    ReplyDelete
  32. suburban areas also referred to as the suburbs. most of suburbs have lower population density than inner city neighborhood. the development of suburban areas is due to several factors. one is due to increasing population in the city center or district. thus, most lands were developed. in addition, the building of highways,seaport, new township and purpose-built shopping complexes are also the contributing factors. among the suburban areas in Johor are Pasir Gudang and MPJBT. however, based on a reliable resource i have read, most of the population who stay in these suburban areas are working in the center of Johor Bahru. this has caused a high trip generation along the route heading to the city center which is MBJB area. this leads to another serious problem- serious traffic congestion!apart from that, low-density suburban development reduces social interaction and weakening the bonds that underpin a healthy society. i also thought that the growth of urban fringe leads to decay of downtown area. that should be all from me.

    Efariza Abdul Hamit
    2sbep

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum.
    When we talk about suburban, what is the first thing in our mind ? From my personal view, I think suburban is an area where it is located around the urban area. What is the function? Generally, we can say that suburban and urban area are supporting each other in many aspects. they are linked together and people may travel/commute from urban to suburban area for different purposes. I mean, without urban area, there will no suburban and vice versa. In development, yes I agree that we are more focusing on urban area than suburban. This is because urban area gives more benefits, profits and revenue especially in commercial sector, land value, and mores. If there are too much suburban at the particular area, later on there will classified as conurbation where it is the mix of urban and suburban areas. As example, in Malaysia, we have Klang Valley, it is the largest conurbation in our country. So, the point that I'm getting at is suburban is not that bad and it should not be avoided ,but we have to control and plan it well in order to avoid urban sprawl or any related planning issues as congestion, and illegal settlement (squatters). I think that is all from me, please correct me if I'm wrong. Thank you Dr.

    Mohamad Aliff Nasyrah B. Md. Baharudin
    2-SBEP

    ReplyDelete
  34. suburban also is known as edge cities.Suburbs are the communities surrounding cities that are usually made up of single-family homes. Suburbs are generally spread out over greater distances than other types of living environments. For instance, people may live in the suburb in order to avoid the density and untidiness of the city.

    Pros of suburban living: peace and quiet,escape from work and the stresses of city life,more rooms for home, more greenery,more opportunities to develop friendships with neighbors,less cost to buy home, larger home, offer financial benefits.

    Cons of suburban living: simply too quiet and too boring,far away from all the action in the city,each outing to particular places is an excursion, taking time and effort,require a long commute to work,cost of transportation adds up,more time spent on traveling each day,few public transportation options.

    btw, nice photoshoot session. you got a style dr. ! :3

    Muhammad Fahmi Sainan
    2SBEP

    ReplyDelete
  35. salam
    in my opinion,i think suburban is a good way to decrease the density of the urban area.The urban area is dense by the settlement,commercial building and many more.The suburban is linked with the urban area so,the people who live in the suburban area still have link with the urban area. The people who live in the suburban area can enjoy the facilities provided in the urban area. The suburban area also give an opportunity to those people who had a low income.It is because the price for the house at the suburban area is more reasonable than the price of the house at the urban area. However, there is still a problems for example, people who work at the urban area will facing the transportation problems. The distance from the suburban and urban area is quiet far. They need to spend more on the transportation.
    that's all
    thank you

    Heryana Ryzka BT Eziwar Dyari
    2SBEP

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum semua...perkara yang hangat sekarang ialah suburban!! apa yang dimaksudkan dengan suburban?? Mengikut kefahaman sy, suburban merupakan ( pembangunan pinggir Bandar + pembangunan Bandar) bermaksud pembangunan pinggir Bandar bergabung dengan pembangunan Bandar. Dengan pembangunan tersebut terdapat kesan positif dan negative kepada ekonomi,social, masyarakat, guna tanah dan lain-lain
    Kesan positif:
    1-kualiti hidup masyarakat luar Bandar semakin meningkat sebagai contoh
    Pihak KKLW telah meningkat pembinaan kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik yang lancar serta membina dan membaik pulih rumah di kawan luar Bandar. Secara tidak langsung,penduduk rasa selesa dan senang dengan kemudahan tersebut.
    2-menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.
    Apabila pembangunan luar Bandar dilaksanakan.secara tidak langsung telah menyediakan pekerjaan kepada penduduk luar Bandar. Sebagai contoh pihak kerjaan telah melaksanakan program Projek Mega Luar Bandar di Sabah( membagunkan kawasan pertanian dan perikanan). Secara tidak langsung, penduduk di sana akan bekerja dan pendapatan mereka akan meningkat.
    Kesan negative:
    1-kesesakan lalulintas
    Kesesakan lalulintas berlaku kerana rebakan Bandar yang tidak terkawal dan pembangunan yang terlalu padat dan pesat.sebagai contoh, apabila perumahan berdekatan dengan kawasan industry dan komersial. Secara tidak langsung, jalan tersebut akan digunakan oleh semua penduduk. Hal ini menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas.

    NASIRAH BINTI TAHIR
    2SBEP

    ReplyDelete
  37. An infill development is one of the effects of the suburban phenomenon. Infill development is the process of developing vacant or under-used parcels within the existing urban areas which already developed with a high rate development. Land is a scare resource. The reduction of land supply has created new interest in infill development in the suburban cities.
    Ideally, infill development involves more than a piecemeal development in the individual lots. Most communities have significant vacant land within city limits, in which it is happen for various reasons. Instead, a successful infill development program should focus on the complete job of crafting as well as the well-functioning neighborhoods.
    Successful infill development is characterized by overall residential densities high enough to support improved transportation choices as well as a wider variety of convenience services and amenities. It can be related back to the cultural, social, recreational and entertainment opportunities, gathering places, and vitality to older centers and neighborhoods. As the urban planners, we need to consider about the design of infill development so that we can ensure that the new development fits the existing context, and gains neighborhood acceptance.

    ReplyDelete
  38. salam.....
    pendapat saya nilai kehidupan atau nilai sesebuah penempatan bukan bergantung kepada material seperti kemudahan atau pembangunan...tp ia adalah bergantung kepada keselesaan dan keharmonian sesebuah kawasan... saya rase nilai itu telah dirobek dek pembangunan yang terlalu mengejar status kemajuan... oleh kerana kita terlalu mengejar status kemajuan ia telah memusnahkan keharmonian sesebuah kawasan... kadang kala kawasan yang tidak lengkap kemudahan nya lebih memberi ketenangan kepada penduduk berbanding kawasan yang telah mengecapi kemajuan dgn adenya pelbagai kemudahan disediakan...oleh itu planners itu tidak perlu memandang yang lama itu buruk atau usang tetapi memandang ia mempunyai nilai yang lebih baik... pembangunan di kawasan kg melayu perlu diberi perhatian yang lebih mendalam dgn memahami situasi sebenar kehidupan...oleh itu planners perlu mengkaji sedalam dalam nye sesebuah pembangunan yg dijalan kan di kawasn suburban.....itu sahaja pendapat saya,.....tq

    ReplyDelete
  39. Dalam kata yang mudah, kawasan suburban ialah merupakan pembangunan yang mencantumkan luar bandar dengan kawasan bandar ataupun sesuatu kawasan yang berada diantara kawasan andar utama dan beberapa bandar dengan kawasan luar bandar yang berhampiran dengan bandar.Kesempatan ini saya ingin berkongsi tentang pembangunan pinggir bandar suburban di Jerantut.Secara jelas dengan pembangunan pinggir bandar banyak memberi input positif kepada keadaan di jerantut .Antara kesan yang dapat dilihat apabila projek-projek pembangunan pinggir bandar suburban Jerantut siap nanti bandar itu akan lebih besar dari bandar Temerloh dan bandar Kuantan itu sendiri.Apabila bandar Jerantut itu semakin merebak besar , secara tidak langsung bandar itu akan berkembang pesat sebagai bandar hub eko resort, bandar automotif industri serta menjadi bandar pembekal tenaga.sememangnya pembangunan sub urban banyak memberi faedah kepada keadaan di sesuatu kawasan baik dari segi ekonomi, social , dan lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAN ALSYAHRIL BIN WAN MUHAMAD
      2SBEP

      Delete
  40. salam.....
    bagi saya pembangunan di luar bandar adalah tidak salah jika pengurusan atau tindakan yang betul dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa.Hal ini dapat memberi banyak impak positif untuk seluruh komuniti masyarakat di kawasan tersebut.
    Secara umumnya, kawasan pinggir bandar berkaitan dengan kawasan yang kurang maju.Oleh itu, dengan pembangunan pinggir bandar kawasan ini
    dapat meningkatkan banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan ekonomi negara semakin berkembang.
    Namun begitu pembangunan pinggir bandar juga memberi impak negatif iaitu pembangunan yang tidak terancang sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas,dan percanggahan aktiviti guna tanah.

    NOR SYAFIKHA BINTI MOHD HANAFI
    2SBEP

    ReplyDelete
  41. Hasyimah KamaruzzamanOctober 31, 2012 at 11:31 AM

    Suburban - Merujuk kepada kawasan pinggir Bandar. Kawasan pinggir bandar berperanan sebagai penyokong kepada pusat Bandar. Berkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat Bandar. Fungsi yang biasa seperti petempatan dan perindustrian.
    Sebagai rumusan, istilah ‘kawasan pinggir bandar’ membawa pengertian sebagai kawasan yang berada di antara kawasan bandar utama dan beberapa bandar di sekitarnya, dengan kawasan luar bandar yang berhampiran bandar. Pengaruh jarak amat penting dalam mengkaji pengaruh bandar. Dari segi jarak ia boleh berada sehingga 10 km. daripada kawasan bandar sempadan utama.
    Sebagai rumusan, kesan limpahan pembandaran yang berlaku ke atas kampung pinggir bandar boleh dikaji dengan memahami ciri-ciri bandar dan ciri-ciri luar bandar yang terdapat pada petempatan. Ciri-ciri bandar dilihat sebagai komponen perubahan yang berlaku ke atas persekitaran kawasan pinggir bandar dan penduduknya. Walaupun mengkaji impak pembandaran itu sendiri merupakan satu subjek yang kompleks, namun begitu mengkaji impak limpahan pembandaran perlumemberi fokus kepada aspek-aspek humaniti dan aktiviti-aktiviti keperluan hidupmanusia. Ini termasuklah persekitaran kediaman, tahap kemudahan, pekerjaan dana ktiviti ekonomi penduduk serta corak dan nilai-nilai masyarakat. Impak yang berlaku ini dapat menentukan kualiti kehidupan penduduk kawasan. Perkara ini akan ditekankan di peringkat analisis dalam penyelidikan ini. Bab seterusnya memperincikan pemahaman terhadap kajian-kajian impak yang pernah dikaji oleh pengkaji luar negara. Ini bertujuan dalam mengenalpasti variabel impak secara lebih menyeluruh disamping mengenalpasti impak positif dan impak negatif yang pernah dikaji. Ini bertujuan menjelaskan variable impak limpahan pembandaran secara lebih terperinci.

    ReplyDelete
  42. Suburban happen when the increased in the amount of land used in the urban area that cause the city itself cannot accommodate the development load. When this happen, city begin to grow it's physical boundaries to suburban. In this case all the mega project begin to increase the development load in the JB city centre that cause JB to sprawl to the suburban. There are positive impact of the suburban development, such as the city getting bigger. Provide economic resources to the country and many other. However there are also negative impact. The suburban development affect the rural life in the suburban. Not everyone enjoy living in the urban area, with suburban development the rural neighbourhood will change into urban neighbourhood. This kind of development also will rise the land price in the suburban area as many people want to stay there. Therefore people could not afford to buy house as the price increases.

    ReplyDelete
  43. suburban dapat didefinisikan sebagai kawasan pinggir bandar.Suburban terbentuk apabila sesebuah bandar semakin merebak atau
    meluas berikutan kepada pertambahan penduduk yang semakin padat di kawasan bandar,kesesakan yg berlaku di bandar,peersaingan sosio-ekonomi yang tinggi menyebabkan sesebuah kawasan baru diteroka dan dibentuk menjadi sebuah bandar kecil yang beroperasi sebagai kawasan pembangunan yang baru dan menyediakan peluang pembangunan sosio ekonomi yang lebih 'fresh' dan berpotensi dibangunkan menjadi sebuah kawasan pembangunan yang maju seperti di pusat bandar.Suburban juga k berikutan polisi kerajaan utk membangunkan kawasan pinggir badnar dengan menyediakan pelbagai peluang ekonomi seperti IKS,kilang-kilang,kawasan pentadbiran baru yg menyediakan peluang pekerjaan dan peluang menjana ekonomi yang lebih banyak dan kurang persaingan.Hal ini dapat membantu penduduk pinggir bandar turut sama terlibat dalam usaha pembangunan bandar dari segi ekonomi,sosial mahupun politik.Tambahan pula kos sara hidup di kawasan pinggir bandar yg lebih rendah berbanding di kawasan bandar yg memerlukan modal permbangunan yang lebih tinggi seperti pembinaan,pengangkutan dan perkhidmatan.Di kawasan pinggir bandar,persaingan masih kurang dan peluang membangunkan sesebuah syarikat lebih luas serta kos pembangunan yg tidak begitu tinggi dapat memangkin pembangunan di kawasan pinggir bandar.Oleh itu,pembangunan li pinggir badnar dapat membantu memenuhi permintaan dan penggunaan sumber ekonomi di kawasan bandar utk menyediakan perkhidmatan yg lebih efisyen dan memenuhi kepuasan pengguna yang semakin meningkat.Kebergantungan antara kawasan pinggir bandar dan pusat bandar akan menjalin 1 hubungan kebergantungan utk saling melengkapi dari segi penyediaan sumber,pengoperasian pembangunan dan mobilasi yg lebih tinggi utk menampung keperluan pembangunan sesebuah wilayah dalam usaha pembangunan setempat dan negara.

    AHMAD AFIFI BIN MOHAMMAD LOTFI
    A11BE0002

    ReplyDelete