Sunday, April 24, 2011

116 - MEMAHAMI REBAKAN BANDAR ‘URBAN SPRAWL’ KE ATAS KAMPUNG-KAMPUNG PINGGIRAN BANDAR




Di Malaysia, Rebakan Bandar ‘urban sprawl’ ketara berlaku di kebanyakan bandar utama. Ini kerana pembandaran telah lama diberi tumpuan utama kerajaan bagi memanfaatkan sumber-sumber dan kemudahan, menyediakan kepelbagaian peluang-peluang pekerjaan, memenuhi permintaan tempat tinggal kesan daripada peningkatan penduduk bandar dan juga ke arah pembandaran global. Kampung pinggiran bandar kian dihimpit oleh fenomena ini. Sebahagiannya mengalami perubahan identiti dan lenyap dalam arus kepesatan pembangunan terancang. Kajian-kajian dalam aspek rebakan bandar mendapati pelbagai impak negatif seperti isu-isu pencemaran alam sekitar, konflik guna tanah, spekulasi pasaran tanah dsb. Rebakan guna tanah bandar yang berlaku adalah secara bertaburan dan melompat-lompat; tiada kesinambungan dalam pekembangan bandar; pembangunan tidak tersusun, dan perkembangan pembangunan berdensiti rendah di persekitaran bandar. Kajian terdahulu melihat rebakan bandar berpunca daripada kelemahan perlaksanaan perancangan, kelemahan kawalan dan kelemahan penyelarasan. Terdapat banyak kampung-kampung pinggiran bandar yang telah didiami berpuluh-puluh tahun; pupus dan lenyap, mengalami pengurangan penduduk (depopulation), menjadi terasing (isolated), hilang karakter atau menghadapi isu-isu alam sekitar. Sebahagiannya pula mengalami perubahan corak sosioekonomi dan sosiobudaya. Rebakan bandar merupakan isu berkaitan dengan keperluan meningkatkan kualiti hidup penduduk. Kajian rebakan bandar penting bukan sahaja dari sudut pembangunan spatialnya tetapi juga dari sudut sosial penduduk yang berpunca daripada konflik dan dikotomi yang memisahkan bandar–luar bandar. Sebahagian impak negatif yang signifikan yang dialami berkaitan dengan; Tahap kualiti perumahan, Kualiti hidup penduduk, Pemilikan rumah, Suasana kejiranan, Masalah vandalism, jenayah, kecurian dan penagihan dadah, impak sosioekonomi, tekanan pembangunan, dan ketidakseimbangan sosial (sama ada dari segi kaum dan status) di pinggir bandar. Ini memperlihatkan kelemahan bidang perlaksanaan dasar perancangan bandar mengintegrasikan hubungkait antara aspek fizikal dan sosial, dalam memberi fokus merancang secara betul-betul holistic.

6 comments:

  1. dr juga boleh membaca http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/03/university-towns.html#more

    hehehe. best post ini

    ReplyDelete
  2. perebakkan bandar memberikan kesan yang negatif terhadap kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan pinggir bandar..Hal ini kerana kemajuan daripada bandar yang semakin mantap memberikan impak yang besar terutamanya dari segi keadaan alam sekitar. pencemaran udara, sungai, bunyi dan sebagainya menyebabkan kawasan pinggir bandar mengalami keadaan yang lebih teruk.....seterusnya hal ini akan menghilangkan identiti positif bagi sesebuah kawasan pinggir bandar tersebut yang asalnya merupakan satu kawasan yang indah dan selamat....oleh itu isu tentang perebakan bandar ini haruslah menjadi keutamaan dalam sistem perancangan bandar pada masa sekarang.

    ReplyDelete
  3. urban sprawl...urban sprawl..urban sprawl...errmmm...sangat banyak kesan positif dan negatif..by the way, sangat setuju dengan perkongsian ilmu Dr!

    ReplyDelete
  4. Salam.... saya ingin berkongsi pendapat disini bahawa. Rebakan bandar juga berpunca dari sikap pemaju yang hanya memikirkan keuntungan apabila membangunkan tanah. Pemaju haruslah memilih perancang bandar yang bagus bagi membangunkan kawasan pinggir bandar dengan baik....

    ReplyDelete
  5. urban sprawl disebabkan juga oleh suburbanization secara meluas samada di sekitar bandar, pinggir bandar ataupun luar bandar. Kebanyakan kawasan di pinggir bandar telah hilang identitinya selepas berlakunya rebakan bandar yang terlalu meluas. Hilangnya juga kawasan hijau juga menjadi satu kesan daripada rebakan bandar. Jika kurangnya kawasan hijau, pemanasn global di dunia ini akn meningkat dan akn berlakunya bencana alam yang teruk. So, pikir2kanlah dan renung2kanlah....

    ReplyDelete
  6. jika dibiarkan shaja keadaan ini daripada terus berlaku, maka generasi akan datang tidak akan kenal bagaimana rupanya sebuah kampung dan bagaimana kehidupan sebenar orng melayu. hal ini kerana fungsi kawasan pinggir bandar sudah dinaiktaraf seperti kawasan bandar yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap dan moden.

    ReplyDelete