Tuesday, November 30, 2010

093 - Wow....Malaysia Di Tangga ke 8 dari segi peratusan penduduknya pengguna Facebook Dunia - sebanyak 31.48%. (Oktober 2010). Apa maksudnya?...


Apa maksudnya???.......yang tersurat dan tersirat??...........

Maksudnya, 3 daripada 10 orang di Malaysia mempunyai akaun facebook - Menjadikan FB sebagai alat komunikasi penting di kalangan rakan-rakan, sebagai medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwah dan menambah pengetahuan.

Perlu disedari, ada juga di antara pengguna Facebook hanya menggunakannya hanya untuk suka-suka, bersembang, 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat atau secara kurang berhemah. Keasyikan ini kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu hanyut dalam dunia maya sehingga melupakan dunia realiti.
Kajian juga mendapati secara puratanya, pengguna Facebook menghabiskan masa lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini. Menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh merugikan sama seperti pembabitan dalam aktiviti kosong/sia-sia yang lain…dan akan menjadi amat negatif jika menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang boleh menyebabkan kucar kacir masyarakat.



Sebahagian komen dari pengguna FaceBook mengenai fungsi FB:



  • ...Keep in touch with family members, relatives and friends and sometimes to exchange of ideas with great people.

  • ...Sharing the information, observing the people, look at the way their thinkings, understand people from the way they writings.

  • ...FB dapat membuka minda...bukan setakat manghabiskan masa lapang sahaja.

  • ...Established friendship, mencari kawan baru, sharing ideas, get knowldge as much as we can get, kadang-kadang bergurau, dan lepaskan tension.

  • ...FB telah dapat mengenalkan balik sahabat-sahabat lama.

  • ...Dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan tanpa bayaran... dapat mencari kawan baru dan lama... moreover dapat merapatkan hubungan.

  • ...Membolehkan mendapat tahu cerita seseorang dan aktiviti yang dijalankan oleh mereka....

  • ...Kepada anak-anak remaja perlu sedar hal fungsi yang lebih positif. Jadikan FB lebih bermakna dalam kehidupan kita. Walau pun kita berada pada jarak yang jauh ia bukan lagi pemisah berinteraksi.

  • ...Furthermore, FB is a technology and it's free...

  • ...Pilih tujuan berfacebook dengan betul....jaga masa dan elakkan dari kelekaan....juga jangan melebih-lebih.

  • ...Banyak kebaikan yang diperolehi… di sebaliknya banyak juga aspek negatifnya.

  • ...Gunakan dengan ada kefahaman tentang hakikat & arahtuju jangka panjang kehidupan.

  • ...Jangan lupa, mengawal diri dalam segala tindakan dan penulisan.

  • ...Mengharungi kecanggihan teknologi, memberi kesedaran perkara yang baik kepada semua.

  • ...Hanya bersembang-sembang..komen mengomen.

  • ...Perlu pertingkatkan fungsi FB untuk kebaikan bersama…. Belajar untuk pertingkatkan ilmu, dan boleh memperbaiki cara berfikir...

........Di mana.....dan ke mana kita?????

4 comments:

  1. FB kini sgt penting dlm kehidupan seharian kita..
    x kira d mna kita d mlysia atau pun luar negara, kita masih boleh brhubung dgn family, saudara mara, rakan2 & juga kwn2 lama...

    ReplyDelete
  2. FB ni ikut era umur la bg sy dr.. terpulang pd seseorang. ada yang betul2 guna utk bisnes. publisiti. cari kawan. cari gaduh pon ada. tp lau kene caranya ok jep.
    hehe..

    ReplyDelete
  3. Dua komen yang bagus..kesedaran tu penting. Mudah-mudahan FB tidak disalahgunakan. Terpulang kepada keperluan masing-masing. Saya suka sebab dapat berkongsi idea dan cari kawan lama.

    ReplyDelete
  4. FB penting juga untuk dijadikan sebagai medan utk berdakwah disamping menambah ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. sebab zaman IT skg ni, kita lebih byk menghabiskan masa depan laptop, pc atau pun phone. cuma, yg penting jaga lah akhlak sebab apa yg sy lihat sekarang ni ramai anak muda yg memberi 'comment' sesuka hati, memaki hamun tanpa segan silu. Astaghfirullahalazim... supaya kita menggunakan laman sosial ni dengan perkara-perkara yg bermanfaat. insyaAllah....

    ReplyDelete