Monday, November 22, 2010

092 - MEMATANGKAN DIRI....melalui pemutihan hati & keluar dari perangkap zon selesa.




Kematangan bukan berdasarkan usia...ia bermula pabila hati telah putih bersih. Matang adalah indikator utama dalam mencorak kehidupan manusia ke arah landasan kehidupan yang lurus lagi baik. Matang berfikir mempengaruhi cara kita membuat keputusan. Kematangan juga dapat menghalang kita dari melakukan perkara yang sia-sia yang memusnahkan...mampu memandu ke arah kehidupan masyarakat madani..dan terbaik. Tanpa kematangan dalam diri, kehidupan manusia hanya sekadar ke arah keseronokan semata-mata. Lambat mencapai kematangan berfikir adalah kerana tiadanya rasa tanggungjawab dan amanah dalam hidup. Hiburan menguasai masa lapang yang teramat....suka mengikut....serta alpa, leka, lalai dengan memahami pengakhiran kehidupan. Minda tidak berkembang untuk mengisi pengalaman, menimba ilmu bagi persediaan memikul tanggungjawab masa depan.
Masakini betapa kematangan telah semakin pudar dari kalangan kebanyakan remaja baik lelaki atau perempuan. Masa muda digunakan untuk mencari keseronokan dan hiburan semata-mata...bermain-main...bersenang lenang bersama teman sahaja. Waktu dibazirkan begitu sahaja. Yang sedang belajar, juga kurang fokus dan tidak serius. Tenaga dan pemikiran tidak dipertingkatkan....hanya mengharap dan hanya berbekalkan harapan. Halangan utama mengapa lambat matang adalah kerana ramai remaja kita hari ini telah terperangkap di dalam zon selesa kehidupan. Minda tidak mampu berfikir di luar kotak zon selesa. Minda yang lambat matang akan menjadikan mereka sebagai pelawak di dalam kehidupan, tertipu..menjadi hamba atau bahan permainan. Keselesaan ini yang mengabui minda mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, mereka pula mengganti kepimpinan hari ini. Mereka telah meletakkan diri mereka untuk menjadi pengikut sepanjang masa. Mereka tidak berusaha untuk menjadi seorang pemimpin kerana kurang keyakinan..tidak boleh berdikari..dan kurang ilmu.

Mematangkan diri dengan Matang berfikir, Matang menjalankan tugas, Matang menjadi pemimpin, Matang mengurus rumah tangga, Matang dalam menyemukakan idea-idea.....Matang berinteraksi dan Matang memikirkan masa depan...dan dalam lain-lain hal lagi, bukan sahaja datang melalui pengalaman dan pembelajaran semata-mata atau mempunyai pemikiran lateral ....tetapi melalui peningkatan keimanan, ketaqwaan, dan berusaha memikir hal-hal spiritual, kebatinan, dan perkara-perkara kerohanian. Peranan golongan dewasa sangat penting bagi mentarbiyyah generasi masa depan. Ibubapa harus mendidik anak-anak dengan kematangan berfikir dan bertindak sejak dari kecil lagi.

Adakah kaedah mempercepatkan kematangan diri?..............Anda bijak !! Kongsikan pengetahuan dan pengalaman anda.

7 comments:

  1. Salam Dr....Remaja kena belajar berdikari dan berfikir dua tiga kali sebelum bertindak. Saya rasa remaja kat u ok..namun pengaruh keluarga perlu.

    ReplyDelete
  2. Betul Dr...Saya rasa pendidikan awal amat penting untuk mempercepatkan kematangan diri.....kaji semula sistem pendidikan awal di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. kematangan berfikir adalah atas kemahuan sendiri..
    tahu baik dan buruk sblum buat keputusan..
    kematangan berfikir juga berasaskn drpd pglaman, krn pglaman mgajar seseorg tahu setiap perkara yg telah berlaku.. sama ada ia positif mahupun negatif..

    ReplyDelete
  4. Bagus Kage...Pengalaman penting. Jadilah insan yang proaktif...Cari pengalaman yang manis dan positif, yg negatif akan menghantui diri seumur hidup. Berhati-hatilah.

    ReplyDelete
  5. saya sokong kata-kata doktor tentang matang bukan berdasarkan usia tapi matang adalah cara kita berfikir, menguruskan masa dan cara kita membuat keputusan. kematangan bagi seorang yang matang adalah apabila dia dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai situasi, sama ada ketika bekerja, belajar atau bersantai. usia bukanlah penghalang untuk menjadi matang, orang selalu mempertikaikan kata-kata orang yang lebih muda kerana bagi mereka yang muda itu belum matang bagi memberi buah fikiran namun sedarkah mereka bahawa itu bukan menjadi persoalannya tapi yang menjadi persoalannya bernaskah buah fikiran mereka dalam mengatasi masalah...

    ReplyDelete
  6. Pandangan yang bernas dari Hanita..mahasiswa perlu berani mengemukakan buah fikiran, terutama semasa pembelajaran. Berkomunikasilah secara bijak. Serlahkan kematangan mengeluarkan idea2 yang baik dan boleh menyumbang.

    ReplyDelete
  7. assalam dr. maaf cy perlukan pemyelesaian. cy lbh kpda enjoy. cy juga xbljr dri kesilapan. cy nk mengetahui bagaimana nk mengatasi perkara sebegitu. tmbhn cy tiada pendirian dalam membuat keputusan. adakah cy perlu hadiri sesi kaunseling dimna2. atau ada cara bagaimana hendak lakukannya..

    ReplyDelete