Friday, October 29, 2010

089 - PERUBAHAN POSITIF YANG DIRASAI OLEH PELAJAR SETELAH MEMASUKI UNVERSITI BERBANDING DI SEKOLAH...Pandangan Dari Kalangan Mahasiswa tahun 1 Sem 1..


Dilah – Saya semakin berfikiran optimis dan positif serta sanggup menghadapi cabaran dalam pembelajaran juga kehidupan.
Anis – Menghargai dan menghormati pensyarah dan tugasnya serta dapat menerima kritikan, baik dan buruk.
Nuar – Saya semakin boleh berdikari dan merasa perlu mengurus kewangan dengan baik.
Bad - Mudah menerima, mendengar dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan.
Mirza - Semakin pandai dan boleh bergaul, berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik.
Zhi Min – Lebih senang bergaul dengan orang lain berbanding semasa di sekolah.
Syla – Pemikiran saya lebih positif dan senantiasa gigih berusaha mencari jalan penyelesaian.
Wan – Lebih bijak mengurus masa secara teratur bagi memudahkan menyiapkan tugasan.
Shafiq – Saya lebih mengambil berat tugasan yang diberikan, sanggup menerima perubahan dan sedia belajar memperbaiki diri dari masa kesemasa.
Fadil - Bersikap lebih berdikari dalam apa jua keadaan.
Firdaus - Senang menyesuaikan diri dan seronok di tempat baru.
Wafie – Saya perlu lebih mementingkan dan menghargai masa bagi membentuk jati diri dan peribadi yang membanggakan.
Kai - Semakin bersemangat dan memahami kerjaya dan bidang yang saya dipelajari.
Johan - Menepati masa dan tidak suka bertangguh kerja.
Haris – Saya sering berusaha menyesuaikan diri kepada perkara baru, tempat baru.
Mie -Tidak lagi suka tertangguh-tangguh membuat tugasan yang diberikan.
Pe'in - Semakin rajin, perihatin dan tidak suka ponteng kelas.
Didie - Cepat bekerja dan menghargai kerja yang berkualiti yang diharapkan oleh pensyarah.
Jeeha - Boleh mendisiplinkan diri untuk menjadi yang lebih baik.
Fadiera - Lebih berdikari,dan berusaha hingga berjaya.
Fazdlina - Lebih bersemangat, rajin berusaha dan memberi komitmen sepenuhnya pada kerja.
Asha - Tidak berputus asa dan bertekad memperbaiki kehidupan walaupun ada kelemahan.
Reen - Lebih bersemangat mempelajari perkara-perkara baru.
Waniey - Kuat berusaha menyiapkan setiap tugasan yang diberikan secepat mungkin.
Raisha - Lebih berkeyakinan tinggi untuk mencapai-cita-cita.
Ain - Boleh berkerja secara berkumpulan, bertanggungjawab dan belajar menerima pendapat orang lain.
Hanis - Semakin boleh berdikari, membuat keputusan dan mengurus masa dengan lebih baik.
Fatin - Dapat membahagikan masa dengan lebih teratur.
Priscilla - Meningkatkan semangat dan suka menolong orang lain yang dalam kesusahan.
Ayu Nushka - Berusaha dan berkerja keras dan tidak suka kepada kekalahan.
Ayu - Lebih berdikari, dapat buat semua perkara sendiri tapi sedih juga tanpa ibu ayah di sisi.
Saidah - Bersikap berdikari apa juga cabaran mendatang.
Shahrul - Berfikiran positif dan lebih mengenali prospek diri dan kerjaya.
Miera - Berfikiran positif dan terbuka menghadapi dugaan dan cabaran di hadapan.
Ana - Lebih berdikari walaupun pada perkara yang kompleks dan suka bertanya.
Sarah -Semakin rajin dan kuat berusaha.
Fadli - Berfikiran lebih positif, lebih berusaha memahami apa yang diajar berbanding masa sebelumnya.

12 comments:

  1. Well done dr Anuar..Interesting and very imformative.

    ReplyDelete
  2. semoga pa yang di cakap akan berkekalan sehingga ke akhir tahun 4 insyallah ...

    ReplyDelete
  3. kami 1sbw sememangnya bertuah sebab dr suka kongsi ilmu dgn kami =)

    ReplyDelete
  4. sya ske msuk klas dr..wlaupon klas nye d waktu ptang yg slalunye mgasyikkan ktew utk tdow,ttp smangat dr utk mbri ilmu kpd sye tlh mnaikan smangat sye dlm ilmu prancangan ini...kmi 1 sbw mgucap ber bnyak,bnyak,bnyak,bnyak trime kseh..utk final nie jgn la bgi soalan yg ssh ea..ngee..

    from:alfonso de-alburque
    1SBW

    ReplyDelete
  5. dr bnyak memberi kata2 semangat kepada kami.dari hari pertama masuk klas dr bnyak menyampaikan input2 yang amat berguna.kelas dr paling best.selalu mmberi kata2 semangt untuk motivasi kpd diri kami semua..klas dr langsung tidak merasa jemu dan bosan.jasa n pengorbanan dr sgt dhargai n tidak dpt dlupakan.

    1sbw-ktr

    ReplyDelete
  6. bagus2 la pelajar2 junior nie...
    hrp pelajar tahun 1 nie dpt senorok belajar d utm nie.. dr anuar beri ilmu, kita amalkn selama kita d utm n suasana kita kerja akan dtg...
    ilmu perlu dismpaikn tp bukan disimpan...

    ReplyDelete
  7. btol2..mmg ktorang respect n apprciate all these tink! insyaallah..for our fture 2..
    thnks a lot dr...4give us 4 all mistakes b4..halalkan ilmu yg dr bg.kn best law rmai lect. cam dr..hehe

    ReplyDelete
  8. He..he..he..All the best untuk semua. Semuga pengkongsian ilmu di alam ciber sebegini juga dapat dimunafaatkan.

    ReplyDelete
  9. hehe..agak malu bila baca..tp semoga semangat ini ttp bersinar pd tahun seterusnya..

    dr...thanks for everything..wish me luck for the final exam..hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum doktor.....
    time kasih sebab tulis perubahan kami ni,
    sebenarnya memang banyak perubahan yang terjadi terutama pada diri saya ni..
    kehidupan mahasiswa memang mencabar
    namun, sebagai seorang mahasiswa dan bakal sarjana(InsyaAllah) saya akan terus berusaha dan membina jati diri terbaik untuk kecemerlangan yang berterusan.
    semoga "blog" doktor ini sentiasa menjadi pendorong semangat bagi mereka-mareka yang hampir "give up"...

    ReplyDelete
  11. TKasih Wafie...Universiti merupakan persimpangan untuk kehidupan seseorang. Jalan telah diteroka..lalui & tempohi dengan semangat dan azam yang kuat. Cabaran memang terlalu hebat untuk remaja sekarang..Namun iman yang kukuh dapat membimbing. Saya percaya, banyak yang positif ada pada diri anda..Jaga jangan tergelincir...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ya Allah.... ternyata kata2 tu adalah satu doa dan syukur sgt2 sebab ianya mmg beri kesan positif dlm hidup sy walaupun cepat atau lambat...insyaAllah akan sy terus memperbaiki kehidupan sy.... ~asha

    ReplyDelete