Monday, January 4, 2010

016 - Rebakan Pembandaran & Suburban Village (Kampung Pinggir Bandar)

Petempatan kampung yang terletak di pinggir bandar dalam wilayah membangun pesat kian dihimpit oleh rebakan pembandaran. Sebahagiannya mengalami perubahan identiti dan lenyap dalam arus kepesatan pembangunan terancang. Kajian-kajian di luar negara mengenalpasti impak yang pelbagai dari aspek fizikal dan bukan fizikal akibat dari rebakan pembandaran tetapi fokus impak yang dikaji adalah lebih secara umum terutama dalam aspek guna tanah atau pembangunan kawasan pinggir bandar secara keseluruhannya. Namun apa yang penting fokus perlu diberikan dengan lebih spesifik, impak yang dialami oleh penduduk kampung pinggir bandar disebabkan oleh fenomena rebakan pembandaran. Ini penting bagi membentuk parameter perancangan untuk kampung pinggir bandar terutama yang melibatkan program penempatan semula penduduk, peningkatan kemudahan, mahupun pembangunan semula kawasan. Kajian-kajian menggunakan indeks pengaruh pembandaran bagi menentukan indikator impak aspek fizikal, sosioekonomi dan sosiobudaya perlu diberi perhatian. Kajian terdahulu mendapati kesan ketara adalah pengurangan bilangan jenis rumah kampung, dan pengurangan pemilikan rumah sendiri, dihadapi oleh kebanyakan kampung. Penemuan lebih terperinci mendapati rebakan pembandaran memberi impak lebih ketara kepada aspek bukan fizikal daripada aspek fizikal. Tahap kualiti perumahan dan kemudahan fizikal dalam kawasan kajian adalah rendah dan ini mempengaruhi kualiti hidup penduduk secara keseluruhannya. Faktor jarak petempatan dari sempadan bandar didapati merupakan penentu utama impak. Rebakan pembandaran memberikan kesan lebih positif kepada aspek fizikal seperti kemudahan sosial yang baik, berbanding aspek sosioekonomi ataupun sosiobudaya. Rebakan pembandaran juga memberi impak ke atas peningkatan masalah sosial seperti jenayah, kecurian dan penagihan dadah di petempatan tertentu. Bagi memastikan petempatan kampung pinggir bandar tidak berterusan menerima tekanan pembangunan, dasar perancangan yang lebih komprehensif bagi pembangunan luar bandar diperlukan. Pewilayahan petempatan luar bandar merupakan parameter perancangan ke arah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui pembentukan pembangunan mampan/lestari yang dinamik. Kawalan rebakan pembandaran dapat dibuat melalui pembentukan wilayah baru gabungan ciri-ciri tipologi bandar-luar bandar sebagai kawasan peralehan/‘intermediate areas’. Pembentukan wilayah ini boleh meluaskan potensi pembangunan kawasan pinggir bandar bagi menggantikan sempadan bandar yang rigid. Kelemahan bidang perancangan bandar dalam mengintegrasikan hubungkait antara aspek fizikal dan bukan fizikal bagi peningkatan kehidupan penduduk yang lebih baik perlu disedari. Fokus perancangan bandar perlu disemak semula ke arah mengubal strategi pembangunan yang lebih menyeluruh berkaitan dengan keperluan meluas perancangan wilayah dan luar bandar. Ini boleh memupuk ke arah kaedah merancang yang lebih holistik dalam profession perancangan bandar dan wilayah.

6 comments:

  1. Penyataan di atas memberi satu persepsi yang tak baik terhadap masyarakat suburbs,
    Kini sy faham mengapa permasalahan kawasan pinggir bandar dipersoalkan di Studio..
    Dan mengapa peljar 2sbw mempelajari teknik merancang kawasan khas seperti ini...

    ReplyDelete
  2. Well done em@..keep on exploring issues related to our local community. Urbanization is not the only things for planning.

    ReplyDelete
  3. Jelas sekali menunjukkan bahawa perancangan yang baik amat penting dalam sesuatu kawasan terutamanya bagi kawasan luar bandar yang menjadi "mangsa" kepada rebakan bandar. Normal jika terdapat pro dan kontra dalam setiap perancangan yang kita lakukan kerana mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Namun itu bukan alasan untuk kita tidak merancang dengan lebih baik pada masa hadapan.

    Dengan perkembangan populasi di Malaysia, mustahil untuk rebakan bandar tidak berlaku. Justeru tidak hairanlah jika banyak faktor dan kesan dapat dilihat dalam aspek fizikal dan bukan fizikal.

    Well, nice sharing Dr.
    Gain my knowledge as well.

    >>Mohd Amzar Saidi<<
    3SBEW 2011/2012

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...sye bersetuju dengan ayt dr y menyatakan berlakunya perubahan identiti lantaran rebakan bandar ini.. Isu ini selalu timbul lantaran dunia y semkin cnggih..pada pendapat sye,,antra kesan y pling ketara bila berlakunya rebakan bandar ini ialah kesan sosial dimana bnyk berlaku jenayah di tempat tersebut..Sebagai contoh,,di bandar kluang, terdapat pelbagai kedai2 dan shopping complex yang semakin bnyk dibangunkan dan bangunan2 lame atau kg2 yang semakin jauh dari bandar..Kesannye apabila remaja yang tidak bermoral akn menggunakan bangunan atau tempat untuk mereka melakukan kerja tidak bermoral seperti mencuri, menghisap dadah dan bnyk ag..Bilangan rumah juga akan berkurangan jika pembangunan jenis komersial dibangunkan dengan bnyknye..Dalam isu rebakan bandar ini,,eventhough membawa kesan negatif tapi dlm mse sme isu ini bawa ke arah kebaikan kepada masyrakat terutamanya y duduk kat bandar.. mereka dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan..Tetapi segala isu dalam perancangan bole diselesaikan atau dikurgkan dengan mengikut garis panduan perancang..sye berpendapat,,isu ini bole dikurgkan dengan reserve bangunan2 lame sebagai tempat dan aktiviti yang berfaedah..

    ReplyDelete
  5. salam... in my opinion, planner is a player that must play an important role in developing area especially developing suburban area and rural area. In rural area, we must develop the area without losing the characteristic of rural area. The characteristic of rural area must be preserve so that the young generations can see and feel it. If the rural area have been use to be an urban area because of urban sprawl, i afraid if we are not preserve from now, we will loss the characteristic of rural area...... :)

    ReplyDelete
  6. salam.....saya juga bersetuju dengan penyataan dr tntg hlngnya identiti sesuatu kg. jika dibiarkan isu ini terus berlaku, maka ganerasi akan datang tidak berpeluang merasai dan melihat bagaimana cara hidup penduduk luar bandar kerana mereka akan terdedah dengan dunia serba moden. identiti sebuah kawasan pinggir bandar/kampung akan hilang sedikit demi sedikit mengikut arus masa. selain itu, rebakan bandar menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius terutamanya pencemaran udara. kenderaan dan kilang2 yang semkin banyak menyumbng kepada masalah pencemaran ini. isu rebakan bandar perlu dikawal untuk mengelakkan berlaku lebih banyak kesan negetif sama ada kpada alam sekitr mhupun kita hdupan.

    ReplyDelete