Monday, August 1, 2016

179 - SETIBANYA MUSIM MENGERJAKAN HAJI...

SETIBANYA MUSIM MENGERJAKAN HAJI… 12 extra tips untuk bakal haji sebagai panduan.
1. Niat Penyucian diri bermula sebelum berangkat – membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang mulia & menjauhi sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela,
2. Haji banyak berfokus aktiviti fizikal – banyakkan berjalan. Namun jangan abaikan soal2 kerohanian. 
3. Sabar..sabar…sabar – Jadikan kesabaran anda tiada penghujungnya.
4. Jaga kesihatan…jaga kebersihan diri. Anda mungkin mengalami cepat sakit jika kebersihan diri tidak dijaga.
5. Bercakap perkara yang penting sahaja. Bila dalam kumpulan memadai jadi pendengar yang baik – elakkan berbicara perkara yang sia2.
6. Usah menyendiri selalu..bersilaturahimlah di mana jua anda berada – semasa makan, dalam masjidil haram, di dataran - hubungan sesama manusia perlu dijaga & dipelihara.
7. Jangan membazir makanan sewaktu makan – ambil sedikit dahulu & jangan ambil bahagian orang lain.
8. Usah bertengkar/baran dengan pasangan. Berdiam diri & selalu senyum - belajar mengembirakan pasangan setiap waktu.
9. Apabila ada orang meminta…memberilah. Banyak bersedekah membawa keberkatan.
10. Usah merungut apa2...apatah lagi bercakap tentang ketidakpuasan hati – Semua yang berlaku ada hikmahnya.
11. Banyakkan berdoa yg baik2 setiap waktu...Ia juga adalah ibadah penting.
12. Jika pergi dengan pasangan – lakukan amal ibadah bersama bukan dengan rakan sebilik semata2.
SEMUGA menjadi pedoman bersama bagi mendapat Haji Mabrur.










178 - RUMAH YB ATUK KEMBALI SEPI

RUMAH YB ATUK KEMBALI SEPI… Rumah kami kembali sepi. Saat demi saat, kami membayangkan kami menjadi semakin tua, sementara anak2 akan membina keluarga masing2. Mereka akan memberi kami cucu2 comel, soleh & solehah, yang bakal mengusir sepi ini, menjadi permata hati & memeriahkan jiwa kami. Mungkin mereka akan semakin jauh dari kami. Jauh kerana, kami mungkin tidak lagi terdaya mengunjungi mereka setiap kali terdetik di hati. Rumah kami akan kembali sepi….Namun, kami yakin, setelah anak2 berkeluarga, mereka akan terus mengingati kami walaupun kami sudah tua & tiada daya.…Kami percaya apabila Ramadan dan Syawal tiba, rumah itu kembali ceria & lebih bermakna. Namun ia tak akan dapat menutupi ruang2 sepi penghuninya. Ini hakikatnya kehidupan kita.





177- SAKIT - TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA.

SAKIT - TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA. Tak ada alasan untuk bersedih & mengeluh sewaktu kita sakit kerana kita tak tahu rahsia hikmahnya. Berprasangka baik kepada Allah…Terusan berdoa kepada Allah agar memberikan kesembuhan. Ujian datang dari Allah & dengan dengan taubat & kesungguhan kita kembali kepada Allah. Dengan izin dari Allah jua, kita memperolehnya kesembuhan. ”Ya Allah, Tuhan kepada sekalian manusia, Hilangkan penyakit ini, Sembuhkanlah, Sesungguhnya Engkaulah yang Menyembuhkan, Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan yang datang dariMu, Kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.” Subhanallaah … Subhanallaah … Subhanallaah.







176 - Dilema menjaga ibu bapa yang sudah tua

SERING KALI KITA berhadapan dengan anak-anak yang sudah berkahwin menghadapi dilema untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua yg sakit tidak bermaya. Fenomena ini berlaku kerana ramai yg setelah berkahwin, beranggapan menjaga rumahtangga sendiri & anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat & patuh kepada ibubapa, sentiasa berbuat baik kepada keduanya apatah lagi tatkala mereka sudah tua. Apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut & penuh hormat, Menghormati ibu bapa, bererti kita sentiasa menjaga hati & perasaan mereka supaya tidak tersinggung, terguris luka ataupun terasa kecilhati. Membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar & menyedihkan, usahlah mengeluh sekiranya kita menghadapi balasan pelbagai kesulitan hidup sewaktu di dunia lagi.. Semua anak tidak kira lelaki atau perempuan perlu berbakti & berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ..mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa dgn mereka… mengutamakan mereka dalam segala kebajikan & kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak & juga isteri. Secara kasarnya, kesemua adik-beradik bertanggungjawab menjaga ibubapa yg sudah tua tidak kira sama ada anak yg sudah berkahwin mahupun yg masih bujang, menunaikan tanggungjawab sebaik kemampuan. Umur ibubapa bukannya akan terus panjang. Selagi mereka masih ada inilah kita patut berebut berbakti kerana besar ganjarannya, Mengertilah….& ambil tahu. Kita juga suatu masa akan tua seperti mereka. “Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka”

175 - QUALITY TIME MENYAMBUT SYAWAL

QUALITY TIME MENYAMBUT SYAWAL YB Atuk bersama anak, menantu & cucu… Family time is sacred time and should be protected and respected.. Time spend with Family is worth every second….