Tuesday, December 14, 2010

094 - MEREDA PERASAAN MARAH

Sifat marah tidak dapat dielakkan dalam banyak keadaan. Ia juga merupakan salah satu sifat semulajadi manusia. Ianya berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami, akibat disakiti, dizalimi, dianiaya atau diperlecehkan. Sifat marah boleh merosakkan keharmonian dalam kehidupan, serta membawa kemudaratan kepada orang lain. Marah adalah ibarat percikan api yang bernyala dalam hati sanubari. Dan juga sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Kemarahan yang sering kita alami berkaitan dengan hubungan antara dua perasaan, suami isteri, dalam keluarga, mendisiplin rumahtangga, tingkah laku anak, masalah kewangan, percanggahan pandangan dan pelbagai perkara berkaitan perkerjaan dan suasananya, tiada persefahaman, tuduh menuduh dan berprasangka buruk terhadap sesuatu.


Apakah kaedah terbaik meredakan perasaan marah???




  • Banyakkan membaca ta’awwuz (A’uzubillahi minas syaitanirrojim).


  • Belajar mengawal emosi - sabar dan menahan diri tatkala marah yang meluap-luap.


  • Beristighfar sebanyak-banyaknya - itulah senjata orang mukmin.


  • Baring tatkala duduk - Duduk tatkala berdiri.


  • Ambil wuduk - api kemarahan boleh dipadamkan dengan air.


  • Ingat dosa apabila marah - kesan daripada kemarahan itu akan membawa kepada bibit persengketaan, permusuhan, pergaduhan dan dosa-dosa yang lain.


  • Bertoleransi sesama kita - dari awal hindarkan sebab atau punca menyebabkan kemarahan orang. Jaga tuturkata dan tingkahlaku.


  • Banyakkan berdiam diri dan berdoa - jangan mengeruhkan keadaan.


  • Hayati bahawa setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah - perlu redha kepada apa yang berlaku sekiranya tidak dapat dihindarkan.



  • Fahami kesan marah kepada manusia:
    - Makin digoda oleh syaitan
    - Membuka luas sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah seperti berdendam, dengki dan irihati, angkuh dan sombong.
    - Menyebabkan kita melakukan kezaliman.
    - Tidak dapat membuat keputusan yang tepat.
    - Banyak perceraian berlaku kerana marah.
    - Betapa buruknya rupa sesorang - berkerut-kerut itu tatkala marah.
    - Mendatangkan stress - kemurungan - kesan pada jiwa.
    - Prestasi kerja akan menurun.
    - Kepada kesihatan - mudah menghidapi penyakit berkaitan darah dan hati.
    - Sifat marah itu berkaitan dengan sifat sombong dan ego yang tinggi. Merendahkan ego tidak bererti kita lemah dan rendah diri.


  • Doa, zikir dan wuduk - ubat mujarab mereda kemarahan.