Monday, December 19, 2011

126 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....PENGAMATAN DI MUSIM HAJI INI.

Semasa musim Haji kali ini, hampir seminggu, Arab Saudi menyekat pengeluaran duit riyal bagi mengelak manipulasi matawangnya. Ini berlaku semasa kami di Madinah & Mekah. Ramai jemaah kehabisan wang tunai dan terpaksa berjimat cermat, atau meminjam dari rakan2 yang membawa wang lebih. Hikmahnya, dapat elakkan pembaziran atau membeli/‘s...hopping’ barangan yang tidak perlu.
Pembangunan sedang rancak di sekitar Masjidil Haram. Pembesaran kawasan Masjidil Haram perlu bagi memuatkan lebih 3 juta jemaah haji yang kian bertambah dari tahun ke setahun. Banyak bangunan lama dan kawasan hotel kecil yang berhampiran telah dirobohkan – sedang rancak dibina hotel dan pusat menbeli belah yang bertaraf mewah. Kesannya jemaah yang kurang berkemampuan perlu berjalan lebih jauh ke Masjidil Haram di masa akan datang.
Burung merpati amat banyak di sekitar Masjidil Haram. Bijirin makanan burung dijual oleh warga asing dengan harga satu riyal satu plastik kecil. Masih ada yang mengutip bijirin di atas jalanraya yang diberikan kepada burung merpati bagi tujuan menyembuhkan penyakit tertentu? Ini pastinya suatu tidak benar dan tak dapat diterima akal.
Sistem LRT/keretapi laju Mashair menghubungkan kawasan sekitar terutama dari Arafah ke Mina siap beroperasi untuk penduduk tempatan. Hubungan ke Masjidil Haram dan stesen Al Haramain akan dibina tidak lama lagi.
Di Arafah telah banyak pokok2 ditanam bagi tujuan teduhan dan landskap. Suasana menjadi lebih segar dan mudah mendapatkan kawasan berteduh.
Laluan jalan kaki bertingkat di kompleks melontar di Mina telah dibina bagi memudahkan jemaah melakukan lontaran semasa musim Haji. Lima tingkat kawasan melontar disediakan.
Alahai tandas…ini pastinya suatu yang perlu dirancang dengan lebih baik di sekitar Masjidil Haram.

No comments:

Post a Comment