Warga kampus (
mahasiswa) seharusnya prihatin kepada tanggungjawab masing-masing untuk berjaya cemerlang semasa pembelajaran di universiti. Rasa bertanggungjawab - ingin belajar bersungguh-sungguh, sanggup menghadapi pengalaman baru dan berkerja keras adalah titik tolak untuk kecemerlangan diri. Di samping itu mereka perlu sedar peranan dan tanggungjawab ini bukan sahaja merupakan harapan terhadap diri masing-masing, bahkan merupakan harapan keluarga, masyarakat, agama dan juga negara. Kesedaran ini penting kerana ianya boleh menguatkan jati diri dan sebagai momentum untuk berusaha dengan lebih gigih. Apa yang juga penting adalah
mahasiswa perlu mengelakkan diri dari sikap malas, malu, segan dan takut dengan suasana persekitaran pembelajaran kini yang lebih terbuka. Tumpuan atau fokus jitu mahasiswa kepada kursus yang diajar, semasa dalam dewan kuliah, juga semasa pembelajaran kendiri adalah amat perlu.
Mahasiswa yang masuk ke Universiti sudah tentu membawa harapan tinggi untuk berjaya cemerlang dalam pengajian masing-masing. Untuk cermerlang mereka perlu berusaha gigih dan penting bagi mereka memahami tata cara, adab dan disiplin untuk menjadi
mahasiswa yang baik dan mengamalkannya. Di antaranya:
Pasang nawaitu atau niat untuk belajar dengan tekun - secara tegas, jelas dan tepat.
Seimbangkan pembangunan jasmani, rohani, minda dengan menjaga permakanan, solat dan banyak membaca.
Elak sifat malu, segan, takut dan malas.
Kawal nafsu-nafsi remaja dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak senonoh.
Jalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan dan menghormati pensyarah.
Jangan bertangguh menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.
Semasa dalam bilik kuliah; datang awal, duduk dihadapan, bertanya jika tidak memahami, memahami course outline dari awal, memberi fokus dan serious.
Berusaha mengurus masa dengan bijak.
Mengambil tauladan dari segala kesilapan yang pernah dilakukan dan jangan mengulanginya.
Sering berbincang dengan peergroup dan mencari kawan bukan lawan.
Selalu berdoa sebelum apa-apa yang hendak dilakukan.
.....kepada Mahasiswa - selamat berusaha mengekalkan semangat belajar yang tinggi sepanjang pengajian.