Showing posts with label transit-oriented development. Show all posts
Showing posts with label transit-oriented development. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

139 - Keperluan ‘Smart Growth’ secara ‘Transit-Oriented Development’ (TOD) di ‘Malaysian Suburban Environment’




Transit-Oriented Development (TOD) merujuk kepada corak pembangunan yang berkepadatan tinggi dan mix development… mempunyai ciri-ciri ‘pedestrian-friendly’, kewujudan masyarakat yang mempunyai ‘sense of place’ yang kuat, kehidupan secara ‘livable communities’ dan mempunyai pembangunan pusat transit yang baik sebagai satu nukleas tumpuan aktiviti seharian penduduk tempatan di suburban. Kemudahan suburban transit sehingga kini, seolah tiada dirancang di Malaysia kerana kebanyakan penduduk masih amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian untuk pergerakan…di samping terdapat kelemahan ketara dalam pengangkatan awam..yang tidak efficient dan lemah dari segi perancangannya. Bagi perjalanan ke tempat kerja, adalah lebih berkesan penduduk suburban menggunakan pengangkutan awam ..terdiri dari  modes pengangkutan awam yang berbagai dan berteknologi tinggi. Mod pengangkutan berkonsepkan LRT dan MRT amat diperlukan. 
 Pembangunan  TOD boleh menggalakkan penduduk berkerja di tempat lebih hampir dengan kawasan kediaman mereka, satu cara mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengelak berlakunya sprawl..rebakan bandar yang tidak terkawal. Sekiranya diberi pilihan, lebih ramai penduduk suburban akan memilih sistem pengangkutan awam sekiranya ianya cekap dan ‘reliable’. Pergerakan secara berjalan kaki, berbasikal dapat dipertingkatkan sekiranya kemudahan ‘suburban transit’ dirancang dengan baik. Ini boleh menggalakan ‘livable communities’..… memberikan suasana selesa, lebih selamat dan sesuai dengan keperluan kualiti hidup era dunia moden dengan merancang kepadatan pembangunan yang lebih tinggi di sekitar suburban. Pembangunan bercorak transit di kawasan suburban masih lemah..kurang di Malaysia. 

......Dan pembangunan berbentuk rebakan bandar..’urban sprawl’ dibandar-bandar besar di Malaysia perlu dikawal segera. Peranan Perancang Bandar perlu dipertingkatkan sehingga di peringkat perlaksanaan projek-projek pembangunan.