
BLOG DRANUARAMIR UTM - Blog ini bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan generasi muda sebagai Pemangkin Generasi akan datang - Sebarang pendapat dan komen membina amat dialu-alukan.
Tuesday, February 28, 2012
133 - FENOMENA REBAKAN BANDAR DI MALAYSIA?

Sunday, April 24, 2011
116 - MEMAHAMI REBAKAN BANDAR ‘URBAN SPRAWL’ KE ATAS KAMPUNG-KAMPUNG PINGGIRAN BANDAR

Friday, August 6, 2010
078 - REBAKAN BANDAR ‘URBAN SPRAWL’ KE ATAS KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU PINGGIRAN BANDAR DI MALAYSIA......Penemuan Kajian untuk penghayatan bersama???
Di negara-negara yang pesat membangun seperti Malaysia, rebakan bandar semakin ketara berlaku dalam wilayah metropolitan dan juga di bandar-bandar utamanya. Ini kerana pembangunan pembandaran telah diberi tumpuan utama secara khusus dalam pembangunan wilayah fizikal negara. Ini merupakan usaha kerajaan bagi memanfaatkan sumber-sumber dan kemudahan bandar, menyediakan kepelbagaian peluang-peluang pekerjaan, memenuhi permintaan tempat tinggal kesan daripada peningkatan jumlah penduduk kawasan bandar dan juga ke arah pembandaran yang lebih global. Petempatan Kampung Melayu yang terletak di pinggiran bandar besar kini kian dihimpit oleh fenomena rebakan bandar. Sebahagiannya mengalami perubahan identiti dan lenyap dalam arus kepesatan pembangunan terancang.

Kajian-kajian di luar negara mengenalpasti impak yang pelbagai dari aspek fizikal dan bukan fizikal akibat dari rebakan bandar tetapi fokus impak yang dikaji adalah lebih secara umum terutama dalam aspek guna tanah atau pembangunan kawasan pinggir bandar secara keseluruhannya. Kajian-kajian dalam aspek rebakan bandar telah dilihat sebagai mendatangkan pelbagai impak negatif seperti isu-isu alam sekitar, konflik guna tanah, ancaman kepada aktiviti pertanian dan spekulasi pasaran tanah. Ciri-ciri rebakan bandar dijelaskan sebagai penyelerakan guna tanah bandar secara bertaburan dan melompat-lompat/‘leapfrog dan scattered’ (Harvey and Clark, 1965); kurang kesinambungan dalam corak pekembangan bandar/‘lack of continuity in urban expansion’ (Mill, 1981); pembangunan tidak tersusun dan merbahaya/‘haphazard growth and patchwork appearence’ (Peiser, 1989), dan perkembangan pembangunan yang berdensiti rendah di sekitar sempadan bandar.

Kajian-kajian terkini seperti Nelson (1999) dan Shou, G. (2000) melihat rebakan bandar sebagai proses pembangunan guna tanah bandar yang tidak bersambung dari segi spatialnya dengan bandar utama disebabkan tiada perancangan, tiada kawalan dan kurang penyelarasan.
Isu terpenting dalam mengkaji rebakan bandar di Malaysia ialah berlakunya tekanan pembangunan ke atas penduduk yang tinggal di petempatan kampung pinggir bandar dalam wilayah metropolitan. Ini kerana terdapat banyak kampung-kampung seperti kampung tradisi dan petempatan sementara yang telah didiami berpuluh-puluh tahun; ada di antaranya telah pupus dan lenyap, mengalami pengurangan penduduk (depopulation), menjadi terasing (isolated) dalam pembangunan, hilang karakter sebagai kawasan tempat tinggal atau menghadapi isu-isu berkaitan alam sekitar. Sebahagiannya pula yang kekal mengalami perubahan corak sosioekonomi dan sosiobudaya yang tidak menentu.
Rebakan bandar di bandar-bandar besar Malaysia secara khususnya boleh dikaitkan dengan isu nasional terutama yang berkaitan dengan keperluan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Ini menjadikan kajian rebakan bandar amat penting bukan sahaja dari sudut pembangunan spatialnya tetapi juga dari sudut sosial penduduk yang berpunca daripada konflik dan dikotomi yang memisahkan bandar–luar bandar.Di Malaysia, kampung-kampung melayu yang terletak di pinggiran bandar merupakan monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap.
Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada rebakan bandar menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar. Perkembangan pembandaran perlu dapat membantu matlamat sosial negara dari segi agihan dan keseimbangan kekayaan dan kemudahan. Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan.
Satu kajian impak rebakan bandar ke atas Kampung Melayu pinggiran bandar telah dijalankan menggunakan indeks pengaruh pembandaran bagi menentukan indikator impak yang meliputi aspek fizikal, sosioekonomi dan sosiobudaya Sebanyak enam belas (16) kampung pinggir bandar dikaji dengan melibatkan 367 keluarga menggunakan 84 variabel impak. .

Analisis ranking dan korelasi pengaruh jarak ke atas 84 variabel mengenalpasti 16 indikator impak yang amat signifikan:
1 Eksessibiliti ke kemudahan membelibelah yang lebih baik.
2 Pengurangan jenis kerja yang sesuai dengan kelayakan penduduk.
3 Masalah vandalism dalam kawasan lebih tinggi.
4 Jenis kediaman rumah sebuah kampung berkurangan.
5 Kemudahan asas – bekalan air dan eletrik tidak bermasalah.
6 Jalan masuk semakin mudah ke kawasan kediaman.
7 Status rumah milik sendiri berkurangan.
8 Suasana kejiranan yang semakin menurun.
9 Eksessibiliti ke kemudahan kesihatan lebih baik.
10 Tahap pendidikan ketua keluarga semakin tinggi.
11 Assessibilti penduduk ke luar kawasan lebih tinggi.
12 Pelupusan sampah mudah dilakukan.
13 Keperluan kepada aktiviti keagamaan meningkat.
14 Kadar kecurian dalam kediaman meningkat.
15 Masalah penagihan dadah dalam kawasan lebih tinggi.
16 Lokasi tempat kerja di Bandaraya meningkat.
Ujian chi-square terhadap 16 indikator impak ini pula mendapati 2 indikator iaitu
a) pengurangan bilangan jenis rumah kampung, dan
b) pengurangan pemilikan rumah sendiri,
dihadapi oleh semua zon impak dengan amat ketara.
i. Impak lebih ketara berlaku kepada aspek bukan fizikal (sosioekonomi dan sosio budaya) daripada aspek fizikal.
ii. Tahap kualiti perumahan dan kemudahan fizikal dalam kawasan kajian adalah rendah.
iii. Kualiti hidup penduduk secara keseluruhannya juga adalah amat rendah.
iv. Faktor jarak petempatan dari sempadan bandar didapati merupakan penentu utama impak.
v. Rebakan bandar memberikan kesan lebih positif kepada aspek fizikal seperti kemudahan sosial yang baik, berbanding lebih negatif kepada aspek sosioekonomi ataupun sosiobudaya.
vi. Rebakan bandar juga memberi impak ke atas peningkatan masalah sosial seperti jenayah, kecurian dan penagihan dadah.

Bagi memastikan petempatan luar bandar berhampiran bandar besar tidak berterusan menerima tekanan pembangunan, dasar perancangan yang lebih komprehensif bagi pembangunan di pinggir bandar adalah amat diperlukan. Empat (4) perkara diberi penekanan iaitu:
(i) Pemikiran semula konsep dan kaedah membangunkan petempatan pinggir bandar dan juga kampung-kampung luar bandar.
(ii) Keperluan merentasi dikotomi bandar/luar bandar yang sedia ada dalam pengubalan dasar-dasar perancangan wilayah dan luar bandar,
(iii) Ke arah pembangunan lebih mampan dan 'integrated' bagi petempatan luar bandar di sekitar pinggir bandar,
(iv) Ke arah pewilayahan petempatan kampung secara polisentrik dan memahami implikasinya ke atas bidang perancangan wilayah dan luar bandar.

Pewilayahan petempatan luar bandar merupakan parameter perancangan ke arah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui pembentukan pembangunan mampan yang dinamik. Kawalan limpahan pembandaran dapat dibuat melalui pembentukan wilayah baru gabungan ciri-ciri tipologi bandar-luar bandar sebagai kawasan peralehan/‘intermediate areas’. Pembentukan wilayah ini boleh meluaskan potensi pembangunan kawasan pinggir bandar bagi menggantikan sempadan bandar yang rigid. Penemuan menyeluruh penyelidikan ini memperlihatkan kelemahan bidang perancangan bandar di Malaysia dalam mengintegrasikan hubungkait antara aspek fizikal dan bukan fizikal bagi peningkatan kehidupan penduduk yang lebih baik. Fokus perancangan bandar perlu disemak semula ke arah mengubal strategi pembangunan yang lebih menyeluruh berkaitan dengan keperluan meluas perancangan wilayah. Ini boleh memupuk ke arah kaedah merancang yang lebih holistik dalam profession perancangan bandar dan wilayah. Meneroka isu-isu perancangan di pinggir bandar menjadi semakin penting kepada bidang perancangan. Ini kerana pembangunan pesat pembandaran memberi impak yang berbagai bukan sahaja kepada penduduk luar bandar di sekitarnya malah kepada aspek-aspek penting dalam bidang perancangan seperti guna tanah, pengangkutan, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Pewilayahan petempatan pinggir bandar boleh memupuk ke arah pengubalan dasar-dasar perancangan wilayah dan luar bandar secara lebih holistik dan berkesan.
Thursday, July 22, 2010
068 - UNDERSTANDING URBAN SPRAWL - National and Global Issues???.....

Urban Sprawl is a pattern and pace of urban land development in which the rate of land consumed for urban purposes exceeds the rate of population growth and which results in an inefficient and consumptive use of land and its associated resources. Some defined urban sprawl as :
- disease analogies such as cancerous growth and virus;
- irresponsible, often poorly-planned development that destroys green space, increases traffic and air pollution, crowds schools and drives up taxes;
- low-density urbanization and discontinuous development.

Urban sprawl must be considered in a space-time context. It is not simply the increase of urban lands in a given area, but the rate of its increase relative to population growth. Urban sprawl occurs when the rate of land conversion and consumption for urban uses exceeds the rate of population growth for a given area over a specified period of time.
Urban sprawl development consists of three basic spatial forms:
Low-density sprawl: Low-density sprawl is the consumptive use of land for urban purposes along the margins of existing metropolitan areas. This type of sprawl is supported by piecemeal extensions of basic urban infrastructures such as water, sewer, power, and roads.
Ribbon sprawl: Ribbon sprawl is development that follows major transportation corridors outward from urban cores. Lands adjacent to corridors are developed, but those without direct access remain in rural uses/covers. Over time these nearby “raw” lands maybe be converted to urban uses as land values increase and infrastructure is extended perpendicularly from the major roads and lines.
Leapfrog development: Leapfrog development is a discontinuous pattern of urbanization, with patches of developed lands that are widely separated from each other and from the boundaries, albeit blurred in cases, of recognized urbanized areas. This form of development is the most costly with respect to providing urban services such as water and sewerage.
sumber: http://chesapeake.towson.edu/landscape/urbansprawl/
Mengapa berlakunya Rebakan Bandar
Secara asasnya, berlakunya rebakan bandar berpunca dari kepesatan pembangunan aktiviti guna tanah bandar dan masalah kurang kawalan dalam dasar pembangunannya. Bandar berkembang pesat ke kawasan pinggirnya disebabkan oleh pengaruh yang berbagai; daripada nilai tanah yang semakin tinggi di kawasan bandar, pertambahan mendadak penduduk bandar, pengaruh perkembangan sistem pengangkutan, pasaran perumahan yang semakin meluas, kepada kaedah dasar-dasar perancangan gunatanah bandar dan mekanisma kawalannya. 
Pengaruh utama kepesatan perkembangan pembandaran adakah berpunca daripada gabungan antara keperluan meningkat pembangunan fizikal, impak kuasa pasaran ekonomi dan perubahan nilai-nilai sosial dalam masyarakat. Di era perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi masakini, berlakunya rebakan bandar adalah disebabkan juga dengan kegagalan dasar perancangan mengawal kuasa pasaran dalam pembangunan guna tanah bandar. Dari segi nilai dan pasaran tanah bandar, keluk graf menunjukkan nilai tanah menurun ke arah pinggir bandar berdasarkan teori tawaran sewa; di mana pembangunan lebih meluas dan berskala besar dapat dijalankan di kawasan pinggirnya. Perubahan keperluan penduduk kepada perumahan yang lebih berdensiti rendah menyebabkan tanah-tanah di luar bandar senang diperolehi dan dimajukan. Rebakan guna tanah bandar ke kawasan pinggir bandar dengan meluas dibantu oleh pembangunan dan perkembangan dalam sistem pengangkutan dan teknologinya. Peningkatan besar penggunaan kereta membenarkan perjalanan penduduk dengan lebih jauh, cepat dan menjimatkan, menjadikan bandar semakin padat serta mendatangkan kesan negatif yang lebih berbagai. Banyak kajian telah cuba mendefinisikan rebakan bandar dengan pendekatan yang berbeza, seperti definisi-definisi yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji berikut;
(i) ‘Lack of continuity in expansion’ (Mill, 1981), - menggambarkan kurang kesinambungan dalam corak pembangunan di sempadan bandar.
(ii) ‘Haphazard growth & patchwork appearance’ (Harvey & Clark, 1965; Peiser, 1989) – Menggambarkan bentuk-bentuk pembangunan yang tidak teratur dan membahayakan kepada penduduk setempat.
(iii) ‘Unplanned, uncontrolled & uncoordinated single–use development’ (Nelson & Duncan, 1995) – menggambarkan pembangunan satu-satu kegunaan tanah yang tidak dirancang dan dikawal dengan baik.
(iv) ‘Spatial discontinuity in urban land use’ (Shou,G.,2000) – menggambarkan reruang guna tanah bandar yang tidak berterusan dan pembangunan yang tidak bersambung.
Jenis komponen guna tanah juga digunakan bagi menggambarkan rebakan bandar seperti pembangunan pelbagai pusat tumpuan/‘poly-centred development’ dan kawasan perumahan berdensiti rendah/‘low-density housing area’, pusat membelibelah hypermarket dan ‘suburban center’.
Di Malaysia, konsep rebakan bandar masih dilihat pada peringkat pembangunan dan penyaluran kemudahan/perkhidmatan bandar ke luar bandar (extention of urban services to rural area) di samping pembangunan pesat taman-taman perumahan berskala besar, pusat-pusat perdagangan dan perindustrian terancang. Proses rebakan bandar ini, di JB misalnya, berlaku secara 'ribbon development' dan 'rapid suburban expansion' ke atas ruang pinggir bandar di sekitar sempadan bandar. Rebakan bandar memberikan implikasi ketara kepada keperluan perancangan fizikal dan juga pembangunan sosial; disebabkan tarikan penduduk dan peluang-peluang pekerjaan dari pusat bandar dan ke kawasan. Ini menjadikan kawasan pinggir bandar sebagai pembangunan berpoket (pocket development), sebahagian ruang menjadi sesak disebabkan tumpuan penduduk, dan memberi impak negatif kepada alam sekitar. Rebakan bandar bukan sahaja berkaitan dengan terlampau banyak pembangunan, tetapi juga berkaitan dengan ketidakseimbangan pembangunan di bahagian tertentu sebuah wilayah metropolitan.
Salah satu isu yang perlu diketengahkan disebabkan rebakan bandar ialah impak yang berlaku ke atas kampung-kampung yang terletak di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan menjadi medan pertembungan kepada perubahan fizikal dan bukan fizikal, kesan dari rebakan bandar yang berlaku. Kepesatan pembangunan terancang menyebabkan kampung pinggir bandar kian terhimpit dalam arus perkembangan pembandaran. Sebahagiannya mengalami perubahan ciri-ciri dan identiti kawasan, manakala pendudukmya terpaksa menghadapi pengaruh pembandaran yang semakin meningkat terutama dalam aspek suasana kediaman, ekonomi dan pekerjaan, serta corak hidup. Persekitaran kampung di pinggir bandar menghadapi pembangunan berpoket (pocket development). Kesan ketara daripada pembangunan berpoket ialah lama kelamaan lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place), dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk dan pengasingan masyarakat. Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus rebakan bandar. Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Kadar pemilikan hartanah di pinggir bandar oleh penduduk asing juga adalah tinggi di kebanyakan bandar utama.
Sunday, May 9, 2010
048 - Oooh! Perancang Bandar......Memahami Isu-Isu REBAKAN BANDAR (URBAN SPRAWL) & SUBURBANIZATION
Di Malaysia, ‘Rebakan Bandar (urban sprawl)’ secara khususnya boleh dikaitkan dengan isu peringkat nasional terutama yang berkaitan dengan keperluan meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan yang tinggal berhampiran bandar-bandar utama. Ini menjadikan kefahaman mengenai hubungan bandar-luar bandar amat penting bukan sahaja dari sudut pembangunan spatialnya tetapi juga dari sudut sosial penduduk yang berpunca daripada konflik dan dikotomi yang memisahkan bandar–luar bandar.
Antara isu-isu penting berkaitan rebakan bandar dan suburbanization secara khusus di Malaysia adalah:
· Berlakunya pembangunan berpoket (pocket development). Kesan daripada pembangunan berpoket ialah lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place) kepada petempatan asal, dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk yang tinggal di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan. Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan dianggap sebagai monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap. Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada ‘rebakan bandar (urban sprawl)’ menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar.

· Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status) amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Di Lembah Kelang terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Di Johor Bahru pula mempunyai kadar pemilikan hartanah di pinggir metropolitannya oleh penduduk asing yang tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Ini memberi kesan kepada struktur masyarakat bandar dan corak integrasi penduduk .
· Masyarakat tempatan yang tinggal di petempatan pinggir bandar secara keseluruhan tidak mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelaburan hartanah mahupun dalam ekonomi bandar. Taraf ekonomi mereka amat rendah dan tidak mampan. Penglibatan mereka dalam sektor pertanian semakin menurun. Di Lembah Klang sahaja, terdapat lebih daripada 20,000 penduduk petempatan berbentuk kampung dan petempatan sementara yang hidup dalam keadaan melarat dan menyedihkan, walau pun sudah lebih dua puluh tahun menetap dalam kawasan.
· Terdapat banyak kawasan sensitif alam sekitar di pinggir metropolitan seperti kawasan tadahan air, kawasan bercerun, dan kawasan hutan simpan. Proses pembangunan yang tidak berhati-hati akan mengganggu struktur tanah yang boleh menyebabkan berlakunya tanah mendap, hakisan tanah dan banjir kilat terutamanya pada petempatan tradisi sedia ada. Isu berkaitan dengan pasaran guna tanah yang bersaing menyebabkan nilai tanah naik secara mendadak. Ini memberi kesan ke atas ketidakseimbangan permintaan dan penawaran aktiviti guna tanah bandar. Dasar pengambilan balik tanah untuk tujuan pembangunan yang dilaksanakan ke atas kawasan pinggir bandar memberi tekanan saikologi kepada masyarakat luar bandar di pinggir metropolitan terhadap masa depan kehidupan mereka.
· Selain daripada itu, masyarakat luar bandar di pinggir metropolitan menghadapi masalah pengangkutan kesan daripada kadar penduduk berulang alik (commuters) yang tinggi menggunakan kenderaan. Masalah kesesakan lalu lintas berlaku berpunca daripada tiada jalan alternatif, pembangunan sistem jalan tidak mengikut hirarki, dan wujudnya aktiviti guna tanah yang tidak sesuai di sekitar jalan raya utama.
· Kawasan pinggir metropolitan menerima tekanan pembangunan dari masa ke semasa. Sikap berlumba-lumba ingin mengaut keuntungan dalam memajukan tanah menyebabkan berlakunya ketidakseimbang antara keperluan perumahan dengan pekerjaan dan kemudahan sosial. Di Mukim Ulu Kelang di pinggir bandaraya Kuala Lumpur hampir 30 peratus merupakan kawasan taman perumahan dan hanya 2.7 peratus kawasan menyediakan kemudahan pekerjaan. Kawasan kediamannya adalah berbentuk ruang tempat tinggal (dormitary) dan tidak mampudiri. Terdapat juga masyarakat setinggan yang tinggal di pinggir metropolitan, di mana mendatangkan berbagai masalah terutama meningkatkan pencemaran alam sekitar dan memburukkan imej bandar. Sisa domestik dibuang ke dalam sungai, lereng-lereng bukit seolah-olah diterokai sehingga mengganggu ekosistem kawasan.
· Walaupun sebahagian kawasan yang dijadikan kawasan hijau tetapi perlahan-lahan tidak lagi berfungsi dalam mengawal densiti pembangunan. Kawasan hijau yang luas, pada asalnya berfungsi sebagai kawalan dan pengimbang pembangunan bandar semakin mengecil dan kurang dipertimbangkan dalam pelan pembangunan. Ini memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan sistem ekologi wilayah. Lingkaran hijau (greenbelt) hanya tinggal sebagai polisi yang tidak pernah kekal dilaksanakan.
Intelligent City.
Monday, March 22, 2010
036 - TEKA BANDAR (1)..NAMA BANDAR???
RM20/- untuk sesiapa yang dapat meneka nama bandar seperti yang ditunjukkan oleh foto ini:...... untuk 2SBW-JBPW-FAB-UTM sahaja. Yang pertama memberikan jawapan yang betul sahaja.
........Sebuah bandar yang sibuk dengan saiz penduduk 15 juta, terletak di suatu teluk. Sebuah bandar pelabuhan, pusat perdagangan & cultural. Mengalami pembangunan yang pesat ‘boom’ selepas negaranya merdeka pada 50 tahun lalu (dekat-dekat sama Malaysia merdeka). Bandar yang mengalami perkembangan paling pesat. Salah satu ‘world's fastest growing cities’. Menghadapi rebakan bandar ‘urban sprawl yang chaotic, dan sesak; Kekurangan infrastructure untuk pelancongan, penuh dengan ‘kumpulan religious and ethnic yang kompleks’. Jalanraya senantiasa mengalami kesesakan yang teruk, pemandu banyak yang tidak berdisiplin dan blackouts di bangunan dalam bandar kerap dihadapi. Bandar ini mempunyai Museum, Theatre, Market yang terkenal dan banyak juga kawasan pantai yang indah yang boleh diterokai............ Lagi clue,...bandar ni bekas ibu negara. Dek kerana mengalami sprawl yang teruk, trafif jam dan terlalu compact, tak boleh berkembang lagi, Kerajaannya membina satu bandar pentadbiran baru..ala-ala Putrajaya gitu, di bahagian tengah negaranya. Bandar pentadbiran baru ini (Bermula dengan huruf A) berkonsepkan .......intelectual garden city.... dikatakan (ye ke!) salah satu dari pada lima bandar terancang yang yang terindah di dunia..Semua Urban planner perlu tahu. Uprgade your urban planning knowledge..
Jawapannya:
..." L a g o s was the former capital city of Nigeria but it has since been replaced by Abuja. Abuja officially gained its status as the capital of Nigeria on 12 December 1991. Today, the word Lagos most often refers to the urban area, called "Metropolitan Lagos" in Nigeria, which includes both the islands of the former municipality of Lagos and the mainland suburbs. Lagos State government is responsible for some of the utilities including roads and transportation, power, water, health, and education. Lagos City has a considerable amount of high rise buildings which makes up its skyline. Most of the tall buildings are located in around the downtown Central Business District. Lagos is a huge metropolis which originated on islands separated by creeks, such as Lagos Island, that fringe the southwest mouth of Lagos Lagoon, protected from the Atlantic Ocean by long sand spits such as Bar Beach which stretch up to 100 km east and west of the mouth. From the beginning Lagos has spread on the mainland west of the lagoon and the conurbation, including Ikeja and Agege, now reaches more than 40 km north-west of Lagos Island. There are Lagos Outskirts like Ikorodu, Epe and Badagry and recently more local councils have been created to bring the total numbers of local government to 56. The city is the economic and financial capital of Nigeria.
It is hard to believe that Lagos, Nigeria's biggest, busiest city with a population of roughly 15 million and counting, had its origins as a small Yoruba settlement. Spread over several large islands on a vast lagoon (hence its name) and the mainland near the Gulf of Guinea, Lagos is Nigeria's principal port and its commercial and cultural centre. The former capital grew to prominence when it was 'discovered' by the Portuguese in the late 1400s and became a central trading post for the area, also serving as a major hub of the slave trade. When the British annexed the city in 1861, they effectively put a stop to the slave trade, but took control of the trade and industry of the area. Once Nigeria gained independence in 1960, Lagos experienced a boom, which swelled the city's population and today, Lagos is one of the world's fastest growing cities with a full and complex tapestry of religious and ethnic groups.The sprawling city is chaotic, crowded and lacks any major tourism infrastructure. Most visitors come here for business and there are few sights in the tourist sense. Streets are congested, drivers are maniacal and blackouts are common. However, the convoluted history of the city, and Nigeria as a whole, contributes to its exotic flavour. Lagos has an interesting National Museum, National Theatre, several markets and some decent beaches to explore ".

