Monday, December 19, 2011

121 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....SENTUHAN KALBU di ARAFAH.

Jarak Mekah ke Arafah hanya menghampiri 22 kilometer. Masa perjalanannya usah diduga. Kebiasaannya 40 minit sudah boleh sampai. Namun faktor kesesakan, bas, pemandu - perjalanannya boleh menjadi 4 atau 5 jam mengikut kata petugas. Apa yang perlu adalah banyak berdoa, bersolat hajat bagi memudahkan perjalanan. Di dalam perjalanan amat diga...lakkan bertalbiah.. bertalbiah beramai-ramai bermula selepas menaiki bas sehingga sampai di Arafah. Musim haji kali ini, pergerakan ke Arafah adalah pada Jumaat, 4 Nov iaitu 8 Zulhijjah. 5 November adalah hari Wukuf. Kami bertolak bermula selepas Asar berperingkat mengikut Hotel/Maktab, mengikut tingkat hotel dan bas. Maha suci Allah, perjalanan dipermudahkan. Menikmati makan malam di Arafah dengan penuh kesyukuran - bersolat subuh berjemaah - menunggu masa wukuf bermula 12.05 tengahari pada 9 zulhijjah - Bersolat zohor berjemaah diikuti dengan Kutbah Arafah – keluar dari khemah bersama pasangan masing2 mencari tempat strategik untuk berdoa – mulakan dengan beristifar, memuji Allah dan berzikir. Terus berdoa memohon keampunan, doa Arafah dan memohon doa untuk diri sendiri, keluarga, rakan2, jemaah tempat tinggal dan muslimin muslimat serta doa2 yang dikirimkan saudara mara & rakan2. Masa berjalan pantas sehingga masa menghampiri waktu maghrib. Suasana amat menyentuh kalbu dengan titisan airmata. Di luar khemah dapat dirasakan kesayuan dan syahdunya suasana. …….Ya Allah Ya Tuhan kami, Ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin….

2 comments:

  1. Sebuah perjalanan ibadat yg sukar dilupakan....

    ReplyDelete
  2. Masing2 mencatat kenangan dan cerita tersendiri. Mudah2an kita diberi Allah pengampunan. Belajar meningkatkan keyakinan diri dan berusaha memperbaiki kelemahan dan kejahilan diri....

    ReplyDelete